Pengalaman Terperangkap 40 Hari Ketika ‘Lockdown’ Di China. Ini SOP Yang Dijalani!

Share

 

Meski virus Covic 19 bermula di China Januari lalu namun hasil daripada penguatkuasaan perintah berkurung yang dilakukan dilihat sangat membantu membendung wabak itu yang awalnya sangat kritikal di sana.

Ketika ini kes baru untuk wabak Covic 19 di China sudahpun berkurang dengan banyak sekali yang tidak lain juga kerana disiplin dan kerjasama rakyatnya yang tidak mahu wabak ini menghancurkan negaranya.

Juwita Jalil berkongsi pengalaman insan yang mengalami situasi ini  untuk kita jadikan iktibar.

Pengalaman 40 hari ‘lockdown’ di China

Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virus ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.

Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan lockdown. Seluruh China diarahkan lockdown. Jadi bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah saja yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.

Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila mahu memasuki masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi.

Tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, kita akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.

Lockdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan lockdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurvngkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRVS NI DARI MEREBAK!

Pemisahan dan kuarantin cabul hak manusia? Tolonglah, hak apa nak tuntut kalau dah sampai kita m4ti.

Jadi bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangk1tan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper.

Bila kena keluar beli barang ini SOP yang dilakukan

  • Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangkap.
  • Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alk0hol saya bawa sepanjang masa.
  • Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
  • Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
  • Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
    Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka mask, buang dan basuh tangan semula!
  • Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
  • Nyahbakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
    Nyahbakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.

Saya sendiri ada SOP ringkas yang saya amalkan sepanjang lockdown.

1. Topeng muka wajib! Untuk lindungi diri kita dan orang sekeliling.
2. Basuh tangan dan jangan sentuh mulut, mata dan hidung.
3. Jauhi dari tempat orang ramai, hadkan aktiviti.
4. Satu lagi saya juga tak gunakan wang tunai, semuanya online. Jika guna wang, kena sanitize tangan.

Virus ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau ada yang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna anda adalah ancaman untuk komuniti.

Semoga apa yang berlaku di China memberi pengajaran buat kita.

Sumber: Juwita Jalil

Published by
VK