Jumlah pendapatan yang kecil setiap bulan tapi perlu menyara keluarga, persekolahan anak, selain membayar bil dan membeli keperluan lain sememangnya memberi tekanan kepada golongan B40.
Apatah lagi ketika pandemik Covid-19 ada di antara mereka kehilangan pekerjaan. Ini menambahkan lagi beban yang ditanggung.
Memahami akan keperitan mereka untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang mencabar seperti sekarang, Lotus’s Store (Malaysia) yang dulu dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) tampil menghulurkan bantuan terutama buat anak-anak yang bersekolah daripada keluarga B40 ini.
IKLAN
Melalui program Inisiatif Prihatin, bermula sejak December 2020 hingga Februari 2021, Lotus’s Store Malaysia membantu hampir 6,000 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menerusi program Sekolah Angkat Tesco.
Inisiatif Prihatin yang dijalankan ini membantu pelajar dan keluarga B40 ini melalui tiga cara yang sangat bermakna.
Pertama, pelajar dari keluarga B40 terpilih diberi kupon makan percuma yang boleh ditebus di mana-mana food court Lotus’s Store Malaysia. Cara ini memastikan pelajar kurang berkemampuan dapat menikmati makanan yang sempurna.
IKLAN
Kedua, selain pelajar keluarga mereka juga turut diberi bantuan barang keperluan harian, seperti beras, minyak yang disediakan bersama oleh Lotus’s Store selain penyewa dan pembekal Lotus’s mall.
IKLAN
Ketiga, menerusi program Inisiatif Prihatin juga Lotus’s Store juga telah melaksanakan kempen komuniti Kembali Ke Sekolah untuk pelajar B40. Melalui program yang dikenali sebagai Kembali Teguh, Lotus’s Store turut bekerjasama dengan Unilever Malaysia dan PINTAR Foundation.
Semua usaha membantu pelajar dan keluarga golongan B40 ini adalah tanda prihatin berterusan Lotus’s Store Malaysia dalam membantu kepada golongan kurang berkemampuan dan memerlukan.
Hari raya korban akan kita sambut Khamis minggu depan. Biasanya waktu ini memang kita dapat agihan daging korban. Kadang-kadang sampai tak tahu nak masak apa.
Selain sup, gulai, goreng kunyit satu lagi menu daging yang mengancam selera boleh kita buat nanti adalah daging rebus air asam. Kalau makan lauk ni memang confirm licin pinggan dibuatnya.
Bukan saja sedap tapi cara nak buat pun senang. Rebus, kisar, gaul dah siap. Resipi lengkap dikongsi oleh Farhana Ismail.
Bahan-bahan:
Daging – direbus dan dipotong
Bahan kisar :
Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang disukai
Air asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Gula
Bahan dipotong
1 biji tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar
Cara membuat:
1. Kisar bahan dikisar tapi jangan sampai hancur lebur ya. Kisar kasar.
2. Tuang bahan kisar dalam mangkuk dan masukkan bahan yang dipotong tadi. Gaul.
3. Akhir sekali masukkan daging yang direbus tadi.
Siap dah boleh makan. Hidang pulak dengan ulam, memang terbaik.
Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.
Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.
Daun kering pun ada gunanya
Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.
Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”
22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.
15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.
Caranya
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.
Tempoh 20 tahun bukanlah tempoh yang sekejap. Ianya adalah satu tempoh yang cukup lama. Bayangkan macam mana keadaan organ dalaman yang terjejas akibat aktiviti merokok sepanjang tempoh itu. Maka tidak hairanlah apabila lelaki bernama Mohd Firdaus ini mengakui dia mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang bergelar perokok tegar.
“Semasa bergelar perokok, saya selalu batuk sampai sesak nafas. Kalau demam, selalunya saya demam disebabkan masalah tonsil dan banyak kali doktor sarankan buat pembedahan tonsil. Semuanya kerana tonsil saya bengkak apabila saya demam. Sampaikan tahap bernanah dah tonsil saya tu. Bila dah setahun berhenti merokok ni, saya rasa semakin sihat dan rasa lapang dada ni apabila bernafas. Sudah tak kerap demam tonsil dan banyak lagi perubahan dalam kesihatan”
Hati kena cekal, ubat nikotin hanya ganti
VK kagum dengan semangat Firdaus dalam usaha untuk dia berhenti merokok. Tanpa menggunakan ubat nikotin pun. Ini kerana menurut Firdaus, ubat nikotin tu seperti gantian nikotin yang diambil apabila merokok, jadi tetap tak bebas nikotin.
