Kalau lihat iklan ubat gigi kebanyakannya akan meletakkan ubat gigi sepanjang bulu berus. Dek kerana terikut dengan apa yang dilihat maka kebanyakan kita pun melakukan perkara yang sama.

Hakikatnya penggunaan ubat gigi tidak perlu terlalu banyak. Malah terlalu banyak menggunakan ubat gigi juga akan memberi kesan negatif pada gigi terutamanya pada kanak-kanak.

IKLAN
  • Penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun hanya perlu secalit saja atau pada kuantiti sebutir beras.
  • Mana kala untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas kuantiti ubat gigi yang digunakan hanya sebesar kacang pea.

Penggunaan Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak, Bukan Letak Penuh Berus Tapi Sikit Ini Saja

Menurut Public Health Malaysia, survey yang dilakukan oleh CDC menunjukkan 80% kanak kanak menggunakan ubat gigi terlalu banyak.

IKLAN

Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.

Ini akan mengakibatkan permukaan gigi menjadi tidak rata dan warna gigi berubah. Gigi sebegini lebih sukar dijaga dan mudah rosak.

IKLAN

Pesan pada anak, jangan picit ubat gigi sepenuh berus gigi seperti dalam iklan! Itu memang nak cepat lariskan ubat gigi.

Sumber: Public Health Malaysia

Selain itu:  Foto Anak Tidur Tepi Jenazah Ibu & Adik Raih Simpati Netizen, Sebak Bila Bapa Saudara Cerita Kisah Sebenar
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI