Sejak dari dulu lagi orang tua selalu berpesan kepada ibu lepas bersalin supaya bukan saja menjaga kesihatan tapi juga perasaan dan emosi Perubahan tubuh, rutin menjaga bayi ada masa menyebabkan seorang ibu stress hingga sampai satu tahap boleh menyebabkan kemurungan.
Perkara itu boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk selebriti. Malah pelakon cantik Hanez Suraya juga pernah melaluinya. Hanez mendedahkan dia pernah mengalami keresahan dan kebimbangan melampau (anxiety) selepas melahirkan anak pertamanya, Putri Aleesya.
Ads
“Selepas bersalin, semuanya baik-baik sahaja. Tiba-tiba, ada satu ketika, saya rasa ‘paranoid’ untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Nak makan ayam pun sempat google kandungan dulu
“Bayangkan, ketika nak makan pun saya rasa resah dan takut. Saya takut nak makan ayam, saya takut nak makan daging. Lebih teruk, sebelum makan saya sempat ‘Google’ kandungan makanan kerana rasa was-was.
“Berat badan saya juga turut turun. Saya juga lebih suka menyendiri dalam bilik dan tidak mahu keluar,” kata Hanez memetik laporan dari portal Astro Gempak.
Kaji pasal anxiety
Merungkai resah yang dialami, Hanez turut berkongsi pengalaman terbabit di ruangan Instagram Stories.
Ads
“Selepas saya berkongsi apa yang saya alami di laman Instagram, ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami ‘anxiety’.
“Selepas itu, saya mula membuat kajian mengenai ‘anxiety’ dan saya berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association). Rupa-rupanya, ramai orang yang mengalami perkara yang sama.
“Alhamdulillah, segalanya semakin baik selepas saya merapatkan diri dengan Miasa. Saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif.
“Rasa ‘anxiety’ itu harus dilawan. Saya sendiri kena kuat dan terus melangkah ke hadapan. Saya harus bergaul dengan golongan yang lebih positif,” katanya lagi.
Seorang suami memang selalunya perlu berkorban untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak. Jika niatnya ingin melihat isteri dan anak bahagia, pasti segala apa yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah.
Begitulah dengan pelawak, Fad Bocey apabila urusan kariernya dalam industri hiburan tanah air mendapat laluan mudah menempa kejayaan demi kejayaan. Terbaharu, Fad menang tempat pertama dalam program realiti televisyen Super Spontan Xtravaganza. Hadiah wang tunai RM100,000 dimenangi olehnya.
Menurut kata Fad, ini ialah rezeki buat anak kembarnya iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta Nur Aminah Mishall. Impian dia dan isterinya yang juga pengurus kerjayanya untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa buat anak-anak.
Hasil titik peluh
Alhamdulillah .impian kami bersama .hasil peluh menitik ,hasil tk tdo malam ,hasil kadang2 tk pkir makan sbb nk cri duit dan hasil kami tahan nafsu dri buang duit utk bnda tk berfaedah(tapi tdi dh buang duit sbb belikan fifa19?) .
Tak semua tahu pengorbanan yang dilakukan
tak semua tau pengorbanan daddy utk kami anak beranak .ni rezeki hayyan zayyan dan aminah .rumah yg mmg mommy impikan utk keselesaan anak2 mommy .mana tau satu hari nt mommy daddy tkda ,ni la tempat korang berlindung .daddy birthday mommy bulan 10 ,jangan ingat ni hadiah birthday eh ??????