“Saya ada buat survey pada kawan-kawan yang cuba berhenti merokok menggunakan bantuan ubat nikotin tapi kebanyakannya tak berjaya sebab ubat tu hanya gantian. Bila ubat itu habis, cari balik rokok. Sebab itu saya ambil keputusan untuk terus berhenti dengan usaha kuatkan semangat dan cekalkan hati.”
Demi menguatkan semangat, Firdaus perbanyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan Allah. Ya, hanya Tuhan yang boleh membantu hamba-NYA yang berusaha untuk ke arah kehidupan yang lebih baik.
Ikuti perkongsian Firdaus di facebook.
Apa saya dapat selepas setahun berhenti merokok?
Alhamdulillah genap setahun dah stop smoking dgn izinNYA. Bersyukur sangat kerana menjadi insan terpilih mendapat hidayah dan diberikan kekuatan.
Saya bekas perokok tegar 20thn dari usia 15thn sehingga 35thn, bekas perokok tegar Dunhill Red, Winston Red & Marlboro menthol.
Setahun dah saya berhenti merokok apa yang saya dapat setahun ini?
Kesihatan
✔ Saya dah x batok sehingga sesak nafas lagi. ✔ Saya dah x demam tonsil lagi dan x perlu dah operation tonsil. ✔ Saya rasa kehidupan seharian semakin rasa sihat dan rasa dada lapang jek bila bernafaz.
Kehidupan
✔ Saya rasa semakin dekat dengan Maha Pencipta kerana rasa senang untuk beramal ibadah. ✔ Saya rasa doa senang diterima dan apa yg dihajati senang termabrur. ✔ Saya rasa lapang fikiran tanpa fikirkan nak merokok lepas makan atau nak kena mencari tempat nak merokok bila di shopping complex atau bila drive jln jauh nak kena berhenti untuk merokok, bayak lebih masa untuk family.
Ekonomi
Antara kebaikan berhenti merokok, Firdaus menegaskan yang dia mempunyai lebih banyak masa dan kewangan untuk menggembirakan hati keluarga. Dapat selalu bercuti dengan keluarga sama ada ke luar negara mahupun dalam negara. Malah dia tidak perlu lagi selalu berhenti apabila dalam perjalanan untuk merokok. bagus, kan?
✔ First time saya dapat bawa 1 family travel overseas, biasa berdua dan selalu dapat pergi bercuti dgn family. ✔ First time dapat merasa tidur hotel bilik berharga 1 malam Rm1000++ di Lexis Hibiscus PD. ✔ First time rasa nak beli apa² pon x kesah dan berkira sgt sebab fikir dulu beli rokok lagi rugi bayak.
Untung RM6,120 setahun!
Sehingga hari ini kos perjimatan x beli rokok yg saya untung : -Sehari untung Rm17 -Sebulan untung Rm510 -Setahun untung Rm6,120
Tak ada 1 kebaikan pun pada rokok
Bukan niat share nie untuk bangga diri tapi sekadar perkongsian untuk memberi semangat pada yg ingin berhenti merokok tu, berusahalah untuk berhenti.
Pada yang belum nak berhenti tu fikir²kan untuk berhenti merokok, sebab senaraikanlah sepuluh kebaikan merokok tak ada 1 pon kebaikannya yang boleh disenaraikan.
2 minggu bebas rokok, insya-Allah akan terus berhenti
Good luck pada yang nak berhenti merokok. Kita kena berusaha mencari hidayah Allah. Hidayah itu milik Allah sesiapa sahaja yg dikehendakiNYA pasti akan dapat HidayahNYA.
In Syaa Allah semoga dipermudahkan usaha kearah kebaikan. Niat berazam, berusaha dan kentalkan jiwa 2 minggu jek kena kuatkan semangat tu. In Syaa Allah lepas tu akan kembali pulih bebas dari rokok.
Terima kasih pada yang sudi membaca kisah saya ini.
#Ikhlasdariseorangbekasperokoktegar
Selain itu, Firdaus akui semangat yang diberikan oleh isteri, ahli keluarga dan orang terdekat adalah amat diperlukan. Semangat orang sekeliling termasuk semangat daripada diri sendiri amat membantu sepanjang usaha dia cuba berhenti merokok.
VK tabik spring la pada lelaki ni. Boleh bebas rokok dengan kecekalan hati. Betul kan pepatah Melayu kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalil. Kalau dalam diri memang dah pasak niat nak berhenti merokok, mesti boleh punyalah. Syabas!
Baru-baru ini ada kenyataan dari individu yang mengatakan tindakan mengisi minyak kereta penuh tangki sebenar bukan menjimatkan sebaliknya hanya merugikan.