Cyst antara masalah yang selalu menghantui wanita pada masa kini. Kerap sakit perut, kelihatan buncit, sukar atau kerap kencing, antara tanda-tandanya.
Untuk mengelak ia berlarutan ia perlu dirawat. Tapi meski sudah dibuang paling menakutkan adalah masalah cyst ini boleh kembali terutama jika wanita tidak menjaga pemakanan.
Pengalaman ini dilalui oleh Hariza Azmi yang kemudiannya berkongsi kisah yang dilalui untuk dijadikan panduan kepada wanita lain.
3 tahun lepas aku operate buang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang ngan kawan.
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang taknak dengar lantaklaa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa supplement termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis suppliment. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen (Rasanya mcm aku dgr estrogen ). Makan lagi supplement menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon.
2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya.
3. Kurangkan makan ayam.
4. Banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan.
5. Amalkan pemakanan yang sihat
6. NO FAST FOOD
7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc )
8. NO STRESS
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada KKM sekalipun.
Ingat girls. Jangan menyesal.
Sumber Hariza Azmi