Umum mengetahui bahawa pelakon berbangsa Cina berbakat besar, Adam Corrie Lee telah menimang cahayamata pertama selepas 10 tahun berkahwin. Banyak kali isterinya mengalami keguguran, namun berkat kesungguhan dan doa yang dipanjatkan setiap hari, akhirnya pasangan ini dapat menimang anak sendiri.
Ads
Setelah seminggu bergelar bapa, Adam Corrie menceritakan pengalamannya menjadi bapa. Tak tidur malam adalah perkara biasa bagi bayi yang baru berumur seminggu.
Ini dah jadi rutin setiap mlm.. pukul 2:30 pg hingga subuh.. Mata #adamFatehLee buka. Suara mak sampai serak.. ?pengalaman berharga . ・・・ Rutin setiap mlm.. ini video kejadian 2 hari lepas. Berjaga setiap mlm minta susu dan ajak berborak.. . #AdamFatehLee #adamcorrie #adamfazi❤️
Baby Lee dah ada nama betul
Genap seminggu usia seseorang bayi, hukumnya sunat untuk diberikan nama yang baik. Adam Corrie mengumumkan nama anaknya iaitu Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee. Malah bayi ini turut dicukur rambutnya. Kata Adam Corrie, dia cukur sendiri saja. Majlis akan dibuat kemudian.
Yalah, baru seminggu bersalin, mesti isterinya masih belum cukup sihat untuk buat majlis.
Bagi Mak Fateh habis berpantang dan sihat dulu, itu kata Adam Corrie
Assalamualaikum.. Hari ini genaplah 7 hari usia Baby Lee. Pada hari ke 7 disunatkan umumkan nama bayi. Dengan ini saya Baby Lee adalah Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee @adamfatehlee Dan hari ini juga disunatkan utk bercukur . Abah cukur sendiri . Majlis buat kemudian. Bagi Mak Fateh @puan_fazi_fuad habis berpantang dan sihat dulu. . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie #adamfazi❤️ #adamfatehlee #CinaMelayu
Baru-baru ini penyanyi, Liza Hanim tampil dalam Konsert Dua Diva di Singapura. Seterusnya, dia turut terlibat dalam Konsert Semalam Di Malaya di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC.
Tiada sesiapa pun yang tahu dia hamil kecuali pihak pengurusan konsert sahaja. Melalui instagram, akhirnya Liza Hanim mengumumkan mengenai kehamilannya. Ini adalah anak kelima buat Liza Hanim dan suaminya, bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin.
Banyak dugaan
Liza mengakui dia mengalami banyak dugaan ketika hamil kali ini. Antaranya ialah pendarahan sebelum konsert Dua Diva. Malah dia turut dimasukkan ke wad kerana muntah teruk sehingga kurang air dalam badan.
Rezeki sungguh indah
Alhamdulillah saya kini hamil anak ke 5. Sesungguhnya ini adalah anugerah dan rezeki yang sungguh indah dan amat bermakna dari Allah SWT…. walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan ni, bleeding sebelum konsert Dua Diva di Singapura, kena masuk wad kerana excessive vomitting sampai dehydrated… alhamdulillah baby kuat dan meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan …. alhamdulillah
We are half way there baby ?? doakan saya dan baby sihat sehingga melahirkan nanti… time being… kerja tetap kerja hihihi
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. VK mendoakan supaya Liza sihat sepanjang kehamilan.
Apabila anak kecil demam panas, biasanya ibu bapa akan pantau suhu dan cuba turunkan suhu badan anak. Namun jika langkah tersebut tidak berjaya, apa yang perlu dilakukan lagi untuk memastikan demam tidak semakin teruk sehingga mengundang anak kecil terkena sawan?
Isteri Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina Mohd Yunos dalam instagram bercerita mengenai salah seorang anak kembarnya, Noah telah mengalami deman panas. Sudah lima hari demam panasnya masih belum reda lagi. Dalam post itu, Dr Harlina berkongsi apa yang dia lakukan untuk meredakan demam anaknya itu.
Kalau anak demam
1) Redakan suhu dengan ubat bontot (supp PCM)
Suhu badan yang tinggi, perlu diturunkan dengan ubat bontot. Ubat ini selalunya lebih cepat menurunkan suhu berbanding dengan ubat demam yang diberikan melalui mulut. Dalam kes Noah, dia diberikan ubat bontot setiap enam jam.
2) Redakan suhu dengan teknik sponging
Kain basah yang diletakkan di badan dan kepala anak kecil selalunya dapat membantu meredakan suhu badan.
