Jika kebiasaannya pengacara New York Televisyen, Natalie Pasquarella membaca berita semasa tapi kali ini beliau sendiri menjadi subjek beritanya.
Ketika sedang mengacarakan satu program bersama empat lagi pengacara NBC News pada jam 11 malam Selasa beliau telah tertawa kecil dengan jenaka dari salah satu berita yang dibualkan.
“Sewaktu ketawa itulah air ketubannya pecah, ketika kami masih dalam set dan sedang bersiaran langsung,” ujar teman pengacara yang membuat pengumuman tersebut keesokan harinya.
Ads
Namun menariknya, selepas mengetahui air ketubannya pecah Pasquarella mengendalikannya seperti seorang ‘pro’.
Dia terus mengacarakan rancangan sehingga selesai sebelum memberitahu eksekutif produser dan rakan yang lain. Pasquarella kemudian dikejarkan terus ke hospital, di mana suami sudah pun menunggunya.
13 jam kemudian dia selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama Jamin James.
Ads
“Kelahiran awal yang sangat indah, terima kasih pada yang memberi ucap selamat,”katanya dalam instagram.
Semua tahu adik beradik Rozita Che Wan atau Che Ta memang cantik-cantik belaka malah bergaya. Mereka ini juga kerap menarik perhatian netizen di instagram bila selalu berkumpul untuk berposing bersama-sama.
Cuma sejak beberapa bulan lalu, salah seorang adik Che Ta iaitu Ruby Che Wan tampil berbeza daripada sebelum ini.
Jika dulu Ruby yang juga isteri Lan Pet-Pet ini bergaya ranggi tapi sejak kepulangannya dari mengerjakan ibadah haji tahun lalu tudung litup yang labuh mengganti imej lamanya.
Memang sejuk mata memandang penampilan baru Founder Putih Ajaib by RCW ini. Malah netizen juga memuji imej baru Ruby yang dilihat cukup manis dan makin cantik meskipun tidak bermekap.
Ruby dan Lan Pet-Pet berangkat ke Makkah pada hari ulangtahun perkahwinan mereka dan ia diibaratkan sebagai hadiah yang paling istimewa buat keduanya.
Ternyata pemergiaannya ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu memberi impak yang besar buat Ruby.
Selepas hampir empat tahun hidup bersama anak-anak, pelakon Dynas Mokhtar,35 akan menamatkan status ibu tunggal yang dipegang pada hujung minggu ini.
Bakal bernikah dengan jejaka bujang Shazrik Din, meski ini merupakan perkahwinan kedua buat dirinya namun tetap ada acara berbalas hantaran.
Menariknya, hantaran yang disediakan oleh Dynas untuk bakal suaminya itu cukup istimewa dan rasanya tak pernah lagi dibuat dek pasangan lain.
Bagi pasangan yang ‘ada-ada’ mungkin pernah memberikan hantaran rumah, kereta atau percutian tapi apa yang diberi Dynas berbeza. Sebagai hantaran untuk suami, Dynas memberikan pembedahan lasik untuk mengatasi masalah mata yang dialami Shahrik.
Belum pernah dengar lagi kan pembedahan lasik dijadikan hantaran kahwin.
Ujar pelakon ini hantaran itu adalah hadiah terbaik buat suaminya. Hadiah penglihatan lebih jelas ini katanya supaya bakal suami dapat melihat betapa dia sangat menyayanginya. Sweet sungguh Dynas ni.
Perkara ini dikongsi Dynas dalam satu entri di instagramnya baru-baru ini.
“As hantaran I decided to give Rik the best gift ever ! Perfect vision and that you can see how much I love you . A special Tq to Prof Muhaya,”demikian tulis Dynas dalam status yang turut berkongsi video ketika Shazrik melakukan pembedahan lasik di Pusat Lasik Prof. Dr Muhaya.
Dalam ruangan komen di status tersebut Dynas turut berkongsi tentang harga pembedahan lasik yang dilakukan. Membabitkan kos RM12 ribu, pembedahan ini katanya hanya dilakukan dalam masa dua minit sahaja.
Jelas Dynas dia sendiri pernah melakukan pembedahan lasik ini satu ketika dulu yang melibatkan kos RM 8 ribu namun tempoh pembedahan adalah selama 17 minit.
Terbaiklah hantara Dynas ni, kalau ada duit apa salahnya untuk insan tersayang kan.
Pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila mempromosikan satu produk suplemen untuk menambah ketinggian di instagram.
Informasi mengenai produk itu dimuat naik ke akaun instagram Neelofa baru-baru ini. Mungkin kerana ia mendapat kritikan, posting itu tidak lagi kelihatan di Instagram Neelofa.
Bagaimanapun screen shot tentang posting tersebut telah banyak dikongsi di media sosial dan mendapat respon netizen. Kemudian ditambah pula dengan posting dari pelakon muda Elfira Loy di media sosial yang mendakwa produk peninggi badan ini berkesan buat dirinya hingga mendapat kecaman.
Tidak mahu pengguna terpedaya ramai pengamal perubatan memberi respon terhadap isu ini. Salah seorangnya adalah Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Menurut beliau produk peninggi tubuh yang banyak dijual di pasaran adalah paling memusykilkan. Beliau memberikan tiga fakta yang seharusnya difikirkan oleh pengguna akan kelogikannya sebelum mengambil produk ini.
PUTIH, KURUS, & TINGGI : Itulah definisi cantik pada mata masyarakat kita.
Oleh itu, permintaan untuk produk pemutih, kurus atau peninggi, amat rencam. Antara produk ketiga-tiga produk ini, peninggi adalah yang paling banyak memusykilkan.
1. Ada produk menjanjikan tambahan ketinggian tidak terikat pada umur pengguna. Hakikatnya, selepas umur 19-21 tahun, secara fisiologinya, ketinggian tubuh sudah tidak bertambah kerana tulang sudah matang dan tidak akan memanjang.
2. Ada produk menggambarkan kadar peninggian sebanyak 1 cm seminggu, dan penambahan maksimum sebanyak 5-15 cm. Ketika kanak-kanak pesat membesar, kadar peninggian pun hanya lebih kurang 1-1.5 cm sebulan.
3. Ada produk yang dakwa negara-negara Asia lain melihat penambahan ketinggian rakyatnya secara umum kerana meraka mengambil produk peninggi. Ini tak benar sama sekali.
Jika anda dah lebih 21 tahun, tak perlulah kiranya ambil apa-apa produk untuk tambah ketinggian. Tak membantu.
Cantik itu adalah bila tubuh kita sihat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Unit Rehabilitasi Medtweetmy
Mudah dan ringkas penjelasan doktor ini. Harapnya pengguna faham, tak perlulah nak membazir duit beli produk begini. Rugi duit ok lagi tapi kalau kesihatan terjejas dek pengambilan ubat yang tak diketahui statusnya ini lagilah menyesal tak berguna.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...