Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang ada terjadi. Terbaru seorang anak maut akibat tercekik buah rambutan.
Kita mohon dijauhi dari berlaku pada ahli keluarga kita. Tapi pada masa yang sama ibu bapa juga perlu belajar teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa jika ia berlaku kepada anak kita.
Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.
Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak. Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.
1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan.
2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.
3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.
4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 sehingga bantuan kecemasan tiba.
1. Tundukkan badan kanak-kanak (boleh juga minta anak duduk) lalu tepuk lima kali di antara tulang belikat menggunakan sebelah tangan. Perhatikan jika objek sudah keluar atau tidak.
2. Jika tidak keluar, letak sebelah tangan di belakang badan anak. Sebelah lagi tangan di bahagian dada lalu tekan dada anak menggunakan bahagian bawah telapak tangan sebanyak 5 kali. Lihat sama ada objek sudah keluar atau tidak.
3. Jika tidak ulang langkah 1 dan 2 hingga bantuan sampai.
Anak berisiko tercekik makanan jika;
Sumber: Public Health Malaysia & www.raisingchildren.net.au