Bismillahirohmanirohim..syukur Alhamdulillah,dengan izinNya sy dianugerahkan rezeki ini..pertama sekali terima kasih buat bidadari sy my wife sentiasa dibelakang sy support sy dalam semua hal,dan tak putus doakan sy..i love so much mmy dan sekali lagi terbukti ternyata rezeki ini rezeki anak2 sy dan isteri (HAYYAN,ZAYYAN DAN AMINAH)sy hanya menumpang rezeki mereka..terima kasih buat mak abah sy,mama abah sy sentiasa tak putus doakan sy,Alhamdulillah..seterusnye terima kasih utk insan yg sgt penting dan istimewa dalam hidup sy,
Fad tetap ingat sifu, Dato Afdlin Shauki
my sifu my brothaa Dato @afdlinshaukiofficial ,insan yg terlalu banyak jasanya utk sy..terima kasih abg,sentiasa percaya dekat fad,i love u so much dan of course terima kasih buat semua crew2 yg sgt awesome dlm kerje mereka,mohon maaf sekirenye sepanjang program ini ada terkasar bahasa atau salah di mana2..terima kasih utk boss2 astro @norzehajr@nvguib@khairulibrahim_sentiasa memberi ruang utk kami terus berkarya..Alhamdulillah,terima kasih buat mak tiri mummy yaa @lidyaismail yg melayan kerenah kami semua wlupon call time kehaukkkk..hahahahaha..terima kasih utk seorg lagi insan hebat yg slalu motivate sy utk beri yg terbaikkk setiap minggu of course my brotha Dato Ac Mizal!!! @emyliadac ,show kami akan nampak kurang tanpa datoooo..tqtq dato n datin..dan utk PA sy @syah_sopan thank you utk 10 minggu bantu uruskan mcm2 .dan tq boss @mustaffakamarmazlan utk baju yg sgt awesome ini utk sy dan fans sy dan awk pon slalu support sy..tq boss..
Terima kasih untuk semua penyokong
jutaan terima kasih jgk buat semua sahabat2 penyokong sy,yg setiap minggu hadir menyokong sy,sentiasa memberi sokongan padu..Alhamdulillah,terima kasih jgk buat anda semua yg mendoakan sy,yg mengundi sy menyokong sy tak kire dari mana sekalipon,yg menyokong sy dari awal perjalanan seni sy sampai hari ini terima kasih,semoga kalian sentiasa dirahmati Allah..Syukur Alhamdulillah ???????
Syok betul dapat beli rumah impian. Niat tu kena betul. Kepada semua suami di luar sana, perbetulkan niat anda. Niat nak bahagiakan isteri dan anak. Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan urusan.
Perasan tak kalau diperhatikan anak-anak perempuan sekarang period atau haid awal berbanding kita dulu. Rata-rata anak perempuan sekarang sudah pun mengalami haid ataupun akil baligh pada usia bawah 12 tahun malah ada yang mengalaminya seawal 8 tahun sedangkan kita dulu haid pada umur 16 tahun.
Fenomena kanak-kanak perempuan cepat akil baligh sekarang sudah seakan perkara biasa tapi hakikatnya ia agak merisaukan ibu bapa. Manakan tidak, usia masih budak tapi secara fizikalnya dia kelihatan matang. Bila haid datang, bentuk badan sebagai seorang wanita sudah dapat dilihat malah secara biologinya sudah boleh mengandung.
Persoalannya kenapa kanak-kanak perempuan sekarang mengalami haid awal, VK mengajukan isu ini kepada Dr Nurliyana Ahmad Zaki. Menurut beliau walaupun ramai yang menganggap ia sebagai biasa bagi anak perempuan sekarang namun hal ini sebenarnya tidak normal.
Menurut Dr Lyana, kanak-kanak dikatakan termasuk dalam kategori awal akil baligh apabila datang haid pada usia 9 tahun ke bawah. Hal ini tidak normal sebenarnya.
8 tanda anak perempuan akil baligh
Dr Lyana menyenaraikan tanda-tanda akil baligh yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terhadap anak-anak perempuan mereka iaitu:
1. Pertumbuhan fizikal (pertambahan berat dan tinggi yang mendadak) 2. Pertumbuhan payudara. 3. Berpeluh dan mulai mengeluarkan bau badan. 4. Mulai tumbuh bulu badan di ketiak dan kemaluan. 5. Kulit mulai berminyak dan berjerawat 6. Fizikal lebih berbentuk 7. Ada keputihan dari faraj. 8. Datang haid.
Elak soya dan ayam disuntik hormon
Mengulas tentang proses kedatangan haid bagi anak perempuan kata Dr Lyana proses akil baligh bermula apabila sistem reproduktif kita diaktifkan melalui ‘hypothalamic-pituitary-gonadal (HPA) axis activation’.
Dalam bahasa mudahnya, otak bertindak mengeluarkan hormon yang kemudiannya merangsang penghasilan hormon oleh kelenjar seks, seperti ovari (perempuan) dan testis (lelaki). Ini seterusnya menghasilkan perubahan fizikal dan emosi kepada seseorang individu yang mencapai akil baligh.
“Dalam kes tertentu, ‘HPA axis’ ini mungkin belum diaktifkan secara semula jadi di peringkat otak. Namun hormon untuk akil baligh telah terdapat dalam kuantiti yang signifikan dalam badan dan menyebabkan perubahan fizikal dan emosi dalam akil baligh.
