Baru-baru ini viral di TikTok resepi ayam goreng bawang putih. Tengok pun dah tau hasilnya sedap.
Bawang putih ini bukan saja dikisar untuk digaulkan dengan ayam tapi juga dimasukkan sekali semasa menggoreng. Kalau dah letak bawang putih mestilah baunya harum.
Paling best, cara membuatnya juga mudah dan ringkas. Dikongsi oleh Dila Halid, kalau nak cuba boleh ikut saja langkah ini.
Cara buat ayam goreng bawang putih
Ads
Bahan-bahan
Ayam – dipotong
Bawang merah – ditumbuk
Bawang putih -ditumbuk (lebih banyak dari bawang merah)
Garam
Serbuk lada hitam/ lada sulah
Serbuk ketumbar
Secukup rasa
Tepung ubi
Air
Cara membuat:
1. Masukkan ayam dalam mangkuk dan gaul bersama bawang merah dan bawang putih. bersama semua bahan lain. Perap semalaman.
Ads
2. Bila nak menggoreng panaskan minyak, kemudian pecahkan beberapa ulas bawang putih tanpa buang kulit (boleh tumbuk beberapa kali). Selepas itu masukkan dalam minyak panas.
Ads
3. Goreng sehingga garing dan boleh hidangkan. Waktu menggoreng baunya pun dah buat kita tak sabar nak makan. Ayam goreng ini memang sedap kalau diratah.
Kebanyakan rumah sekarang ada air fryer di dapur, ia boleh dikatakan sebagai gajet untuk bantu amalkan gaya hidup sihat. Jika digunakan sebaiknya ia boleh membantu mengurangkan makanan berminyak dalam pemakanan sehari-hari.
Tapi adakah penggunaan air fryer ini betul-betul menyihatkan? Ia akan jadi sihat jika cara penggunaannya betul. Ini supaya unsur acrylamide dalam makanan yang dikaitkan dengan kanser tidak tercetus semasa penggunaannya.
Dikongsi oleh Dr Izzar Anwari berikut adalah cara betul mengggunakan air fryer agar ia menghasilkan makanan yang betul menyihatkan.
Betul ke air fryer menyihatkan
Boleh kata ramai dah sekarang ada air fryer di rumah sebab nak amalkan gaya hidup sihat kan? Tapi air fryer tu betul-betul menyihatkan ke?
Guna Air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan. Ia mengurangkan kalori sehingga 70-80% dan lemak pun sikit je. Kita juga dapat mengurangkan risiko merbahaya kesan dari menggoreng menggunakan minyak masak.
Contohnya bila kita menggoreng makanan berkanji (starch) seperti French fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil. Dan acrylamide ni berkemungkinan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser. Dengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide ni.
Dengan bertukar kepada masakan air fryer, sudah tentu akan mengurangkan makanan berminyak/berlemak, barulah kolesterol dalam darah berkurangan serta kalori pun tak tinggi nanti. Takdela overweight atau obes. Barulah sihat kan.
Cara elak terjadi acrylamide ketika guna air fryer
Tapi ada satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika memasak dengan air fryer sekiranya kita masak makanan dalam TEMPOH YANG LAMA dan SUHU TINGGI (dia buat kajian dengan masak kentang).
Kalau nak elak terjadinya acrylamide ni, elakkan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook. Macam masak French fries, kita nak dia masak jadi warna golden yellow. Kalau jadi warna brown, dah ada la acrylamide tu. Lagi gelap makanan berkanji yang telah dimasak tu, lagi tinggilah kandungan acrylamide.
Foto Ana Mariana via Masak Apa Hari Ni
Kesimpulannya, gunalah air fryer dan jangan overcook makanan ye. Saya pun guna airfryer hari-hari. Apa-apa pun, amalkan pemakanan seimbang dan tak payahlah minum air2 manis. Baru betul.