3) Bawa jumpa doktor
Apabila anak sudah demam panas lebih lima hari, Dr Harlina mengatakan sudah masanya untuk dia membawa Noah berjumpa doktor. Walaupun dia seorang doktor namun Dr Harlina mengatakan lebih baik jika anaknya itu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Ini kerana Noah memerlukan lebih daripada sekadar symptomatic relief di rumah.
4) Ujian darah dan X-Ray
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai punca demam tidak reda selepas lima hari, salah satu cara terbaik untuk dilakukan ialah ujian darah dan x-ray. Seperti kes Noah, ujian darah menunjukkan adanya jangkitan. Manakala keputusan x-ray pula menunjukkan wujudnya pneumonic changes.
5) Makan antibiotik
Selepas melalui ujian darah dan x-ray dan keputusan yang diterima adalah seperti kes Noah, maka ibu bapa perlu memberikan antibiotik atas nasihat doktor. Semuanya untuk membantu anak anda lebih kuat melawan penyakit yang dialaminya.
Noah had 5 days of high grade fever. Literally survived with supp PCM 6hrly and sponging. Mommy was on high alert all the time. Today is day 5, I know I should bring Noah to see the doctor (not that Im not one) but paediatrics people. He needs more than just symptomatic relief at home. So we went to the hosp, took some blood investigations and chest xray. True enough his blood result shows ongoing infection, likely bacterial in origin and the xray reveals pneumonic changes. Kena lah jugak makan antibiotic… and now, mommy pulak rasa nak demam ??? Bertabahlah mommy.. Alhamdulillah Adam is alright, he recovered earlier. Semoga Noah cepat sembuh ye.. meh makan ubat..
Semoga Noah cepat sembuh dan boleh main-main semula dengan Adam ya!
Kisah tiga beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa bersama adik bongsu mereka maut dalam kemalangan di Teluk Intan Perak baru-baru memang memilukankan.
Manakan tidak mereka meninggalkan anak-anak yang masih kecil, masih bersekolah rendah. Terus terlintas di fikiran bagaimana nasib mereka, siapa yang akan menjaga, mengurus dan paling penting menyambung tugas ibu bapa memberi kasih sayang dan mendidik anak-anak ini.
Kejadian anak yang menjadi yatim piatu sekelip mata ini juga sering kali kita dengar tapi apa yang seharusnya kita belajar daripada tragedi ini.
Perkongsian seorang ibu bernama Mahirah ini mungkin boleh menyedarkan kita tentang persediaan kita sebagai ibu bapa menghadapi perkara tidak dijangka seperti ini kerana ia juga boleh terjadi kepada kita.
Kalau kita tiada, anak-anak tinggal dengan siapa
Semalam selesai solat Isya’ suami bertanya,”Kalau kita dua-dua takde, nak tinggalkan anak-anak dengan siapa?”. Termangu.
Yang bongsu sedang dipangku. “Tak taulah…Tapi kena fikir…”“Anak kita bukan sorang. Tiga orang”.
Baru tadi diceritakan kisah tiga beradik yatim piatu sekelip mata. Ini bukan kali pertama terpapar berita sebegini.
Ini hakikat hidup. Terjadi pada mereka, boleh juga terjadi pada kita. Cuma tak tahu bila. Terus di mesej rakan baik, seorang peguam. “Babe do you write will?”.
Serius. Emosi ke tepi. Ini soalan serius.Yang pergi sudah selamat dikandung tanah, menghadap perhitungan di alam lain. Tetapi…Yang ditinggalkan terbeban dengan AMANAH.
Siapa akan jaga anak kalau ditakdirkan kita tiada
PENJAGAAN ANAK diharapkan pada siapa? Siapakah paling layak membesarkan anak-anak kami? Sanggupkah pihak yang dipercayai mengambil tanggungjawab ini? Anak-anak paling selesa dengan siapa?
Ditanya pada yang sulung, “Kalau Babah dengan Ummi takde, Abang nak duduk dengan siapa?”
“Dengan Babah”.
“Kalau Babah dengan Ummi takde pergi work jauh jauh?”
“Dengan Ummi”.
“Kalau Babah dengan Ummi dua dua pergi jauh jauh jauh jauh jauh jauh jauh, Abang nak duduk dengan Jiddah ke, Ami ke Nda?”.
“Dengan bibik dengan adik”.
Allahu, you’re so innocent my child.
Fahaman dia kalau Babah dan Ummi pergi ‘work’, dia di rumah dengan adik-adik, tempat paling selesa baginya.
Soalan masih belum terjawab. Siapa yang akan diamanahkan anak-anak kami? Nenek dan atuk memang rapat dan menyayangi, tetapi semakin meningkat usia. Ibu dan bapa saudara memang prihatin, tetapi baru membina keluarga sendiri.
