Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi yang mengorbankan 24 nyawa memang cukup menyedihkan. Rata-rata membayangkan keadaan anak-anak ini ketika bergelut mahu keluar dari asrama yang terbakar.
Mengingat keadaan itu hati ini direntap sebak dan sayu.
Tidak ketinggalan terkesan malah berasa lebih sedih adalah pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim yang turut mengenali anak-anak tahfiz yang terkorban.
Menitipkan perkara tersebut dalam instagram miliknya ujar Rizalman pusat tahfiz ini merupakan tempat belajar anaknya Umar Nail sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS).
Menurut Rizalman anak-anak ini telah menjadi sahabat Umar malah dia sendiri selalu mengundang pelajar sekolah ini selalu mengundang mereka untuk majlis baik di rumah atau di pejabat.
Atas sebab itu ujar Rizalman dia amat terkesan dengan pemergian anak-anak ini.
Sumber: rizalman71