Tapi lain pula bagi Gadisbackpaker, Nurathiqah Fadzil ini, dia memilih untuk pergi bersama teman yang berasal dari Amerika Syarikat yang baru dikenali.  Menjelajah negara Burma atau Myanmar selama 22 hari berikut adalah coretan menarik daripada Nurathiqah.

“You guys travel together?”
“Yes!” jawab kami
“Cool”

Ini soalan yang paling kerap ditanya pada kami bilamana jumpa atau hangout dengan backpacker lain sepanjang 22 hari kami backpack bersama di Myanmar atau Burma.

Saya kenal Caitlin, backpacker dari US ni semasa kami sama-sama wwoofing di Pahang 2 tahun lepas. Seminggu kami duduk ceruk dalam hutan mengembala kambing dan mencabut semak di kebun cili.

Caitlin baru pulang dari pusing Southeast Asia selama 6 bulan masa tu dan saya baru lepas grad dan baru mula kerja part time. Kebetulan, saya dalam perancangan nak pusing SEA juga dengan rakan BBM lain. Jadi, banyak juga minta tips dari Caitlin.

Dia sempat datang dan tidur di rumah, sembang dengan family saya, rasa masakan Malaysia sebelum berangkat pulang ke US. Selepas tu kami sekali sekala bertanya khabar melalui Facebook dan beberapa bulan lepas, dia cadangkan untuk travel bersama.

2 hari lepas Caitlin dah terbang ke Sri Lanka dan saya masih di Burma meneruskan saki baki beberapa hari di sini. Ini kali pertama saya travel dengan white people. Nak kongsi pengalaman dan mungkin BBMers boleh contohi apa yang baik.

1. Eco-friendly
Saya tahu Caitlin sangat eco-friendly sejak seminggu duduk di ladang kambing dulu. Pergi mana-mana kedai beli barang mesti kami takkan ambil plastic. “No plastic please”. Itu trademark dia.

Kalau dekat Burma ni memang nampak tak significant pun amalan tu sebab dekat sini perghhh sampah merataaaa. Orang buang sampah tepi jalan memang habit depa. Kunyah sireh dan meludah itu biasaaa. Sakit mata tengok.

Tapi, sebagai orang Islam, kita kena percaya yang amalan sekecil zarah pon akan dihitung nanti. So, saya cuba adopt sikit demi sikit amalan no plastic ni. Moga amalan 22 hari secara consistent boleh diteruskan sampai bila-bila.

2. Aktif
Caitlin ni budak sukan. “I really like being active” katanya. Kontra dengan saya yang gemuk, malas, lemau ni. Hahaa. Dulu masa travel solo memang saya banyak juga mereput je dalam hostel atau bermalas-malasan.

Bila travel dengan Caitlin, hari-hari kena ada samada aktiviti berjalan at least satu jam/berbasikal/trekking/swimming. Haha. Kena kekal aktif. Ada sekali tu kami pergi air terjun dekat Pyin Oo Lwin, bapak ah trekking nak ke situ kena turun/daki curam gila selama sejam.

Nak nangis weh tapi caitlin selamba badak cakap “come on thiqa, oh u can do it, it’s all mental u know it”. Di Kalaw, jarak dari guesthouse ke town adalah 20 min (one way, walking distance), so setiap kali nak ke town untuk lunch/dinner/beli barang, memang kami akan jalan je.

3. Makan makanan sihat
Masa travel, selalu kita hentam makan segera untuk jimat kan. Sebab selalunya kedai/restoran halal memang mahal. Saya dan Caitlin akan makan di local restoran dan kami akan pesan vegan food. Nasi goreng+vegetable, mixed vegetable+steam rice. Murah dan inshaAllah halal.

Snack kami bukan chips atau biskut tetapi buah-buahan. First time travel makan makanan sihat. haha. Air pon minum at least 2 botol 1.5 litre setiap hari. Tak pernah minum air gas kecuali sekali  (sebab panas gila dan perlukan sangat2 air sejuk masa tu), selalu minum jus buah less sugar.

