Automotif

Nak Beli Kereta Terpakai, Periksa 8 Perkara Ini Dulu. Jangan Percaya Bulat-Bulat Cakap Salesman

Share

Nak beli kereta terpakai atau kereta second hand memang kena buat pemeriksaan dengan teliti. Kereta ini memang lebih murah dari segi harga malah boleh dapat yang elok juga jika pandai mencari dan memilih.

Cumanya untuk pilih kereta terpakai bagi digunakan seharian, kenalah tahu apa yang perlu diperiksa sebelum beli. Jangan terus percaya bulat-bulat apa yang disembang oleh penjual kereta. Ini antara pesan yang dikongsi oleh Iffat Salleh yang berpengalaman membeli menggunakan 6 buah kereta terpakai.

Beliau juga berkongsi panduan penting apa yang perlu periksa dan diteliti sebelum membeli kereta terpakai.

8 tip sebelum beli kereta terpakai

Aku dah pakai 6 biji kereta terpakai. Ada yang bagus, ada yang teruk. Ada yang beli direct owner, ada beli dari kedai. So, ini ialah tip untuk korang beli kereta terpakai.

Perkara paling penting, jangan percaya sepenuhnya cakap owner & salesman.
“Tak pernah eksiden”
“Bukan kereta banjir”
“Kondisi perfect”

Ini semua ayat paling bahaya, so jangan percaya 100%. Pastikan anda check betul-betul beberapa perkara ini sebelum beli kereta terpakai.

1. Periksa pintu, bonet dan minyak

Perkara pertama kena buat ialah check semua pintu & bonet belakang. Cuma perlu buka & tutup. Buat beberapa kali.Kalau berbunyi pelik, kalau susah buka & tutup maka tinggalkan kereta segera. Comfirm kena baiki.

2. Pegang stereng

Masuk kereta, pegang stereng, pusing kiri sampai habis, pusing kanan sampai habis
Kalau ada bunyi kluk kluk, klak klak, maka comfirm rosak steering rack & komponen berkaitan. Makan modal.

3. Start enjin

Start enjin kereta dan lihat gegaran pada dashboard meter. Kalau bergegar, maka comfirm engine mounting kena tukar. Makan modal juga.

Kalau tak tahu gegar atau tak, ambil botol mineral kecil berisi separuh air, letak atas dashboard. Air bergoncang, rosak la tu.

Foto Freepik
4. Tekan brek dan masuk gear D

Ini penting, kadang-kadang dah start enjin tak terasa sangat getaran. Jadi kena masuk gear D & tekan brek. Tengok dashboard bergegar atau tak. Same issue, engine mounting problem.

5. Cari zebra line

Pandu uji kereta, cari jalan yang ada zebra line atau crossing line. Ada dua cara:
Cara 1: Bawa slow, bawah 50kmh melintasi zebra line.
Cara 2: Bawa laju sikit around 50-90kmh melintasi zebra line

Kenapa? Kalau melintasi zebra line ada bunyi KUK KUK KUK, KAK KAK KAK. Maka undercarriage problem. Lower arm, drive shaft dan absorber kena tukar.
Lagi makan modal. Confirm owner tak pernah tukar lagi.

6. Kelajuan 80-100KMH

Kalau masa speeding ada gegaran pada stereng, maka ada masalah pada absorber, shaft atau rim. Gegaran akan berlaku pada 80-90kmh, lepas 100kmh akan hilang. Jadi benda makan modal juga. Hati-hati kalau nak beli

7. Periksa kebocoran

Yang ini leceh sikit, kena tunduk bawah untuk tengok leaking. Tengok dalam enjin.
Sebaiknya bawa sorang kawan yang mahir bab enjin ini untuk tengok leaking.

8. Periksa aircond

Buka aircond pada kadar minimum. Takat 1, suhu 20 celcius. Tunggu 5 minit. Tengok sejuk atau tak. Kemudian naikkan 1 takat lagi & tunggu 5 minit.

Ulang sampai habis full takat. Kemudian turunkan suhu pula sampai level LO. Kalau semua sejuk, maka cun la tu.

Nak beli kereta terpakai cari yang kurang problem, makin jimat kos untuk baiki. Makin banyak problem, boleh minta less harga lagi. Kalau korang nak belajar ilmu kereta untuk elak penipuan, belajar di sini.

Pengalaman dengan kereta terpakai ini memang banyak tapi aku tak pernah serik beli kereta terpakai. Sebab ianya lebih jimat berbanding beli baru.

Sumber: Iffat Salleh

Published by
VK