Ramai yang tanam pokok limau di rumah, sama ada limau kasturi, nipis, purut atau lemon. Tapi masalahnya ada yang tanam tapi pokoknya macam hidup segan mati tak mahu.
Tak subur, daun, tunas atau cabang baru pun tak meriah. Bagi yang ada masalah ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoi
ini.Tip ini untuk menumbuhkan banyak tunas dan cabang baru pokok limau dan boleh dipraktikkan pada apa jenis pokok limau yang ditanam. Caranya;
1. Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana.
2. Kemudian buang daun pada hujung bekas potong. Banyak mana nak buang ikut suka jugak ya.
Boleh cuba sendiri, tiga gambar ini adalah hasilnya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Pyan Sempoy