Apa pun janganlah dipisahkan tiga beradik ini. Siapa pun yang diberi amanah berat ini, perlu persetujuan ikhlas mereka sebaiknya secara bertulis bagi mengelakkan konflik di masa hadapan.
Siapa akan urus wang peninggalan kita
PENGURUSAN KEWANGAN bagaimana? Siapa yang akan menguruskan wang peninggalan kami? Berapa banyak hutang yang perlu dilangsaikan? Cukupkah keperluan anak-anak?
Nasib baik ada sedikit perlindungan Takaful. Kalau tiada langsung? Walaupun ditinggalkan WANG HIBAH TAKAFUL sejuta ringgit nilainya sekali pun, cukup atau tidak untuk anak bertiga sampai mereka dewasa?
‘Cukup’ = Gaji setahun x 24 tahun (perkiraan sehingga anak bongsu tamat belajar dan boleh berdikari)
Tolak pula pembahagian wang mengikut Faraid.
DUIT EPF pula, nama siapa yang akan disenaraikan untuk pengeluaran? Anak-anak kami semuanya belum berusia 18 tahun. Bagi memudahkan, elok jika kami membuat penamaan seorang waris yang dipercayai supaya proses pengeluaran mudah dan cepat.
Duit dalam bank yang tak berapa banyak tu, macam mana? Nombor pin ATM, nombor akaun, username dan password penting yang lain wajar untuk dikongsi sesama suami isteri dan juga waris yang dipercayai. Buku Tabung Haji dan dokumen-dokumen penting elok simpan sekali.
Rumah, kereta macam mana disimpan atau jual?
PENGURUSAN ASET pula bagaimana? Loan rumah diuruskan siapa? Kereta dijual atau disambung bayar? Rumah ditinggalkan kepada siapa sementara anak-anak dewasa? Harta benda yang lain disedekahkan atau disimpan untuk anak-anak? Banyak perlu difikirkan. ‘SOP’ perlu ditinggalkan supaya tidak memeningkan pemegang amanah.
Buatlah persediaan untuk pendidikan anak-anak
PENDIDIKAN anak-anak apakah jalannya? Tadika mana, sekolah mana menjadi pilihan? Ditahfizkan atau ke aliran utama?
Kos persekolahan pula semakin meningkat. Dianggarkan untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2013-2017 yang akan ke IPT pada tahun 2031-2035, sekurang-kurangnya RM 35,000 diperlukan. Itu pun untuk kursus yang tidak kritikal. Anak-anak dah dibuatkan akaun TH dan SSPN-i. Tapi siapa pula nak sambung tolong menabung?
Siapa yang akan ganti tempat kita sebagai ibu bapa?
Ini yang paling penting, SOKONGAN EMOSI dan KASIH SAYANG. Siapa yang akan mengganti tempat kami? Ketiga-tiga anak sejak yang pertama, sesudah lahir saya siapkan account e-mail.
Bila kesempatan, diutus coretan buat kenangan dan pedoman terutamanya dalam ketiadaan nanti. Antara ketakutan paling besar, saya ditakdirkan pergi tanpa sempat mereka mengenali saya, menghafal kehangatan pelukan Ummi.
Terbayang wajah anak-anak yang pasti ikut ke pintu untuk memeluk dan bersalaman setiap kali kami keluar meninggalkan rumah.
“Abang good boy jaga adik-adik kat rumah tau. Kejap lagi Ummi Babah balik ye”.
Berani betul berjanji.
Allahu…Anak-anak kami masih terlalu kecil. Melafazkan Al-Fatihah untuk mendoakan kami sahaja belum mampu.
“Kalau Babah dengan Ummi takde, abang boleh jaga adik-adik tak?”
“Boleh!”.
“Abang sayang adik-adik?”.
“Sayang! Sayang semua!”.
Jawapan ringkas yang sangat ikhlas. Tetapi apa yang anak ini faham tentang kehilangan?
“Maybe we should start travelling in separate cars”.
Saling tersenyum. Mata berkaca. Hanya mampu berusaha membuat persediaan serapi mungkin dan terus berdoa…
Ya Allah, berkatilah hayat kami, panjangkanlah hayat kami agar kami dapat menjalankan amanah kami sesempurna daya, simpulkanlah pengakhiran hayat kami dalam keadaan yang baik dan diredhai. Ameen.
Semoga catatan ibu ini menjadi pengajaran untuk kita agar membuat persediaan supaya bila berlaku perkara tidak dijangka anak-anak yang kita tinggalkan terjamin kehidupan mereka.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...