Meski teringin untuk menunaikan solat tarawih di masjid yang tentunya lebih besar ganjaran kerana berjemaah pada bulan Ramadan ini namun tanggungjawab sebagai ibu menyebabkan ada wanita terpaksa memendam hasrat tersebut.
Tapi Islam itu memudahkan, walaupun tidak dapat melaksanakannya di masjid berjemaah, kaum ibu terutama yang punya anak kecil boleh saja melakukannya di rumah dengan cara yang ringkas. Lebih dari itu solat di rumah itu sebenarnya lebih afdal bagi kaum wanita.
Solat tarawih didirikan selepas menunaikan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi kaum ibu boleh menunaikannya selepas anak kecil tidur dan selesai melakukan kerja rumah agar dapat mengerjakan solat dengan tenang.
Bagi ibu yang punya anak kecil dan sukar ditinggal lama maka boleh melakukan solat sunat tarawih yang paling ringkas ini di rumah.
Panduan solat tarawih ringkas, sendirian di rumah
● Niatnya : أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bacaan-bacaan di dalam solat adalah sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.
Ads
● Rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Oleh kerana solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).
● Segala bacaan di luar solat, seperti selawat dan doa tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.
Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Panduan solat sunat witir
Solat tarawih diikuti oleh solat witir. Ia adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.
Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Ads
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ “Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ “Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
● Doa Solat Witir “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai…
Perasan tak kalau kat ofis, bila sorang mengandung tak lama kemudian akan ada beberapa lagi rakan-rakan ikut jejak langkah.
Dah bersalin sekumpulan mak buyung ni, wujud pulak team mak buyung baru. Ada juga best friend mengandung sekali, dengan tarikh bersalin pun hampir sama.
Sebab itulah ada yang kata mengandung ni berjangkit. Tapi boleh percaya ke kata-kata ni?
Sebenarnya ada kajian yang dibuat tentang perkara ini dan memang betul kehamilan ini boleh berjangkit!
Kajian tersebut disiarkan dalam sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association.
Menurut kajian itu, aura kehamilan yang dimiliki oleh seseorang wanita mengandung boleh mempengaruhi rakan-rakan terdekat mereka untuk turut hamil!
Bukan itu saja, sebuah lagi penyelidikan mendapati bahawa ‘risiko’ seseorang wanita untuk hamil akan meningkat apabila lebih ramai rakan mereka yang mengandung dan melahirkan anak dalam tempoh 3 tahun terkini.
Namun perlu dijelaskan bahawa aura tersebut hanya ‘merebak’ dan ‘berjangkit’ melalui cara psikologi, dan bukanlah secara proses biologi.
Maksudnya, kehamilan kawan-kawan terdekat akan mempengaruhi keinginan seseorang wanita untuk turut memiliki zuriat sendiri, walaupun sebelum itu mereka mungkin tidak terfikir untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
3 sebab kehamilan boleh ‘berjangkit’
Menurut kajian pada tahun 2014 tersebut, ada 3 teori mengapa seseorang wanita boleh merasakan sedemikian.
Pembelajaran Sosial: Wanita lebih cenderung untuk merasakan pengalaman menjadi ibu apabila melihat ramai rakan mereka berjaya menempuhinya dengan sukses.
Kalau dulu rasa macam tak bersedia, gementar atau tak ada rasa apa-apa langsung, kini mungkin lebih teruja bila melihat bayi dan anak-anak rakan dengan keletah yang comel dan melucukan.
Pengaruh Sosial: Wanita berasa ‘takut’ untuk ketinggalan apabila melihat ramai rakan mereka telah memiliki zuriat masing-masing. Lagi pun bila kawan-kawan dah ada baby, orang sekeliling mesti tanya kita bila lagi
Berkongsi Kos: Daripada sudut logistik, mungkin ada yang berasa lebih bersedia apabila rakan mereka memberi tips penjimatan dan mahu berkongsi kos tertentu seperti penjagaan anak. Bila dulu terasa beban, bila nampak kawan-kawan semua okey, barulah mula nampak jalan dan lebih terbuka hati.
