Meski ramai yang menanam impian untuk langsing tapi tak semua berjaya merealisasikannya. Kena ada tekad yang kuat untuk melakukannya.
Salah seorang yang berjaya melakukannya adalah penyanyi tak asing lagi, Ramlah Ram. Dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram selepas setahun menjalani gaya hidup sihat. Nak kurus bukan senang tau!
Pelantun lagu Selamat Jalan Romeo itu berkata, dia membuat keputusan menurunkan berat badan kerana tertekan dengan faktor berat badan sehingga timbul masalah untuk bergaya.
“Saya pernah tertekan dan menangis sendirian setiap kali mengenangkan berat badan dan saiz badan saya.
Ads
“Masalah timbul apabila saya ingin membeli pakaian. Susah betul nak mencari saiz yang sesuai,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Menurutnya, dia juga tertekan apabila ada kenalan yang bercakap dan mempersenda mengenai berat badannya.
“Ada kenalan yang bercakap mengenai berat badan saya. Pada waktu itu, berat saya adalah 70 kilogram dan dibandingkan dengan ketinggian saya, ia memang tidak sesuai.
“Saya jadikan kata-kata mereka itu sebagai pembakar semangat untuk menurunkan berat badan. Lagi pula, ini juga adalah untuk peminat-peminat yang ingin melihat saya tampil menarik ketika membuat persembahan,” katanya.
Satu yang kita perasan tentang wanita Thai adalah mereka punya kulit yang cantik. Sejak dari dulu lagi perkara ini diakui.
Tapi ada satu lagi perkara menarik tentang wanita dari negara jiran ini, kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang kurus dan langsing.
Hairan juga sebab Thai adalah antara negara yang meriah dengan makanan enak.
Kalau nak tahu sebabnya ada kena mengena dengan cara pemakanan mereka. 6 perkara ini menjadi amalan mereka.
1. Suka berkongsi makanan
Mereka suka makan dan tak memusuhinya. Mereka suka makan beramai-ramai dan berkongsi makanan.
2. Minum dulu sebelum makan
Menjadi amalam mereka untuk minum air putih dahulu sebelum makan. Kalau pergi ke restoran di sana, sebaik duduk air masak akan terus disajikan. Malah pada waktu sarapan selain teh dan kopi mereka juga menikmati jus.
3. Banyak rempah ratus
Makanan dari Thai kaya dengan rempah ratus. Halia, serai, ketumbar, kulit kayu manis dan pelbagai lagi menjadi rencah masakan seharian mereka. Semua bahan ini memang diketahui melancarkan penghadaman dan meningkat metabolisme.
4. Amal makanan segar
Kebanyakan hidangan di sana dimasak ketika hendak dimakan dan bahan makanan yang digunakan adalah yang segar. Di kedai barangan runcit, barangan sejuk beku sangat sedikit kerana makanan segar seperti buah dan sayur lebih banyak dan mudah didapati.
5. Makan sepanjang hari
Orang Thai memang suka makan. Hidangan sebelum waktu makan pun banyak, tapi kebanyakannya adalah berasaskan buah. Ini yang membuatkan mereka tak makan banyak bila tiba waktu tengah hari atau malam.
6. Rangka tubuh kecil
Selain dari faktor di atas satu yang perlu diketahui wanita Thai secara genetik mempunyai rangka tubuh yang kecil. Saiz mereka cukup berbeza dengan wanita di negara barat. Sebab itulah juga mereka kelihatan kecil molek.
Sebenarnya dalam diam ramai isteri yang rendah diri kerana tubuh yang berisi atau gemuk. Apatah lagi selepas bersalin bila bentuk badan berubah terus berbanding zaman gadis dulu.
Tidak sekadar hilang keyakinan diri ada juga yang stres dengan masalah berat badan kerana bimbang penerimaan suami yang tentunya mengidamkan isteri yang cantik dan langsing.
Tapi selepas membaca kajian terbaru ini anda mungkin lebih redha dengan bentuk badan terkini.
Wanita gemuk buat suami 10 kali ganda lebih bahagia, demikian fakta yang diungkap hasil kajian terbaru.
Memetik laporan Daily Times penemuan ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Filemón Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari Departemen Psikologi Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM), Mexico.
Suami lebih ceria
Menurut kajian tersebut, lelaki yang berkahwin dengan wanita gemuk lebih ceria, mudah senyum dan lebih baik dalam menghadapi masalah berbanding dengan lelaki yang menjalinkan hubungan dengan wanita kurus.
“Wanita kurus selalunya kurang ramah dan kurang ekspresif dengan emosi mereka. Sedangkan wanita gemuk lebih yakin pada diri mereka sendiri, ujar pengkaji.
Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa wanita gemuk juga mampu menangani keperluan pasangannya dengan lebih baik.
Jadi buat isteri-isteri yang ketika ini stres dengan keadaan tubuh yang gemuk tak perlulah terlalu risau dengan lebihan kilogram yang anda miliki selagi tidak obes dan berpenyakit.
Kepentingan air untuk tubuh badan memang tidak dinafikan. Atas sebab itu juga ketika ini ditawarkan pelbagai jenis air di pasaran termasuklah yang kononnya untuk meningkatkan kesihatan sekaligus mencantikkan kulit.
Biasa kita dengar ketika ini adalah air alkali dan detoks, malah ada yang obses dengan air jenis ini. Ramai yang terpengaruh untuk membeli dan meminumnya walau tanpa saranan doktor atau pakar perubatan.
Tapi doktor viral, Dr. Amalina Che Bakri baru-baru ini memuat naik status di laman sosialnya yang menegaskan pendiriannya berkenaan air yang kononnya untuk kesihatan ini.
Memetik statusnya di akaun twitter, Dr. Amalina menjelaskan tak perlu untuk minum air detoks, alkali dan sebagainya. Malah beliau sendiri hanya mengamalkan minum air masak sahaja.
“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.
“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” tulisnya.
Menurut Dr. Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di The Royal College of Surgeons di England rutin itu saja membuatkan beliau dapat mengekalkan tenaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai doktor dengan baik. Tidak perlu minum air lain.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Justeru, kalau kita semua nak sihat dan cergas macam Dr. Amalina ni, bolehlah ikut saranan beliau. Amalkan kecergasan fizikal, bersenam, makan makanan sihat dan minum air masak secukupnya.
Kena scam tukang rumah atau kena tipu kontraktor antara kes yang selalu berlaku bila pemilik kediaman mahu membina atau melakukan ubah suai rumah.Antaranya rumah...