Ramai yang suka makan ikan sungai. Ikan patin contohnya kalau masak tempoyak atau masak asam memang terbaik.
Tapi satu masalah bila nak sediakan ikan patin ni kalau tak kena gaya akan rasa hanyir. Memang akan spoil mood nak makan.
Sebenarnya untuk mengelakkan rasa hanyir ini ada petua yang kena kita praktikkan selain dari basuh dengan asam jawa dan penggunaan tepung gandum.
Namun begitu ramai yang tak tahu akan cara ini. Ia dikongsi oleh Rosniza Hussin. Menurut beliau untuk mengelakkan bau hanyir ketika menyediakan masakan ikan patin kita perlu mencari ‘urat’ ikan ini.
Berwarna putih seakan benang, 4 urat ini terlebih dahulu perlu dibuang semasa membasuh ikan patin atau ikan duri. Beliau juga turut berkongsi caranya.
IKLAN
1. Semasa membersihkan ikan patin yang dipotong cari urat di celah-celah isi ikan. Bila terjumpah, tarik dan buang menggunakan pisau.
2. Bila dah jumpa, senang saja untuk keluarkannya, cuma tarik.
IKLAN
3. Ini dia urat yg buat ikan patin kita bau hanyir.
IKLAN
Selain ikan patin, perkara yang sama boleh dipraktikkan untuk ikan duri atau ikan sembilang.
Hidangan mi goreng ini memang selalu dimakan tapi ada juga yang masak tapi tak menjadi. Tak sedap macam orang lain masak.
Bagi yang selalu berdepan hasil masakan mi goreng seperti ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Suhasnida Ismail. Cara masak mi goreng yang sedap ini diperoleh dah mak mentua dan juga biras yang memang berniaga sebelum ini.
Tip masak mi goreng sedap
1. Guna sos sos mencukupi, jangan kedekut bahan 2. Jika nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat. 3. Guna banyak bawang putih, tumbuk kasar kasar 4. Masukkan sedikit cuka makan bila menggoreng mee untuk membangkitkan rasa.
Boleh ikut resipi ini
Di bawah ini adalah resipi mi goreng yang biasa digunakan
Bahan-bahan:
1 peket mi kuning
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
2 tbsp cili kering kisar
Bahan lauk (ikut citarasa):
Ayam cincang
Udang
Daging
Telur
Sawi
Tomato
Sos & Perasa:
5 tbsp sos cili
1 tbsp sos tomato
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap manis
2 tbsp kicap pekat
1 tbsp sos ikan
1/2 tsp garam halus
1 tbsp gula atau secukup rasa
1/2 tsp ajinomoto jika suka
1/2 cawan air
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.
2. Tumis bawang holland, cili kering kisar.
3. Masukkan lauk/isi dan tumis lagi.
4. Letak sedikit air dan masukkan semua sos.
5. Masukkan udang.
6. Pecahkan telur dan masukkan mi. Gaul.
7. Masukkan sayur dan kacau sebati hingga mi masak. Siap!
Extension wire atau wayar penyambung, alat yang akan ada di setiap rumah dan saban hari kita akan menggunakannya untuk menghidupkan peralatan elektrik.
Pada kita asal dapat berfungsi kira oklah tu. Tapi bagaimana pula aspek keselamatan, adakah extention wire ini sesuai dengan peralatan elektrik yang kita guna.
Ramai tak tahu extension wire, sama ada yang bulat atau jenis banyak suis itu tidak semuanya sesuai dengan peralatan elektrik yang kita gunakan. Extension jenis bulat contohnya hanya sesuai untuk penyambungan sementara bukan yang sentiasa digunakan.
James Hukala memberi penjelasan lanjut tentang perkara ini.
Hari ini saya share tentang peralatan wayar penyambung atau adaptor. Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.
Extension wire/ penyambung wayar
Alat ini sangat praktikal digunakan di rumah. Mudah dan murah, akan tetapi adakah kita tahu ianya sesuai atau tidak dengan alat elektrik yang kita pakai.
Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah.
Penting untuk kita tahu;
Ia tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven, microwave, water heater.
Pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya bila digunakan. Ia untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat. Tanpa berbuat demikian bil elektrik akan melambung, lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas (shock circuit)
3 pin soket tambahan ( 3 pin adaptor)
Alat ini juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara. Tidak sesuai untuk tv, radio, komputer, peti sejuk lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital.
Kalau boleh beli Adaport, ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik didalamnya. Jika berlaku kilat atau powersurge (arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik.
Selalu buat donut akan guna telur dan juga marjerin. Tapi rupanya boleh juga jika tidak menggunakan dua bahan ini dan hasilnya tetap gebu dan lembut. Kalau nak cuba untuk hidangan petang atau pagi boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ida Zaida.
Donut tanpa telur dan marjerin
Semalam tertengok resipi kat TikTok. Dalam resepi tak guna telur dan marjerin. Terfikir juga boleh jadi ke sebab 2 bahan ini macam bahan wajib dimasukkan dalam donut. Saya cuba buat, ini la hasilnya gebu, lembut elok,makan pun tak ada rasa muak.
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 paket mauripan
6 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar baking powder
1 1/2 senduk minyak masak
Air secukupnya
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan tadi, gaul dan masukkan air secukupnya uli sampai jadi doh yang licin.
2. Rehat dalam setengah jam selepas tu uli lagi sekali.
3. Boleh cetak doh ikut apa saja kuih yang diingini. Dari satu adunan ini boleh dapat macam-macam jenis kuih.
4. Dah siap bentukkan donut, tunggu kembang kemudian bolehlah di goreng. Tabur dengan gula halus, siap.
Ramai teruja mula bercucuk tanam tambah lagi bila tengok biji benih dah bercambah jadi anak pokok. Tapi yang 'spoil' adalah bila dah alih dari tempat semaian anak pokok tak naik sebaliknya bantut.