INFO
Acrylamide adalah bahan kimia yang terhasil dari makanan berkanji yang dimasak pada suhu panas dan lama. The International Agency for Research on Cancer mengklasifikasikan Acrylamide sebagai ‘bahan berpontensi penyebab kanser’.
Dah tanam sayur sawi, kangkung, bendi, kailan di sekitar rumah untuk kegunaan sendiri. Sebagai tambahan boleh juga tanam daun sup. Paling tidak sepasu, mudah nak pakai bila masak sup.
Tanam daun sup ini taklah susah. Asalkan ikut tip dan penjagaan ini pokok akan tumbuh subur. Kalau nak cuba tanam boleh ikut tip penanaman yang dikongsi Wahida Hambali.
Tip tanam daun sup untuk kegunaan sendiri
Sepasu daun sup untuk kegunaan dapur sendiri. Tip dan cara penanaman adalah seperti berikut;
1. Semai dahulu benih dalam peatmoss atau sabut yang telah disiram baja AB.
2. Semaian akan mengambil masa selama 2 minggu untuk bercambah.
3. Letak semaian di tempat yang teduh dan tidak terdedah kepada cahaya matahari yang kuat.
4. Siram baja AB seminggu 3 kali. Sembur juga dengan baja organik. Saya guna Sri organik ( Sri Anak ) dan Xtra Clouter ( kawal serangga /penyakit) yang berfungsi sebagai penggalak dan foliar pertumbuhan.
5. Selepas 30 hari barulah dipindahkan ke dalam pasu atau bekas tanaman.
6. Teruskan pembajaan dan semburan foliar mengikut jadual utk perkembangan pokok yang baik. Cukup baja, cukup air, cukup foliar, baru pokok membesar subur.
Setiap wanita inginkan tubuh badan yang menarik dan langsing, tapi masalahnya kebanyakan kita malas nak bersenam.
Namun ramai wanita tak tahu sebenarnya ada satu jenis senaman mudah yang boleh lakukan untuk miliki tubuh badan ideal seperti ini.
Senaman tersebut adalah senaman Squat ataupun mencangkung. Senaman mudah ini mampu beri 8 kebaikan terutamanya untuk wanita!
1. Boleh hilangkan selulit
Otot regangan yang anda lakukan sewaktu senaman squats mampu mengepam darah di seluruh tubuh badan. Dalam masa yang sama, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada selulit!
2. Anda akan berjalan seperti Ratu Cantik!
Squats bukan sahaja memperbaiki postur anda, malah bantu untuk duduk, berdiri dan berjalan tinggi dan lurus, sama seperti seorang ratu cantik.
3. Membakar lemak & mengurangkan berat badan
Selain membina otot anda, ia juga mampu membakar lebih banyak dan lebih banyak kalori, jadi squats membuat kerja luar biasa untuk kesihatan dan menurunkan berat badan.
4. Dapatkan pinggul yang bulat!
Squats boleh memejalkan punggung anda dalam masa yang singkat, tanpa sebarang pembedahan. Jadi , jika anda inginkan pinggul yang mantap, lakukan senaman mencangkung!
5. Membina otot-otot badan
Senaman squat menggalakkan pembinaan otot seluruh tubuh. Selain itu senaman squats juga mampu meningkatkan kekuatan badan anda.
6. Membantu menguatkan lutut
Squat menguatkan otot lutut anda dan membolehkan lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi, oleh itu membantu untuk menjaga mereka dan menguatkan lutut.
7. Baik untuk penghadaman
Squats membantu menyingkirkan bahan buangan dalam badan. Senaman mencangkung mampu memperbaiki aliran cecair dalam tubuh dan memudahkan sisa melalui usus.
8. Boleh dilakukan di mana sahaja
Anda tak perlu gimnasium atau kelengkapan. Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Anda boleh melakukan squats di rumah atau anda boleh lakukan kerja sambil mencangkung.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...