Pengumuman kerajaan baru-baru ini tentang penangguhan bayaran pinjaman bank atau moratorium kepada peminjam baru-baru ini cukup melegakan.
Memandangkan kebanyakan kita menggunakan khidmat bank lebih daripada satu, bagi memudahkan anda boleh semak notis dari bank di bawah yang menyenaraikan semua link bank berkenaan penangguhan bayaran. Tinggal klik saja.
Selalu terjadi konflik antara adik beradik tentang siapa yang patut pegang geran tanah bila di dalamnya punya banyak nama. Ada yang sampai bermasam muka sebab takut nak beri adik beradik lain pegang.
Masalah ini selalu dihadapi oleh penama-penama dalam geran kongsi pemilikan bersama. Isu ini kecil je sebenarnya. Tapi disebabkan tiada ilmu, benda kecil pun boleh jadi bahan untuk berbalah satu sama lain.
Banyak saya dapati hanya satu pihak sahaja yang “konker” pegang geran. Bila orang lain nak pinjam geran untuk sesuatu urusan, bukan main kerek nya dia.
Konon takut geran hilang lah. Takut nanti tak pulang balik lah. Macam-macam alasan diberi nya. Macam lah geran tanah tu boleh bawak mati dalam kubur.
Tak perlu takut kalau tak pegang geran
Sebenarnya, isu siapa yang patut pegang geran tanah tu tak penting pun. Dan tak sepatutnya pun dijadikan bahan untuk berbalah.
Asalkan nama anda ada didaftarkan dalam geran tersebut sebagai pemilik berdaftar, dari segi perundangan hak dan kepentingan anda akan sentiasa dilindungi oleh undang-undang. Jadi apa nak takut kalau tak pegang geran sekalipun.
Tiada masalah kalau nak pindah milik/ jual tanah
Habis tu nanti kalau dia seorang saja yang pegang geran, kalau saya nak jual atau buat pindahmilik kepada anak saya macam mana? Banyak jugak yang tanya soalan ni.
Sebenarnya tak de masalah, kalaulah sekiranya pemilik bersama yang pegang geran tu tak kasi pinjam geran untuk anda uruskan urusan pindahmilik, anda sebenarnya boleh tulis surat kepada pejabat tanah memaklumkan yang anda ingin melakukan urusan pendaftaran pindahmilik tetapi pemilik bersama yang pegang geran tersebut enggan serahkan geran tanah asal tersebut kepada anda.
Pejabat tanah boleh arahkan pemilik bersama yang pegang geran asal tanah tadi menyerahkan geran tanah asal tersebut kepada pejabat tanah untuk tujuan di atas.
Boleh buat geran pendua jika enggan serah
Sekiranya pemilik bersama tadi enggan beri kerjasama, pejabat tanah boleh keluarkan GERAN PENDUA untuk membolehkan urusan pendaftaran pindahmilik tadi dilakukan.
Bukan itu sahaja, pemilik bersama yang degil tak nak serah geran tanah asal tadi boleh diambil tindakan undang-undang seperti didenda atau dipenjara.
Kemudian ada juga yang tanya. Tak boleh ke pejabat tanah keluarkan satu geran seorang kepada setiap pemilik bersama? Baru lah senang.
Dalam Kanun Tanah Negara menyatakan dalam satu masa, hanya satu Suratan Hakmilik Asal (Geran Tanah Asal) sahaja akan dikeluarkan untuk satu bidang tanah.
Ertinya, setiap satu tanah hanya akan ada satu geran asal sahaja. Dia tidak akan jadi 10 geran atau 20 geran untuk satu tanah, walaupun penama dalam geran itu melebihi seorang.
Jadi soal siapa nak pegang geran asal tu pakat-pakat lah anda selesaikan secara baik.
Amalan biasa, pemilik paling besar bahagian akan pegang
Dalam Kanun Tanah Negara tak de pun menetapkan syarat-syarat siapa yang patut pegang geran untuk tanah geran pemilikan bersama ni. Cuma dari segi amalan kebiasaannya, mungkin pemilik bersama yang mempunyai bahagian terbesar yang akan pegang geran.
