Ikan pari antara lauk yang sedap dibuat asam pedas dan juga bakar, tapi bila nak masak sendiri ramai yang ragu-ragu waktu nak beli ikan ini. Takut salah pilih dapat yang bau busuk hancing, memang spoil. Rugi lagi satu.
Dikongsi oleh peniaga makanan laut, Asmah Chem berikut adalah cara untuk memilih ikan pari yang segar dan tak berbau hancing. Tapi sebelum itu baca penjelasan beliau kenapa ikan pari ini berbau hancing.
Kenapa ada ikan pari bau hancing?
Orang Melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.
Sebenarnya ia adalah mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid.
Ads
Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar. Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.
Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.
Ads
Punca hancing sebab tak segar
Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.
Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.
Tip pilih pari segar
1. Pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat atau warnanya sudah gelap kehitaman.
Ads
2. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.
3. Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua.
Pernah tak bila nak pergi kerja atau nak keluar kita dah siap-siap pakai baju baru perasan baju tu tiba-tiba jadi melekap pada badan.
Atau pun dah penat-penat gosok tudung tapi bila pakai tak menjadi sebab asyik melekat kesan daripada elektrik statik. Tension kan!
Biasanya itulah kali terakhir kita pakai baju atau tudung sebegini sebelum kita simpan terus dalam almari.
Kalau terjadi ini lakukan 5 tip ini untuk menghilangkan kesan elektrik statik tersebut.
1. Gesel pakaian dengan penyangkut baju jenis besi
Logam ini bertindak menyerap bahan yang menghasilkan elektrik statik itu. Atau boleh juga gosok logam pada kulit sebelum mengenakan pakaian ini terutamanya kain sutera.
2. Selit pin di bahagian dalam pakaian
Pin yang diperbuat dari logam ini akan menyerap elektrik statik yang terhasil dan mencegah kain dari menempel pada kulit.
3. Guna spray rambut
Semburkan penyembur rambut biasa pada pakaian kemudian barulah dipakai. Jaga jarak supaya cairan tidak meninggalkan bekas pada pakaian.
4. Sembur dengan air
Masukkan air dalam bekas penyembur lalu sembur pada bahagian kain yang melekap pada kulit.
5. Lembapkan kulit
Sapu losyen pada bahagian badan di mana pakaian melekap pada kulit. Lembapan ini akan menghilangkan kekeringan kulit yang menyebabkan pakaian melekat.
Cara mencegah
Elektrik statik ini terhasil apabila pakaian bergesel ketika proses membasuh pakaian. Anda boleh mencegah ia terjadi dengan:
Masukkan cuka putih ketika proses membilas pakaian. Elak dari meletakkannya bersama dengan sabun. Cuka putih boleh melembutkan kain dan mencegahnya dari menjadi keras dan kering.
Masukkan kertas aluminium yang dijadikan seperti bebola ke dalam mesin cuci masa membasuh pakaian. Tapi masukkan ia sewaktu baru memulakan cucian, bukan sewaktu pengeringan.
Jika pakaian terkena elektrik statik selepas dikeringkan kemungkinan pakaian ini terlebih kering. Sebaiknya gunakan suhu rendah atau kurangkan waktu pengeringan.
Meskipun ruang tamu siap di deko tapi pintu stor yang biasanya terletak berhampiran dengan ruang ini diabaikan saja.
Yalah, pintu stor saja kan. Tapi sebenarnya jika ubah suai sedikit pun, mampu memberi kesan pada dekorasi kediaman. Lihat saja makeover mudah yang dilakukan oleh Pa’e Faeza untuk pintu stor rumahnya.
Makeover pintu stor
Pintu stor sebelum makeover
DIY transform pintu stor sebab pintu berada di ruang tamu jadi kenalah elok.
Kayu untuk buat wainscoting beli di hardware saja. Sehari saja dah siap, yang lambat cum cat sebab beli online.
Sebelum buat tetapkan ukuran wainscotting pada pintu, buat lakaran terus supaya senang untuk lekat.
Potong kayu ikut ukuran dan lekat guna gam silicon kayu.
Kalau ada anak lelaki, biasanya mesti ada koleksi kereta mainan Hot Wheels ini. Daripada dibiarkan bersepah atau masuk dalam bakul apa kata susun macam ini.
Nampak lebih cantik sekaligus jadi hiasan dinding yang cantik juga macam idea Suriati Zamri ini. Mudah dan murah saja modalnya tapi hasil menyerlah.
Barang yang digunakan
1. Frame – boleh guna frame dah tak dipakai, recycle apa yang ada di rumah. Tapi guna depth min 4cm.
2. Straw board – beli di kedai buku.RM7.50 per pc. Guna 2 keping, ada macam macam warna. Saya pilih putih.
3. Glue gun atau gam yang boleh lekatkan straw board.
4. Cutter
5. Pembaris
Langkah 1
Ukur & potong straw board mengikut size frame yg digunakan. 1 set utk yg vertical & 1 set utk horizontal. Saya buat 4cm untuk setiap depths. Ukuran ini boleh ubah ikut kesesuaian frame.
Langkah 2
Ukur & potong seperti dalam gambar utk setiap keping. Ukuran yang saya guna untuk vertical 4cm & horizontal 10cm untuk setiap slot. Jangan potong sampai hujung, nanti putus.
Langkah 3
Dah siap potong masukkan setiap slot macam dlm gambar, macam drawer divider. Dah dapat macam rupa kat atas tu masukkan saja dalam frame, adjust dan gam untuk setiap hujung pada frame. Kemudian hiaslah ikut kreativiti, saya tambah kepala lori.
Boleh susun, kereta dalam ruang yang disediakan itu. Boleh tinggalkan sedikit ruang untuk gantung Hot Wheels yang belum dibuka.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...