Bagi ibu yang ada baby, waktu anak tidur adalah masa terbaik untuk melakukan semua kerja di rumah.
Tapi ada simptom mak-mak ni, waktu buat kerja inilah macam terdengar-dengar saja suara baby menangis walau pun tak sebenarnya. Mulalah kita asyik terjenguk-jenguk.
Bagi mak-mak yang ada simptom ini, untuk memudahkan kerja memantau baby dalam bilik boleh gunakan aplikasi BabyCam.
Tak payahlah berkali-kali jenguk anak dalam bilik. Dari dapur hatta bilik air pun kita boleh pantau anak.
Lebih kurang macam CCTV jugaklah tapi yang ini melalui telefon saja. Ini perkongsian dari ibu yang dah menggunakannya Nurul Wafa.
Cara nak gunakan
1. Pertama sekali kena telefon kedua untuk dijadikan CCTV.
2. Muat turun pada kedua-dua telefon. Telefon pertama sebagai ‘camera’ untuk diletak di bilik bersama dengan bayi dan satu lagi bersama ibu yang dinamakan sebagai ‘viewer’.
Ads
3. Kena pastikan kedua-dua telefon ada sambungan internet (wifi/data).
4. Paparan pada peranti “Camera” akan menunjukkan nombor kod, masukkan nombor tersebut pada peranti “Viewer” untuk menyambungkan kedua-duanya.
Ads
5. Setelah bersambung, anda boleh letakkan “Camera” berhampiran dengan bayi. “Viewer” akan menunjukkan baki kuasa bateri pada “Camera”, tetapi anda boleh sambungkan terus peranti itu kepada pengecas untuk mengelak dari kehabisan kuasa (letak jauh sedikit dari bayi).
6. Boleh tengok sekarang baby sedang tidur dengan lena so mommy boleh makan, buat kerja dgn tenang.
Ads
7. Noise detected.Aplikasi ini turut mampu mengesan bunyi dan sekiranya anak anda menangis, kita akan dapat dengar dan lihat pada peranti satu lagi. Jadi cepat-cepatlah ke bilik.
8. Waktu anak sedang menangis dan sementara nak sampai ke bilik tu boleh on microphone utk beri anak dengar suara kita supaya dia lebih tenang.
Ibu yang ada anak kecil, boleh download apps ini. Free lagi.
Banyak hidangan yang boleh kita buat dengan jagung. Jadi memang berbaloi sangat kalau nak tanam di rumah.Rebus saja pun dan sedap.
Jika nak tanam jagung dan pastikan hasilnya elok manis perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan merawat tanah dulu. Tanah subur, penjagaan pun baik maka eloklah hasil tuaian jagung nanti.
Tip ini dikongsi oleh Yazid Nazry’s berdasarkan pengalamannya menanam jagung di kawasan rumah. Paling menarik, tanam jagung pun ada pantangnya.
Langkah tanam jagung manis belakang rumah
Jagung manis juga tanaman kegemaran, tanam di belakang rumah. Biasanya jagung memerlukan tanah yang subur untuk menghasilkan buah yang memuaskan.
Pada asalnya, tanah ini merupakan tanah tambak jadi sebelum memulakan tanaman, perlulah bermula dengan merawat tanah terlebih dahulu. Caranya:
Ada masa ketika berbuka kita terasa nak makan hidangan selain dari nasi. Jika selera teringin yang begini mi hailam ini antara menu yang sesuai.
Hidangannya pun lengkap, penuh lauk dan ada sayur. Lagi special ia ditumis dengan lada hitam jadi ada rasa pedasnya.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resipi mi hailam istimewa dari Hasniza Hassan. Punyalah sedap katanya sampai suami pernah minta masakkan menu ini lima hari berturut-turut untuk berbuka puasa.
Cara buat mi hailam special paling senang & sedap!
Bahan-bahan
11 ulas bawang putih – dikisar/ tumbuk
1 sudu besar biji lada hitam – ditumbuk kasar
Daging yang dipotong kecil-kecil (rebus dulu untuk cepat)
1 mangkuk stok air udang, kalau ada
15 ekor udang (kuantiti ikut citarasa)
4 ekor sotong yang dihiris (kuantiti ikut citarasa)
1 biji tomato dibelah 2
1-2 biji cili merah dipotong
Kobis dihiris dan sawi dipotong
Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Nota: kuanti bahan ini untuk 1 – 1 1/2 peket mi:
Cara membuat
Tumis bawang putih dan lada hitam hingga garing.
2. Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan daging/kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
3. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
4. Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
5. Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
6. Terus masukkan kobis.
7. Apabila mendidih masukkan sawi. Tambahkan juga tepung jagung untuk pekatkan kuah.
8. Gaul rata kemudian masukkan mi. Kacau dan biar hingga mi masak.
9. Terus hidang untuk makan panas-panas. Kalau biar lama mi akan kembang.
Teh adalah minuman yang selalu ada di setiap rumah. Dihasilkan daripada sejenis daun, pengambilan teh ini sudah lama dikaitkan khasiat untuk tubuh termasuklah untuk menguruangkan risiko penyakit jantung.
Kajian juga menunjukkan minum teh banyak memberi manfaat untuk penurunan berat badan dan juga pengurangan lemak pada perut.
Malah ada beberapa jenis teh dilihat sangat berkesan untuk dua tujuan ini. Jadi untuk yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan, jadikan minum 6 jenis teh ini sebagai amalan harian.
Teh hijau
Teh hijau adalah salah satu teh yang popular dan dikaitkan dengan pelbagai khasiat. Ia juga antara teh yang sangat efektif untuk menurunkan berat badan kerana kandungan catechin yang tinggi mana merupakan antioksidan semula jadi yang baik untuk meningkatkan metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut.
Teh Puerh
Puerh adalah dari keluarga Chinese black tea. Amalan minum teh ini selepas makan akan mengelakkan lemak dari berkumpul seterusnya mengelak kenaikan berat badan. Sebab itu teh yang menenangkan ini dilihat sangat membantu dalam penurunan berat badan
Black tea
Ia kaya dengan flavonoids yang menyumbang kepada pengurangan berat badan. Ia juga memberi kesan dalam menjaga tahap gula dalam darah.
Teh Oolong
Ia merupakan teh tradisi China dengan aroma yang wangi. Ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara merangsang pembakaran lemak dan mempercepatkan metabolisme. Ia juga mengandungi polyphenols yang bertanggungjawab dalam usaha menurunkan berat badan.
Teh Rooibos
Teh Rooibos adalah teh herba dari Afrika Selatan. Awalnya digunakan untuk tujuan kesihatan namun kini khasiatnya dalam menurunkan berat badan sudah dikenal pasti. Ia mengandungi antioksidan yang membantu menyeimbangkan tahap gula. Ia manis tapi rendah kalori.
Teh Matcha
Atau dikenali juga sebagai serbuk teh ia adalah berasal dari keluarga teh hijau. Tapi teh matcha lebih berkesan jika mahu menurunkan berat badan. Malah lebih efektif dari teh hijau. Ia mampu menghapuskan toksin, memperbaiki sistem imun selain menghalang penambahan berat badan dengan cara merangsang tahap metabolisme.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...