Ok sekarang dah tau kan kenapa bila kita nampak dua best friend boleh mengandung sama-sama. Ia ada kaitan dengan psikologi.
Bila tengok kawan mengandung, ada baby, bercerita tentang anak kecil secara tak langsung kita sendiri rasa teringin dan mungkin juga faktor ini sekaligus menyediakan tubuh kita untuk hamil.
Jadi ia bukanlah laga perut ya! Tapi walau apa pun kajian yang dibuat, urusan zuriat ini adalah ketentuan Tuhan. Ia berlaku kerana Allah mengkehendakinya.
Sekali tengok gambar mereka ni memang macam tak percaya mereka ini mentua dan menantu. Yang sebelah kanan itu adalah ibu mentua. Nampak muda kan!
Disebabkan inilah kisah mereka viral di Twitter. Sejak itu ramai yang bertanya petua yang diamalkan oleh ibu mentuanya. Maka baru-baru ini Azyani Zamri @azyanizamri telah membongkarkan rahsia ibu mentuanya.
Berusia 45 tahun ibu mentuanya Jaslina Bt Ab Sani ini memang ada rahsia awet muda tersendiri dan yang pasti tak menggunakan produk ya.
Ibu mentua, 45 tahun
Hi gais! So sorry lambat. Okay jom kita start! Firstly i want to introduce my mil. Yes she is my mil (mother in law) atau BM-nya mak mertua. Nama beliau Jaslina Bt Ab Sani. Umur 45 tahun. Seorang guru matematik. Asal Baling, Kedah. Ni pic Mama dgn cucu-cucunya; my kids.
My first son, Muhammad Adam Furqan – 2y7m n my secondbaby princess, Medina Safiyya – 7m. My husband anak sulung dan ini 2 orang cucu Mama. (setakat ni) Yes, kalau kami keluar sama2, ramai usha semacam ja bila Mama cakap kat Adam “Mai kat Tok Ma mai”
Azie pun masa mula2 kenal my husband, Azie tengok gambar dia dengan Mama dia, ingatkan awek! Hahaha puas dia cuba jujur cakap tu mak dia. Last2 memang betul mak dia wei. First time dia introduce Azie kat mama dia time tu bulan puasa, kami buka puasa sesama.
Mula-mula jumpa macam anak dara
Aduhaii mmg muda gila. Dengan rampingnya, kecik molek ja, dulu lagi kurus dari pic atas tu. Serious macam anak dara. Tapi masa tu husband Azie umur 20 tahun (2012). Kami kenal 3 tahun, then decide utk kawen pada tahun 2015, April.
Yes bagi yg bertanya dan berteka-teki, my mil mmg kawen muda. Hehe. Umur 18 tahun dia kawen, then lahirkan my husband masa umur 19. Lepas 3 tahun, Mama masuk Maktab dan sekarang masih bekerja sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah di Baling, Kedah.
Of course Azie korek rahsia awet muda Mama once dah jadi official menantu mama! He he. Dan segala rahsia/tips/petua/her beauty secrets memang sangat2 bagus untuk kita orang perempuan terutamanya since anak dara.
Jarang minum air manis
Okay jom kita go thru satu-satu what’s the secrets . 1. Mama jenis seorang yg jarang dan boleh dikatakan tak suka minum manis. Here’s Azie senaraikan apa keburukan minum minuman manis. Tapi Azie suka Milo Ais. Huwaaa
Amal lemon sejak usia 20-an
2. Mama suka makan buah. Especially buah yang kaya dengan Vitamin C. Mama cakap malam2 kalau lapar, makan je buah. Dan buah yang dia selalu amalkan adalah Lemon! ? Yes, lemon sangat2 bagus untuk kekalkan ke”remaja”an dan awet muda. Mama amal since umur dia 20++ tahun
Mama dengan anak terunanya which is husband i Nampak macam awek dgn pakwe kan? I is jelessss.
