Umum mengetahui bahawa pelakon berbangsa Cina berbakat besar, Adam Corrie Lee telah menimang cahayamata pertama selepas 10 tahun berkahwin. Banyak kali isterinya mengalami keguguran, namun berkat kesungguhan dan doa yang dipanjatkan setiap hari, akhirnya pasangan ini dapat menimang anak sendiri.
Setelah seminggu bergelar bapa, Adam Corrie menceritakan pengalamannya menjadi bapa. Tak tidur malam adalah perkara biasa bagi bayi yang baru berumur seminggu.
Ini dah jadi rutin setiap mlm.. pukul 2:30 pg hingga subuh.. Mata #adamFatehLee buka. Suara mak sampai serak.. ?pengalaman berharga .
・・・
Rutin setiap mlm.. ini video kejadian 2 hari lepas. Berjaga setiap mlm minta susu dan ajak berborak.. .
#AdamFatehLee #adamcorrie #adamfazi❤️
Genap seminggu usia seseorang bayi, hukumnya sunat untuk diberikan nama yang baik. Adam Corrie mengumumkan nama anaknya iaitu Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee. Malah bayi ini turut dicukur rambutnya. Kata Adam Corrie, dia cukur sendiri saja. Majlis akan dibuat kemudian.
Yalah, baru seminggu bersalin, mesti isterinya masih belum cukup sihat untuk buat majlis.
Bagi Mak Fateh habis berpantang dan sihat dulu, itu kata Adam Corrie
Assalamualaikum.. Hari ini genaplah 7 hari usia Baby Lee.
Pada hari ke 7 disunatkan umumkan nama bayi.
Dengan ini saya Baby Lee adalah Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee @adamfatehlee
Dan hari ini juga disunatkan utk bercukur . Abah cukur sendiri . Majlis buat kemudian. Bagi Mak Fateh @puan_fazi_fuad habis berpantang dan sihat dulu. .
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie #adamfazi❤️ #adamfatehlee #CinaMelayu