
Isu kawalan penggunaan rokok sejak dulu menjadi perhatian di negara ini, dengan pelbagai langkah diperkenalkan bagi mengurangkan kadar perokok dalam kalangan rakyat.
Salah satunya adalah larangan penjualan semua jenis produk rokok kepada individu di bawah umur 18 tahun yang telah dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Ia bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dalam tabiat merokok, seterusnya merealisasikan matlamat negara bebas asap rokok.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa larangan sepenuhnya mungkin membawa kesan tidak dijangka, termasuk peningkatan rokok seludup dan kesukaran penguatkuasaan. Dalam hal ini maklumat yang tepat dan pendidikan yang berkesan adalah cara terbaik untuk membantu mereka memahami bahaya merokok tembakau.
Sehubungan itu, pendekatan berperingkat yang lebih realistik perlu dipertimbangkan, termasuk kaedah pengurangan kemudaratan tembakau atau tobacco harm reduction (THR) sebagai pilihan alternatif kepada perokok sedia ada termasuklah perokok tegar.
Alternatif Bebas Asap Sebagai Langkah Pengurangan Kemudaratan
Dalam usaha mencipta persekitaran lebih sihat, kaedah THR boleh memberi pilihan kepada perokok yang sukar berhenti secara total.
Berbanding melarang terus penjualan rokok, pendekatan ini menawarkan alternatif yang kurang berisiko seperti produk tembakau yang dipanaskan (HTP)
Produk bebas asap ini direka untuk mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya yang dihasilkan daripada pembakaran tembakau. Peralihan kepada alternatif ini bukan sahaja boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan rokok.
Mengapa Produk Bebas Asap Kurang Mudarat?
Penyakit berkaitan rokok berpunca daripada toksin dan karsinogen dalam asap tembakau. Ini kerana produk tembakau mengandungi lebih daripada 6,000 bahan kimia, dan sekurang-kurangnya 100 daripadanya diketahui berbahaya kepada kesihatan.
Jika tembakau tidak dibakar, ia tidak menghasilkan asap berbahaya yang menjadi punca utama penyakit berkaitan merokok. Sebagai contoh, rokok tradisional terbakar pada suhu tinggi dan menghasilkan asap yang mengandungi pelbagai bahan toksik.
Sebaliknya, produk seperti HTP hanya memanaskan tembakau pada suhu tertentu untuk menghasilkan wap air dan bukan asap, sekali gus mengurangkan pendedahan kepada bahan berbahaya.
Keberkesanan Di Peringkat Global
Kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini lebih efektif dalam mengurangkan jumlah pengguna rokok berbanding sekatan ketat semata-mata.
Bagaimana pun meski produk bebas asap telah terbukti kurang mudarat, masih ramai pengguna rokok yang kurang pendedahan terhadap alternatif ini. Oleh itu, penting untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pilihan yang lebih selamat ini, selain memastikan kawal selia yang ketat bagi mengelakkan penyalahgunaan.
Menyediakan pilihan yang lebih selamat kepada pengguna rokok bukan sahaja membantu mengurangkan kesan kemudaratan tembakau, tetapi juga menyokong usaha mewujudkan generasi bebas asap secara lebih realistik dan berkesan.