Mama suka berkayuh
3. Mama suka berkayuh. Haa actually my mil n fil dua2 suka bersenam dan senaman yg selalu mereka buat sama2 adalah cycling ??♀️ Perghh Azie pun x rajin mcm ni wei. Tapi kena amik satu masa jugak at least exercise 1x seminggu!
Haaa see! Bagus sangat berbasikal ni. Baik untuk kesihatan. Boleh nampak 10 tahun lebih muda tau. Wuuuu.
Ni pulak gambar my Fil berbasikal. Oh btw, my Fil 50 tahun sekarang. Beza 5 tahun dengan Mama. Dan badannya masih fit dan tak boroi. hihi
Doa dan selawat Syifa’
Okay next secrets : 4. Mama suka amalkan Doa dan Selawat Syifa’. Mama cakap setiap kali mandi dan cuci muka Mama akan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dan ini memang Mama amalkan setiap hari, setiap kali mandi dan sehingga sekarang.
Suka buat wap muka
5. Mama suka ikut petua orang tua2. Contohnya ; – Mama suka buat wap muka dgn wap air time masak nasi tu. – Dulu Tok (Mak Mama) ajar gosok muka dengan kulit pisang emas untuk nampak cantik. – Minum jus air daun pegaga, peria (Ouch ini mmg betul2 kena kental ni kalau nak telan .
Wap muka ni Azie pun suka jugak buat n dia sangat bagus untuk : • kecutkan/hilangkan jerawat • buang whitehead/blackhead • melembapkan muka • menaikkan seri wajah • buat kotoran di muka dan muka akan rasa sangat fresh lepas tu! ✨
Mama sentiasa happy
6. Mama sentiasa happy/always positive dan tak suka negativity. Mama cakap setiap masalah cuba atasi cara positive. Selalu bersangka baik. Yang ni Azie sangat respect sebab Mama memang selalu ceria je. Budak2 kat sekolah memang suka Mama. Tengoklah gelagat tu.
Mama cakap lagi, mama suka happykan orang, contoh dia ceria dlm kelas, budak2 suka dia, bila budak2 suka, mereka pasti doakan untuk kita. Bila budak2 sayang cikgu dia, mesti mereka doa yang baik2. Emmm bestnya kalau ramai doakan kita bila sayangkan kita!
Jaga personaliti, kena selalu kemas dan cantik
7. Mama jenis yg suka jaga personaliti. Sentiasa nak nampak kemas dan cantik. Orang yg jaga keterampilan. Duduk dalam rumah pun pakai lencu okay ?? Yg ni wifey2 harus praktikkan tau. Dalam rumah pun haruslah mekap! Jangan luar rumah je cantik, bila dalam rumah MashaAllah.
Makan ulam-ulam
8. Mama jarang sangat selsema/batuk/demam. Kalau kehadiran ke sekolah tu memang jarang sangatlah nak amik MC sebab sakit. Alhamdulillah. Mama cakap asbab Mama sentiasa amalkan Vitamin C antibodi dan imuniti badan Mama kuat.
Next, 9. Mama suka makan ulam-ulaman. Contoh; ulam raja; pucuk paku, ibu kunyit, pudina, daun selom (daun dalam laksa tu).
Pergi honeymoon
10. My mil and fil suka pi honeymoon! Hehehe… Yes mereka setiap tahun especially time anniversary date memang akan spend time together. Dan tarikh2 penting ni sentiasa akan ada memori untuk dikenang. Bagi Mama, itu adalah kebahagiaan yg patut dikekalkan dlm rumahtangga.
Mama cakap juga, walau anak2 dah besar nanti, mesti kekalkan “sweet” dengan pasangan supaya kita sentiasa happy dan bila kita happy wajah kita takkan cepat kendur dan kedut. Jadi kita akan sentiasa kelihatan muda dan tak nampak tua!
