
Isi Kandungan
Toggle
Sedangkan jerawat tumbuh sebutir pun kita dah risau, ini kan penuh muka. So boleh faham perasaan mamat ni macam mana.
Tension kena breakout yang teruk, dia puas usaha guna pelbagai produk termasuklah yang viral untuk mengubati jerawat yang tumbuh melata tapi tak jugak berkesan.
Sampailah satu masa @irwnraz tekad mencuba produk berharga RM 7. Jangan tak percaya produk murah inilah yang paling berkesan buat kulitnya. Wajahnya beransur pulih dalam tempoh tiga hari menggunakannya. Sampailah sekarang dah tak nampak lagi jerawat.
Untuk korang yang ada masalah sama bolehlah cuba. Tak rugi, modal cuma RM7 jer.
Mahal tak semestinya bagus
Dah nampak kesan lepas 3 hari pakai
Antara yang pernah guna
Pernah rasa ‘give up’ nak gosok pakai kertas pasir
Pakai pencuci muka saja
Tak Guna Serum, Toner Atau Krim Malam Tapi Kulit Putih, Awet Muda Pada Usia 40-an, Datin Maria Farida Kongsi Rahsia Jaga Kulit Yang Diamalkan

Rutin penjagaan kulit wajah selalunya bermula dengan pelembap, krim siang, serum, pembersih dan krim malam. Namun percaya tak, ada wanita yang tidak boleh gunakan serum, toner dan krim malam. Pun begitu kulitnya tetap cantik
Itulah pelakon cantik, Datin Maria Farida. Walau sudah berusia 47 beliau tetap awet muda dengan kulit wajah yang putih dan mulus.
Memandangkan ramai yang bertanya Maria dalam instagramnya memberikan beberapa tip penjagaan kulit wajah yang beliau lakukan setiap hari.
Jelas pelakon ini mengakui mengelak daripada menggunakan serum, toner dan krim malam kerana alah dengan tiga produk tersebut, sebaliknya dia menggunakan cara lain untuk merawat kulit.
A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida) on
Orang selalu tanya mengenai rutin penjagaan kulit wajah saya. Sejujurnya, saya tak ada rahsia pun. Apa yang saya lakukan ialah tiap malam bersihkan kulit wajah saya dengan tisu basah. Tak guna langsung serum antipenuaan, toner dan krim malam kerana saya elergik kepadanya bahan itu. Kulit wajah saya sangat sensitif.
Jadi, apa yang saya buat ialah setiap bulan saya buat facial di klinik untuk pastikan kulit saya diberi perhatian sebaliknya. Tiap kali saya di sini, saya akan jalani rawatan yang memberikan kulit saya nampak berseri, lembut dan anjal. Saya sangat sukannya. Untuk lebih menyerlah, saya ambik suplemen untuk kulit. TQ Dr.Hoe.
Jaga kulit wajah cara Datin Maria Farida
1.Tiap malam bersihkan kulit wajah dengan tisu basah.
2.Tak gunakan langsung serum antipenuaan, toner dan krim malam kerana elergik.
3.Setiap bulan buat facial di klinik untuk pastikan kulit diberi perhatian sebaiknya.
4.Ambil suplemen untuk kulit.
Sumber: https://www.instagram.com/mariafarida/
Kulit Gadis Ini Putih, Licin Tanpa Blackhead. Caranya Cuma Guna Baking Soda

Orang perempuan memang sakit mata kalau tengok bintik hitam dengan jeragat kat muka sendiri. Sebab itulah kita sanggup habis duit untuk beli produk untuk hilang dua masalah ini.
Tambah-tambah lagi dekat nak raya ni, semua nak nampak cantik. Tapi lepas ni dah tak payah nak beli produk mahal.
Hanya menggunakan dua barang yang murah, masalah pada wajah ini boleh diselesaikan. Tip ini dikongsi oleh wanita bernama Sara Anna.
Oleh kerana sangat mudah dan murah, tip ini telah dikongsi oleh ribuan netizen yang kebanyakkannya wanita. Jom kita cuba juga sebelum raya ni.
Hi korang! Salam ramadhan. Nak share mcm mne nak hilang kan jeragat blackhead and whitehead korg tu, sambil memutihkan. Dengan sekali buat je. Paling best utk korang yang pori2 muka besar ? Sangat berkesan uols.
Korang slalu tanya cmne sara buat kan? Takyah nak sakit2 guna blackhead remover tu, buat luka kulit je. Cara dia senang je. Guna barang dapur korg jer.
Bahan2:
Baking soda 2 sudu
Water 2 sudu
Cara:
Mix kan baking soda dgn air tu, pastu letak kat muka uols~ sambil letak tu gosok2 skli, untuk buang sel kulit mati korang. Pastu biar 10-15 minit. Then bilas
Boleh buat jarang2. Myb sbulan/dua bulan skli. Tp pls pls letak moisturizer.mcm sara lps buat akan letak toner newskin utk rapatkan lg pori2, n pki estee lauder night serum tu. Tp pki pape pn blh.
# pls take note: cara ni maybe ada tak sesuai utk sesetengah muka, so wht u guys can do is, try 1 part dlu, klu sakit or ada effect ke then takyah guna.
Tapi, mmg ada tingling feeling skt tau…Selamat mencuba.
#sharela akak tak marah pn..
Sumber: Sara Anna
Siti Sarah Tampil Cantik Berhijab Selepas Pulang Dari Tanah Suci. Semoga Istiqamah Doa Netizen

Selepas hampir 14 hari berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah umrah, 26 Mei lalu Siti Sarah dan suami, Shuib pulang ke tanah air.
Menunaikan ibadah umrah kali pertama sebagai suami isteri, pengalaman berada di sana sudah tentu meninggalkan kesan cukup mendalam buat mereka berdua, sebagai mana jemaah lain yang pernah menjejak kaki ke Makkah.
Ini dapat dilihat dari penampilan Siti Sarah sendiri. Sejak pulang daripada menunaikan ibadah umrah dia masih lagi kekal berhijab.
baby ajak g mamak sahur ?? amik gamba sepertiga malam apa salahnya .. @pinkypinky.hq @monstalabhq
A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Semua posting di instagram yang dimuat naik mengenakan hijab. Tapi tak dapat dipastikan sama ada ia penampilan kekal Siti Sarah atau hanya berhijab di bulan Ramadan seperti yang dilakukan Fazura.
Apa pun imej baru Siti Sarah itu mengundang reaksi dari peminatnya. ‘Cantik dan manis’, itu reaksi kebanyakan mereka selepas melihat penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan ini berhijab.
A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
salam sahur… kite sahur simple je.. nasi , ikan bilis sambal .. awak makan apa tu?
A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
Dalam pada itu mereka juga mendoakan agar Siti Sarah terus kekal berhijab mengikut jejak langkah beberapa artis wanita yang lain yang tampil lebih sopan menutup aurat.
Sumber: sitisarahraissuddin