Pengantin Cantik Bertongkat! Rupanya Cedera Kerana Selamatkan Kucing

Share

 

 

Foto pengantin bertongkat ini tular di media sosial baru-baru ini. Mana taknya selalu tengok pengantin tampil serba sempurna namun kali ini dalam keadaan kaki berbalut dan bertongkat. Tapi menariknya dalam keadaan sebegitu pun pengantin perempuan kelihatan cukup menawan dan mempersonakan mata memandang.

Ramai yang tertanya-tanya siapalah gerangan pengantin ini dan akhirnya cerita sebenar terjawab apabila pereka busana cosryofficial yang dikenakan mempelai merungkai kisah tentang pasangan ini di instagramnya.

Pengantin perempuan, Siti Naquiah rupanya terseliuh kaki tiga hari selepas akad nikah kerana mahu menyelamatkan kucing kesayangannya. Tapi mujurlah pasangannya seorang doktor.

Disebabkan kecederaan itulah Siti Naquiah terpaksa bertongkat ketika majlis resepsi berlangsung. Namun begitu ia tidak sedikitnya menjejaskan keanggunan pengantin, tetap cantik malah dilihat unik.

Mulianya hati Naqiah

PART 1 (Doktor Amirul ariff & Siti Naqiah)

Sebak juga masa final fitting dengan Naqiah. 5 hari sebelum wedding receptionnya kelmarin dia cedera pada kakinya disebabkan nak selamatkan seekor kucing dan akhirnya dia terpaksa mengunakan tongkat untuk berjalan pada majlis istimewanya.


Dia sanggup korbankan diri hanya kerna seekor kucing. Ya Allah sangat mulianya Naqiah. Semoga Allah memberikan kebahagian dan kekal till jannah. Amin yra.Pengantin turun dari singgahsana pelamin diiringi si suami. Walau bertongkat tetap anggun.

 

Pengantin pakai sneakers

PART 2 (Doktor Amirul ariff & Siti Naqiah)

This is what we call a best friend️, btw the bride wearing sneakers for her big day.

She look so prefest walau bertongkat

PART 3 (Doktor Amirul ariff & Siti Naqiah)

Walaupun mengalami kecederaan kecil pada hari bersejarah buat Naqiah dan Ariff namun senyuman yang terukir pada pengantin perempuan buat kan semuanya berjalan dgn lancar .She look so perfect walaupon bertongkat …Admin rasa tersentuh la bila dia jalan nak jumpa husband dia tu . Kita doakan moga kaki Naqiah cepat sembuh okay guys.

 

 

Nasib baik suaminya doktor, confirm rawatan tip top kan! Apapun VK ucapkan selamat pengantin baru pasangan  Dr. Amirul Ariff dan Siti Naqiah, semoga berbahagia ke anak cucu.

 

Sumber: cosryofficial

 

 

 

 

 

 

Published by
VK