Okay lastly, number 11. Mama cakap bukan Mama nak riak, tapi ni Tok yg cakap, Mama sentiasa jaga Tahajjud. Dan kelebihan Tahajjud ni sangatlah besar. Ramai orang tahu tapi tak ramai yang buat. Jom kita try bangun tahajjud malam ni!
Alhamdulillah setakat ni Mama bagitau Azie yg ni la beauty secrets dia selama ni. Sharing is caring. Sapa tak suka kan bila umur dah menjangkau 40an tapi still nampak macam anak dara! Harapnya Azie sebagai menantu Mama dapat jadi awet muda jugak! Hi hi hi.
Thank you gais sudi baca thread ni. Semoga bermanfaat ya.
Semua dah tahu kan rahsia awet muda, apa lagi silalah praktik.
Bersalin secara caesarean (czer) bukanlah sesuatu yang mudah. Ya, memang sama ada normal mahupun czer, kedua-duanya ada pahit getirnya yang tersendiri. Namun apabila bersalin secara czer, perut dibelah, kemudian dijahit, lukanya pula kena dijaga rapi. Tak boleh basah. Jika tidak, tanggunglah azab jika luka terbuka, berair malah bernanah.
Sekali czer pun sudah cukup perit, apatah lagi jika berkali-kali. Perkongsian pengasas produk Ellsee, Puan Sheda Said, 40 tahun, begitu bermanfaaat dibaca demi memberi pemahaman kepada wanita yang bersalin secara czer. Bukan sekali, bukan dua kali, malah empat kali wanita ini bersalin secara czer.
Czer kali pertama tanpa persediaan mental
Dua belas jam di bilik bersalin bukanlah tempoh yang singkat. Laluan sudah buka 4 cm namun sedikit pun dia tidak berasa sakit. Selepas melihat keadaan Sheda yang sudah tidak bertenaga dan bayi pun sudah terlalu lemah, doktor membuat keputusan untuk czer.
“Kali pertama czer pada 2003, saya memang tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Ditambah pula dengan tiada pengalaman bersalin. Jadi jiwa dan mental stres. Bila nurse kata kaki kena gerak-gerak sikit barulah darah jalan, saya cuba untuk buat macam tu. Perut yang sakit kena belah tu dah mula rasa sakit bila bius habis selepas 6 jam. Nak bangun pun seksa. Nak ke tandas pun saya siap meniti tepi dinding dengan kepala pening dan mata berpinar,” ceritanya.
Baby besar
Pada 2006, sekali lagi Sheda perlu melalui pengalaman czer kerana hasil imbasan doktor menyatakan bayinya besar. Selepas diukur tulang pinggulnya, doktor bimbang jika bersalin secara normal akan tersangkut bahu.
“Walaupun kita berdoa supaya boleh bersalin normal, namun mind set kena sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Saya lakukan persediaan minda dan emosi. Dan ianya mujarab untuk mengurangkan kesakitan dan rasa stres bila kena czer,” ceritanya lagi.
Trauma bersalin Czer kali ketiga
Apabila sudah dua kali bersalin czer, maka Sheda tiada pilihan untuk bersalin normal kerana memang wajib czer apabila hamil lagi pada 2011. Dua kali dicucuk bius, barulah bius itu berfungsi memberikan kesan kebas kepadanya. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Sampai dia mengakui rasa seperti trauma.
“Sepatutnya selepas bersalin kali ketiga secara czer, orang tu dah tak boleh mengandung lagi demi keselamatan diri. Tapi disebabkan doktor tengok luka czer saya elok, dia benarkan seorang lagi. Anak ketiga saya lahirkan bayi perempuan.” katanya.
Diuji tak boleh berjalan kesan bius 3 kali
Menurut Sheda, ketika hamil anak keempat, dia tidak mampu berjalan. Pergerakannya perlu dipapah oleh suami. Sebagai seorang usahawan, sudah pasti masalah ini mengganggu pergerakannya untuk menguruskan bisnes.
