Bagi ibu bapa yang ada anak lahir 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 dah boleh ya untuk memohon kemasukan prasekolah Kementerian Pendidian Malaysia untuk tahun depan.
Bukan apa, siapa yang ada anak bersekolah tadika terutama swasta pasti tahu kos yang disediakan. Berbanding dengan prasekolah kerajaan ia lebih menjimatkan. Jadi wajarlah ambik peluang ini jika berkelayakan.
Untuk pengetahuan permohonan kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2021 secara Dalam talian akan dibuka mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020. Kita online saja. Tapi apapun ibu bapa kena ambil tahu beberapa perkara.
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
Kalau tak faham macam mana nak isi, boleh rujuk manual pengguna yang disediakan.
Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dandihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2019berserta dokumen yang berkaitan
Ibu bapa boleh menyemak status permohonan bermula 5 Ogos 2020. Jika tidak berjaya , bole buat rayuan bermula 5 Oogis hingga 20 Ogos.
Sumber: https://eprasekolah.moe.gov.my
Foto GPS Bestari