Periuk ini dah 22 tahun digunakan, level periuk legend tapi masih elok bersih berkilat. Berbeza pula dengan periuk belanga sesetengah dari kita mesti ada kesan hitam malah ada juga yang berkerak tebal.
Supaya periuk kekal bersih begini, Zainun Mamat berkongsi tip yang digunakan hingga periuk belanga koleksinya masih kekal bersih berkilat. Cara beliau mudah dan murah, cuma cuci dengan lebihan sabun mandi.
Tip periuk guna 22 tahun masih bersih berkilat
Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi. Setiap hari kita masak dan selepas memasak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar Juga nak cuci dan sental.
Cara saya, cuma gunakan sabut besi untuk cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun mandi yang dah kecil jangan dibuang ya.
Ads
Caranya mudah saja;
1. Rendam sabut besi dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit biar jadi berbuih.
Ads
2. Kemudian bolehlah sental periuk. Bilas dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3. Sabut besi ini juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Ads
Selamat mencuba.
Kalau teringin nak beli koleksi set periuk cap Buaya macam ni boleh klik SINI untuk beli di Shopee.
Tanam serai untuk kegunaan sendiri dan juga komersial sudah ada bezanya. Jika tanam serai untuk kegunaan memasak seeloknya mudah untuk dicabut.
Bagi tujuan ini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Ini cara saya tanam serai. Tanam dekat-dekat antara satu sama lain. Jaraknya lebih kurang 5 hingga 7 cm saja. 1 point tanam 2-3 batang serai.
Tanam begini supaya senang nak ambil bila isteri nak guna. Setiap kali nak guna kita cabut 1 point. Jadi ia tak akan ganggu tumbesaran rumpun serai yang lain.
Cukup saja 3-4 bulan, akan ada 2-3 perdu yang sempat besar dan rimbun. So, kita cabut semua sekali dan buat balik macam cara di atas.
Cara ini untuk tanam guna sendiri. Jika untuk komersial, kena guna teknik lain.
Selalu kita dengar antara tip bila anak sakit tekak waktu demam adalah beri makan aiskrim. Ramai yang praktikkan perkara ini tambah pula aiskrim memang senang anak nak makan.
Tapi apa yang ramai tak tahu, bukan semua aiskrim sesuai. Ada aiskrim yang boleh menyebabkan sakit tekak yang dialami oleh anak takkan reda. Jadi pastikan kita pilih aiskrim yang betul untuk diberi. Info ini dikongsi oleh pegawai perubatan, Dr Mazliana Mazlan.
Menurut beliau aiskrim vanilla atau pelbagai perisa yang selalu diberi pada anak waktu demam tidak sesuai dan harus dielakkan. Beliau memberikan penjelasannya.
Aiskrim vanilla buat radang di tekak tak reda
Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim nilah sebenarnya mungkin buat radang tekak tak baik-baik.
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit. Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuan dia kan. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan. Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Walau yang buat sendiri kat rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh pekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah beritahu pesakit cilik untuk makan aiskrim vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. Belum dapat kesedaran tentang makanan proses lagi waktu itu. Sekarang, baru tahu semua ini.
Ini aiskrim yang sesuai
Boleh saja kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Blend sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.
Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Gitu!
Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan kan. Kita cuba sama-sama ya.
Buat sendiri aiskrim untuk anak
Boleh cuba aiskrim dari buah betik
Kisar betik dan air, tambah madu. Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, insyaAllah.
Ini aiskrim dari buah naga dan pisang saja!
Ini aiskrim vanila yangf saya buat. Walaupun homemade, tetap ada susu dan gula organik. Dua sumber radang jugak. Elakkan waktu anak tak sihat ye.
Pokok sayur tengah elok membesar, tiba tiba kena serangan perosak kutu thrip, hama, bena putih, semut dan sebagainya.
Kalau tak dirawat segera memang habis pokok dikerjakan dan boleh berjangkit pada pokok lain pula.
Untuk atasi masalah ini tak perlu guna racun atau bahan kimia, agar lebih selamat boleh DIY semburan organik bawang putih. Hasilnya tetap berkesan untuk hapuskan serangga perosak.
Cara membuat semburan organik bawang putih ini dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.
Semburan organik bawang putih
Bahan-bahan
Cili padi 6 tangkai
5 ulas bawang putih
Halia 3 hiris
Sesudu minyak masak
Sesudu cecair pencuci pinggan
Air paip 250ml
Cara membuat:
Kisar semua bahan bertanda cili padi, bawang putih, halia bersama air paip.
2. Tuang bahan tadi dalam bekas kedap udara, tutup dan biarkan 12 jam dalam suhu bilik.
3. Selepas 12 jam, tapis bahan kisar ini.
4. Ambil 30ml pati + 1L air biasa dan masukkan dalam botol spray.
5. Campur sesudu minyak masak & sesudu cecair pencuci pinggan. Goncang, sedia untuk digunakan.
Cara penggunaan
Spray pada pokok pokok yg mmpunyai masalah kutu thrip, hama, semut dan sebagainya yang menyebabkan masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.
Lakukan pada sebelah petang sahaja selepas siram pokok. Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman berumur sebulan setengah ke atas. Lakukan seminggu dua kali.
Pati semburan organik blh disimpan ke dalam peti sejuk dan tahan untuk tempoh 3 bulan.
Fuel pump atau pam minyak merupakan antara elemen penting komponen dalaman kereta anda. Ia berfungsi membekalkan bahan api yang diperlukan oleh enjin dengan konsisten...