“Saya bimbang sangat kalau lepas bersalin ni tiba-tiba lumpuh ke, apa ke. Maklumlah masa mengandung tu nak ke mana-mana memang suami kena papah. Kena naik kerusi roda. Kata doktor, ini semua ialah kesan bius tiga kali czer sebelum ini. Bila saya tanya doktor apa ubat untuk boleh berjalan masa mengandung ni, doktor kata ubatnya bersalin,” tambah Sheda.
Tumpah darah selepas czer kali ke-4
September 2016, selepas bersalin secara czer untuk kali keempat, Sheda dijaga rapi di hospital. Selepas selesai czer, dia diletakkan di sebuah bilik khas. Setiap jam ada nurse yang tukarkan pad. Sehinggalah suatu ketika, nurse yang menukarkan padnya tiba-tiba keluar secara tergesa-gesa lantas masuk kembali bersama seorang doktor.
“Ngeri apabila teringat doktor memasukkan tangannya ke dalam laluan peranakan. Darah keluar banyak disebabkan saya tumpah darah. Doktor seluk sebab nak keluarkan darah beku. Inilah pengalaman yang tak boleh dilupakan. Dan ini juga anak yang terakhir kerana saya dah ikat. Cukuplah empat orang anak saya dilahirkan secara czer,” katanya.
Suami beri sokongan moral
Tuan Borhan Mahmood, 47, bolehlah dikatakan sebagai suami contoh kerana mampu menjaga isteri yang bersalin czer empat kali. Sebagai anak bongsu daripada 12 beradik, dia mengakui mendapat ilmu menjaga wanita berpantang melalui pemerhatian apa yang dibuat oleh ibunya kepada kakak-kakaknya.
“Saya dan isteri sama-sama anak yatim piatu. Jadi apabila isteri bersalin, sayalah yang jaga. Nak harapkan siapa lagi? Sheda pulak satu-satunya anak perempuan dalam adik-beradik dia.
Memang renyah jaga isteri berpantang tapi bagi saya inilah masanya untuk bagi isteri betul-betul rehat. Kerja rumah, memasak, jaga anak semua saya buat. Isteri cuma pegang anak masa dia nak menyusukan anak je. Kena ikhlaskan hati untuk kita sendiri happy tengok isteri sihat betul-betul.
Orang bersalin czer ni lain. Dua minggu pertama lepas bersalin memang kena jaga betul-betul. Kita tak rasa. Isteri yang rasa. Kita kena jaga emosi dia jangan sampai terganggu,” ujar Tuan Borhan.
Air mandian, bertungku
Setiap kali mandi, Tuan Borhan akan sediakan air hangat untuk isterinya. Bertungku pula dilakukan sepanjang masa. Besi panas berbungkus diletakkan di bawah punggung, labu betis sepanjang masa. Tujuannya supaya isteri kekal dalam keadaan hangat dan melancarkan perjalanan darah.
“Ada yang bertungku hanya selepas mandi. Tapi saya pastikan isteri bertungku sepanjang masa. Saya celup besi tu dalam air panas, bungkus dengan kain. Bila suhu kurang, saya celup lagi dalam air panas. Cuma berurut je lah saya tak pandai. Saya panggil tukang urut.”
Menu Berpantang
Antara hidangan untuk dinikmati isterinya ketika berpantang:
1) Ikan haruan – sup, bakar
2) Daging rusa – sup, black pepper, halia
3) Ikan gelama – bakar
4) Ikan kerisi – bakar
“Nasihat saya pada suami yang isterinya sedang berpantang terutama yang bersalin czer tu, hargailah pengorbanan isteri kita. Jagalah sebaik-baiknya. Jaga emosi dia. Jangan bagi dia stres. Ikhlaskan hati ketika menjaga mereka yang sedang sakit. Mereka lahirkan zuriat kita, bertarung nyawa untuk itu semua. Bukannya lama, 40 hari je,” tambahnya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...