Contohnya, obesiti atau dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen secara berlebihan, seperti soya dan ayam ternakan yang telah disuntik hormon ini untuk mempercepatkan pertumbuhannya.”
Kesan buruk haid terlalu awal
“Apabila kanak-kanak perempuan akil baligh terlalu awal, mereka ini selalunya keliru dengan keadaan diri sendiri. Umur masih budak tapi emosi mereka sudah ke arah lebih matang. Mereka mungkin segan nak bermain-main macam kanak-kanak lain, malu bercampur dengan kawan-kawan kerana fizikal yang sudah berbeza berbanding rakan sebaya mereka.
“Malah mereka juga lebih cenderung nak mengetahui lebih lanjut mengenai seksualiti. Wujud rasa nak ‘explore’ diri sendiri. Di sinilah bahayanya apabila kanak-kanak cepat matang dan tidak dibimbing oleh ibu bapa untuk memahami perubahan fizikal dan emosi mereka. Ibu bapa perlu pantau hal ini,” ujar Dr Lyana.
Ibu bapa kena bimbing anak
Apabila anak perempuan anda sudah datang haid, bermulalah peranan ibu bapa terutamanya ibu menerangkan hal sebenar. Ibu perlu terangkan pada anak bahawa akil baligh dan datang haid ialah situasi yang semua orang perempuan akan lalui, sesetengahnya mungkin lebih awal sedikit. Nasihatkan mereka supaya jangan takut kerana datang haid ialah perkara biasa.
“Terangkan mengenai kebersihan. Cara nak pakai, cuci dan buang tuala wanita. Bimbing anak cara nak pakai tuala wanita dengan betul untuk elak kebocoran. Kebiasannya ibulah yang membimbing.
Namun, jika anda seorang bapa tunggal dan merasa kekok berkaitan hal akil baligh anak perempuan; dapatkan bantuan daripada wanita dewasa lain yang dekat dan rapat dengan anak. Misalnya ibu saudara, nenek atau guru anak-anak anda. Biar anak anda selesa untuk berbincang mengenai hal ini,” kata Dr Lyana.
Apabila seseorang kanak-kanak telah menunjukkan tanda-tanda akil baligh awal, seeloknya ibu bapa bawa anak berjumpa doktor perubatan atau doktor kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.
Hal ini untuk memastikan anak tidak mengalami proses akil baligh abnormal disebabkan masalah perubatan, contohnya tumor pada kelenjar adrenal/ovari/testis atau hypotiroid. Walaubagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana kes-kes sebegini sangat jarang berlaku dan kebiasaannya tiada punca perubatan dapat ditemui.
Dr Lyana turut menegaskan ibu bapa perlu bersikap terbuka dan mengambil tahu tentang proses akil baligh anak-anak perempuan mereka. Bantulah anak-anak lalui proses ini supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.
Bendung fenomena akil baligh awal
Dalam pada itu katanya ibu bapa boleh mencegah masalah obesiti dalam kalangan anak dengan cara memberikan makanan sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal sejak awal lagi.
Selain itu elakkan anak terdedah dengan rangsangan luar yang tidak sepatutnya, seperti menonton pornografi. Hal ini didapati berpotensi untuk merangsang proses akil baligh awal.
Ada orang yang tak faham dengan keadaan ibu hamil yang melalui morning sicknes atau alahan mengandung yang teruk. Ada yang kata mereka terlalu ikut perasaan tapi hanya empunya diri yang tahu.
VK pun tak pernah kena alahan teruk, cuma light-light jer tu pun rasa tak larat sungguh. Tapi lepas baca perkongsian Hanis Zalikha ini barulah tahu keadaan sebenar mereka yang melaluinya. Simpati sunggguh. Harapnya orang lain pun faham terutama para suami. Jangan nak kata isteri ngada-ngada ya!
Hanis kongsi apa yang dialami sekarang
Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde.
Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
Kena kuat semangat
Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat.
Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir. Adalah tu zat2 yang sempat terserap.
Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
Minta tolong suami ingatkan waktu makan
Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.
Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
Sesak dada, terkulai, loya
Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya2 ni semua. Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol.
Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah2 mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat-sangat. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua.
Hanis berkongsi pengalamannya ini dalam satu post di instagram. Dalam pada itu ramai ibu yang memberi respon berkongsi pula pengalaman mereka yang tak kurang teruknya. Sabarlah mommy semua!
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...