Perlu Bijak Memilih, Ini Tip Untuk Pengantin Baru Hias Kediaman Jadi Tenang dan Selesa

Share

 

 

 

Pengantin baru atau pasangan yang baru berkahwin perlu bijak menghias rumah supaya situasi lebih tenang dan mood ‘baru kahwin’ itu berkekalan. Syarikat hiasan dalaman, ZBS Furnishing & Interior memberikan 10 tip hiasan dalaman untuk kediaman yang dihuni oleh pasangan baru berkahwin.

Sudah menjadi lumrah pasangan muda yang baru memulakan hidup akan menyewa atau membeli kediaman bersaiz kecil. Selain dari harga sewa yang murah, kediaman kecil seperti flat atau apartmen dilihat sesuai untuk pasangan yang hanya tinggal berdua. Jika tinggal menyewa semasa bujang bersama kawan-kawan, kebiasaannya apa yang ada sudah memadai. Tilam single, almari dan meja di bilik dirasakan sudah sempurna dan lengkap tetapi apabila berkahwin pastinya kita mahukan perabot rumah lebih sesuai dan selesa. Jom semak tip hias rumah yang dilakukan oleh pasangan ini. Murah, cantik dan mampu milik, paling penting mesti bijak cari perabot sesuai.

10 Tip Deko Rumah Sewa Untuk Pasangan Muda Baru Kahwin

1. Tentukan konsep pilihan yang diminati oleh suami dan isteri. Inggeris, moden, loaf, scandinavian dan lain-lain. Jika kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza maka bincanglah dan buat konsep mix dan match

.

2. Rajin-rajin rujuk majalah dekorasi, mencari idea secara online atau offline.

3. Beli keperluan utama dahulu seperti peti ais, meja makan, sofa, tv, dapur dan katil. Kemudian barulah mula mencari keperluan hiasan untuk mencantikkan rumah.

4. Setiap hujung minggu anda suami-isteri mesti rajin ke kedai perabot, shopping mall dan juga ekspo dekorasi untuk mencari idea dan juga survey harga. Adakalanya jika bernasib baik anda akan terjumpa tawaran yang tidak masuk akal.

5. Mesti rajin DIY olah semula perabot terpakai atau benda terbuang dan ditukarkan menjadi salah satu elemen dekorasi yang menarik.

6. Mesti rajin mengemas rumah bagi memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selesa barulah rumah jadi tenang umpama ‘RUMAHKU SYURGAKU”.

7. Barang-barang hobi juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah atau sebagai hiasan dinding. Contohnya gantungkan papan karom, lukisan yang dicat sendiri dan sebagainya.

8. Ada perabot yang boleh dibeli secara online tetapi dengan harga yang murah. Anda kena rajin membuat perbandingan harga. Kedai online yang berpangkalan di China juga banyak menawarkan perabot harga murah. Cuma anda sanggup tunggu lama atau tidak untuk proses shipment.

9. Jika ingin kurangkan belanja maka lebih baik cat sendiri kediaman. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi anda dapat jimat beratus-ratus ringgit.

10. Untuk bahagian dapur beli bekas makanan dari warna dan jenis yang sama untuk kelihatan seragam.

Sumber: ZBS Furnishings & Interiors 

Published by
Maryam Elyas