
Pisau kalau tumpul memang akan melambatkan kerja kita didapur. Penyelesaiannya kenalah diasah.
Tapi kenapa ya walau diasah tetap jugak tumpul. Sebabnya cuma satu, cara kita asah pisau selama ni salah.
Lelaki dalam video ini berkongsi cara betul mengasah pisau, selain berkongsi kegunaan besi penampan yang kita tak tahu!
Tipnya…
1. Asah pisau arah sehala saja (tolak mata pisau sehala, jangan ditarik pisau ke belakang seperti yang kita selalu lakukan).
2. Asah setiap bahagian sama banyak, supaya setiap bahagian sama tajam. Jika satu bahagian 5 kali, asah sebelah lagi kiraan yang sama.
Selamat mencuba!
Buat Sendiri Nuget Ayam Tempura Yang Sedap, Tanpa Perlu Kukus. Guna Isi Ayam Penuh, Bentuk Sama Macam Beli

Isi Kandungan
ToggleAntara makanan segera kegemaran anak-anak adalah nugget terutama nuget ayam tempura. Boleh kata stok makanan ini sentiasa ada dalam freezer. Cuma sekarang harganya pun dah makin mahal. Hampir RM16 untuk satu pek.
Supaya lebih jimat eloklah kita belajar buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh
Siti Zunnurain. Kaedahnya yang dikongsi tak memerlukan adunan dikukus, sebaliknya boleh terus digoreng. Nuget ini tidak dicampur dengan tepung, memang isi ayam penuh lagi sedap. Boleh disejuk beku, jadi boleh buat banyak dan simpan dalam freezer.
Nuget ayam tempura homemade tanpa perlu kukus
Bahan-bahan
Isi ayam
Telur
Garam
Serbuk blackpepper
Onion powder
Tepung goreng ayam Bon Chef
Tepung jagung
Cara membuat
1. Kisar daging ayam, telur, garam, blackpepper powder dan onion powder. Boleh perasakan dengan perasa yang kita sudah.
2. Letakkan adunan dikisar dalam bekas kemudian sediakan tepung jagung dalam satu lagi bekas. Dalam mangkuk lain bancuh tepung goreng ayam dengan air.
3. Gunakan sudu (sudu aiskrim) untuk ceduk adunan yang dikisar tadi kemudian bentukkan seperti nuget yang selalu kita beli.
4. Selepas itu salutkan dalam tepung jagung kemudian salut pula dengan bancuhan tepung ayam goreng.
5. Kemudian boleh terus digoreng untuk dimakan. Jika ingin disejuk beku goreng seketika dan tos, seterusnya boleh dimasukkan alam freezer.
Menurut Siti Zunnurain nuget ini tidak diletakkan tepung, 100 peratus isi ayam. Memang lagi sedap dan puas hati makan.
Selamat mencuba
Sumber: Siti Zunnurain
Tanam Sendiri Timun Jepun, Di Balkoni Pun Menjadi! Pokok Tetap Subur Buahpun Segar Elok

Timun Jepun ini memang sedap. Ranggup dan sesuai jadi ulam. Lagi sedap dari timun biasa. Harganya pun lebih mahal.
Bagi yang ada hobi bercucuk tanam, bolehlah mencabar diri menanam timun Jepun ini seperti yang diusahakan oleh Asyraf Rahim.
Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.
Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.
Timun Jepun kebun balkoni
- Kaedah Hidroponik
- Benih F1 Green Eagle
- Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu.
- Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada floater sebagai water level indicator.
- Timun jepun ini jenis menjalar – saya pakai jaring trelis ikat pada railing balkoni.
- Baja AB kepekatan EC 1.5mS/cm, pH 6.6-6.8
- Forliar berjadual; Hydrogen Peroxide, Neem+Garlic Oil, Bactillus Subtilis, Kitosan, Trichoderma, Kristalon, Seaweed Solution.
- Tuaian -45 hari dari semaian benih, ke tuaian buah.
Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.
Semoga perkongsian beri manfaat pada yang suka bercucuk tanam.
Sumber: Asyraf Rahim
Tanam pokok kunyit Dalam Karung, Lagi Mudah & Subur Hasilnya

Isi Kandungan
ToggleTanam pokok kunyit di rumah memang memudahkan. Nak pakai daun kunyit ambil saja. Lagi jimat tak perlu beli, tambah lagi daun ini harganya pun makin naik terutama waktu perayaan.
Kebiasaannya kita akan tanam pokok ini dalam pasu atau di laman saja. Tapi selain itu boleh juga tanam pokok kunyit ini dalam karung seperti yang dilakukan Mohammad Aziman.
Menurut beliau cara penanaman yang dilakukan ini juga ada kelebihannya, pokok dan daun kunyit lebih subur malah untuk tuai hasil kunyit juga lebih mudah.
Rahsia pokok kunyit subur ini bukan saja kerana pembajaan dan penjagaan tapi jika penggunaan bahan organik selain tanah bakar.
Bagi yang berminat untuk tanam pokok kunyit dengan kaedah ini, beliau juga berkongsi caranya.
Panduan tanam pokok kunyit dalam karung
1. Ini karung yang digunakan, tak perlu ditebuk kerana materialnya tidak menakung air.
2. Pertama sekali, isi dulu bahagian bawah dengan daun kering. Tak perlu banyak.
3. Seterusnya masukkan batang pisang yang telah dipotong-potong. Abaikan jika tiada.
4. Masukkan sisa dapur atau sisa sayur.
5. Kemudian barulah dimasukkan tanah bakar. Tanah ini dari tempat bakar daun-daun kering. Masukkan ikut kuantiti bersesuaian, tak perlu penuh karung.
6. Kemudian boleh alihkan anak pokok kunyit ke dalam karung.
7. Seterusnya lakukan siraman dan juga pembajaan.
Tip pokok kunyit subur
-Bagi mengelakkan masalah daun pokok boleh lakukan semburan racun agrimectin seminggu sekali.
-Lakukan juga pembajaan, boleh gunakan baja Ezigrow.
-Selain pokok kunyit boleh juga tanam halia dalam karung seperti ini.
-Boleh juga polibeg saiz 24 x 24 atau plastik beras, cuma pastikan tebuk 6-8 lubang untuk pengaliran air.
-Bagaimanapun plastik beras ini tidak tahan lama, boleh digunakan untuk sekali penanaman. Ia mungkin reput selepas enam bulan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mohammad Aziman
Artikel berkait: Daun Pokok Kunyit Kuning & Kering, Guna Tip Ini Untuk Rawat Supaya Kembali Hijau & Subur