4. Saling tukar pandangan dan hormat pandangan orang lain
Kami sering bertukar cerita tentang pelbagai topik dari negara, politik, culture, makanan, agama, education system, keluarga, dan macam-macam. Seolah-olah saya sedang travel di dua negara pula. Myanmar dan Amerika.

Banyak benda baru saya tahu tentang USA ni. seronok! (nanti saya cerita lebih lanjut di Gadisbackpacker) Bab agama paling kerap di tanya. Kenapa itu, kenapa ini? Tapi kami sangat hormat pandangan masing-masing.

5. Update dengan famili
Walaupun dah lama travel, Caitlin tak pernah miss untuk call dan update dengan family dia. Kadang-kadang aku sendiri jarang buat macam tu. Walhal mak ayah kat rumah tak putus-putus doa keselamatan kita kat luar negara ni.

Ambil masa at least seminggu dua kali untuk hubungi family. Yang travel dekat2 tu pon apa salahnya buat macam ni. Jangan sampai dah dilanda musibah baru sibuk nak contact family.

6. Local
Kami ada perangai yang sama, suka immerse dengan local. Caitlin suka mengaku dia half Asian haha. Dia sangat tak suka selalu lepak dengan white people yang lain. Sekali sekala boleh la. Kalau kami di tempat yang takda tourist dan local people pandang kami pelik, that means we are at the right place!  haha.

7. Shared pouch
Untuk yang travel berdua atau lebih, boleh cuba amalkan benda ni. Bawa satu pouch/apa2 tempat yang boleh isi duit, first day setiap sorang ahli travel masukkan sejumlah wang yang sama dan gunakan wang tu untuk bayar segala perbelanjaan yang korang sama2 share.

Contoh penginapan, pengangkutan, makan (kalau harga sama, kalau tak sama topup sendiri). Gilir2 selang 4 – 5 hari siapa yang pegang pouch tu. Kalau dah nak habis, topup lagi duit. senang gila, tak payah “aku pinjam duit kau dulu” atau “kau bayarkan nanti aku bayar balik” lepastu sampai kiamat tak bayar. lulz

8. Decision
Kadang-kadang travel dengan orang yang selalu travel ni susah gila nak buat keputusan, nak makan mana? nak pergi mana? nak buat apa? take turn dan compromise a lot. Jangan kau je buat keputusan atau jangan bagi dia je pening nak buat keputusan. Kerjasama!

9. Handle situasi awkward dengan professional
Haha! Pernah satu peristiwa ni, kami mengalami 7 jam perjalanan bas yang menyiksakan. Bas tu takdak aircond weh, dahla tengah musim panas. lepastu berhenti setiap 5 km untuk angkut/turunkan penumpang.

Akhirnya, selepas 7 jam kami tiba di Mandalay. Sampai2 kena serbu dengan pakcik teksi. Dah depa gaduh2 pula. Sampai hostel, tingkat atas sekali, fuh panas gila. kipas pon keluarkan angin yang panas. Haha.

Masing-masing lapar, cari kedai makan banyak kali pusing tak jumpa. Ha masa tu la sorang2 nak naik angin. Hahaa. Btw, malam tu untuk elakkan kecelakaan yang lebih besar, kami stop talk to each other kejap. Esok move on, okay macam biasa. Haha.

10. Be yourself
Solat jangan lupa. Makan minum haram jangan sentuh. Memang agak sukar nak jaga bila travel partner lain agama, lain culture tapi inshaAllah boleh.  It’s a good experience. Berkasih biar satu, berkawan biar beribu.

Luaskan networking korang, kawan dengan traveller dari negara lain dan saling bertukar pandangan. Tak perlu tunggu English power baru nak berkawan, English saya tak power langsung, sabor je si Caitlin memahamkan apa yang saya nak cakap. haha.

InshaAllah kita akan rasa lebih bersyukur dilahirkan sebagai Muslim dan Malaysian

 

Sumber : Facebook  Backpackers Buddies Malaysia