Pun begitu ia tidak semestinya begitu. Boleh sahaja kalau nak dibuat penggiliran siapa yang pegang geran. Misalnya tahun ni Pak Abu pegang geran. Tahun depan Pak Karim. Begitulah seterusnya sampai semua pemilik bersama dalam geran tu merasa pegang geran asal tanah tersebut.
Boleh simpan di Pejabat Tanah
Tetapi kalau masih nak bergaduh jugak, simpan sahaja lah geran asal tanah tu kat pejabat tanah. Kalau korang nak tahu, Pejabat tanah ada sediakan perkhidmatan menyimpan geran asal bagi sesuatu tanah.
Cara ini lebih baik dan lebih selamat. Geran pun selamat. Tak payah nak bergaduh soal siapa nak pegang geran lagi.
Kalau mana mana pemilik bersama ada sebarang urusan nak buat berkenaan tanah tersebut seperti nak buat urusan pindahmilik bahagian dia kepada anak dia misalnya, boleh terus ke pejabat tanah dan petugas di pejabat tanah akan dapatkanya untuk anda. Selepas selesai urusan tersebut, pejabat tanah akan simpan dan jaga geran tersebut bagi pihak anda.
Inilah pentingnya ilmu perundangan hartanah. Kalau takde ilmu pasti semua tindakan kita akan berdasarkan emosi dan perasaan.
Jika faham undang-undang masalah tanah selesai dengan baik
Urusan tanah ni kalau nak selesai guna emosi dan perasaan, memang tak kan selesai lah jawabnya. Sebaliknya nak selesai kena ikut lah Undang-undang.
Undang-undang tanah di negara kita ni bukan semalam baru kerajaan gubal.
Dah ada sejak merdeka lagi. Jadi ia antara Undang-undang yang boleh dikatakan lengkap dan detail di negara kita. Pendek kata, jika anda faham undang-undang, insyaallah semua masalah berkenaan tanah akan dapat diselesaikan dengan baik.
Pernah tak alami batuk dalam tempoh yang lama malah berbulan-bulan. Memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun sukar.
Walaupun dah cuba pelbagai ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian dari Azliza Talib ini.
Dia berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Ajaib kan! Hanya ada dua bahan utama yang digunakan iaitu madu yang memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.
Kalau rawatan kena atau serasi, tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.
Tip mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja guna bawang putih dan madu
Bahan-bahan:
3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.
1 cawan madu
Cara membuat:
Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.
Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.
Cara pengambilan:
Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam
Manfaat bawang putih untuk batuk:
Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Tuna puff ini antara pilihan yang selalu kita beli bila masuk bakeri. Sedap dan mengenyangkan.
Ia juga sebenarnya antara hidangan yang boleh kita buat sendiri dengan cara yang lebih mudah. Guna 3 bahan saja dah cukup, tak payah uli atau masak inti bagai. Caranya dikongsi oleh Shai Anne Ahemed.
Cara buat tuna puff instant
Guna 3 bahan saja, penyediaan yang mudah, cepat dan ringkas. Bahan-bahannya;
-Roti paratha
-Tuna segera (tuna sandwich dalam tin)
-Telur
Cara membuat
1. Ambil roti Paratha, ratakan. Hiriskan kiri kanan roti paratha & tinggal kosong di tengah untuk inti tuna.
2. Letakkan tuna (saya guna tuna sandwich dalam tin) di bahagian tengah.
4. Lipat ikut gambar di bawah. Kemudian sapu dengan telur.
5. Masukkan dalam air fryer.
6. Suhu 170°c 10 minit, balikkan puff tambah masa 7/5 minit lagi bergantung pada air fryer masing-masing.
Siap memang, gebu hasilnya.
Tip: Inti tuna bole sesuaikan ikut cita rasa masing-masing. Nak buat sendiri pun boleh. Kalau nak mudah guna saja yang dalam tin.