
Bila pilih ayam untuk dibuat lauk dah tentu kita mencari yang segar saja. Tapi masalahnya bila kita simpan lama dalam freezer ayam ini dah jadi kurang segar.
Sebenarnya ada petua mudah yang boleh kita praktikkan untuk memastikan isi ayam ini kembali segar dan kemerahan. Caranya dikongsi oleh Rohaida Ieda.
Petua isi ayam kembali segar kemerahan
Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar
1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
2) Biarkan selama 5 minit.
3) Cuci ayam seperti biasa.
4) Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar
Tip ekstra
-Boleh juga letak renjis sedikit cuka bersama garam untuk menghilangkan bau hanyir dan juga lemak pada ayam.
-Selain juga, penggunaan tepung gandum yang dilumur pada ayam juga boleh menghilang bau hanyir.
Semoga bermanfaat
Sumber: Rohaida Ieda.
Masalah Tumit Merekah & Hitam ‘Setel’ Dalam Masa 5 Minit, Terus Halus Mulus. Petua Wanita Ini Berbaloi Cuba!

Masalah tumit merekah dan hitam memang dihadapi ramai wanita. Sampai ada yang sanggup pergi rawatan spa untuk menghilangkannya.
Sebenarnya tak perlu buang duit pun pergi buat rawatan atau beli produk untuk menghilangkan masalah tumit merekah ini.
Buat sendiri saja di rumah seperti perkongsian Siti Norshafika Amran ini. Guna barang dapur saja dan paling menarik dalam masa lima minit saja masalah ini.
Bahan-bahannya
- Lemon atau limau nipis
- Garam
Caranya:
- Potong dan perah limau nipis pada garam, gaulkan sedikit.
2. Kemudian ambil potongan limau nipis tadi, calitkan pada garam dan terus sental pada tumit kaki.
3. Gosok sampai kotoran hilang (boleh juga guna berus gigi terpakai untuk menggosok).
Sebelum
Selepas
Ha bersihkan! Dah tahu cara mudah bolehlah cuba dan share dengan kawan-kawan lain ya.
Sumber: Siti Norshafika Amran
Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat Tapi Tetap Kemas

Isi Kandungan
Toggle
Kalau tanya pada kaum wanita apa kerja rumah yang paling malas nak buat dah tentu kebanyakkannya menjawab menguruskan kain baju terutama sekali bab melipat.
Tapi mahu tak mahu kena lakukan juga, kalau tidak bertimbun dan berserabutlah bilik atau rumah dengan pakaian.
Bagi yang mahu mengurangkan stress melipat kain mungkin boleh mempraktikkan cara yang dilakukan oleh Dr Hani Mynis ini. Pengurusan baju yang dipraktikkan memang tip top. Menggunakan konsep open wardrobe, kebanyakannya tak perlu dilipat tapi tetap kemas!
Tip pengurusan pakaian open wardrobe
Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yg Hani paling malas nak buat ialah melipat baju. Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”.

Ini adalah tip pengurusan pakaian yang Hani praktikkan:
Kena buat spring cleaning untuk baju yg banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju). Contohnya:
- Baju yg dah tak muat boleh diberi orang
- Baju yg koyak (yg kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit, bolehlah dibuang, sebab kalau baju tu “penting” atau kita sayang confirm kita dah jahit tak tunggu berbulan).
- Baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) bolehlah dibuang.
- Baju free atau baju promosi yg kita tak akan pakai dah boleh diberi org atau diguna semula.
Gunakan rule ni! Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jgn beli. Perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, ini lah prinsip Hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha
Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
1. Baju anak
Ini open wardrobe untuk baju anak, Aqil. Baju jalan, baju raya dan baju harian diasingkan.
2. Baju kurung/ baju raya /baju kerja disusun ikut warna
3. Tudung pun gantung ikut warna
4. Baju formal suami /baju raya/ baju melayu
Ini baju harian suami
5. Cara jemur baju dalam bilik
Ini bahagian untuk jemur baju, atas baju basah. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan. Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju. Bawah bahagian hanger.
Bila jemur baju, Hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok dah.
Tip kalau nak jemur baju dalam rumah
- Pakai pencuci baju yg sesuai utk indoor drying (ada tulis anti-malodour) so baju tak akan berbau kepam dan hapak. Hani suggest Top (untuk jenis serbuk) dan Breeze utk jenis liquid.
- Jemur sebelah tingkap sedekat mungkin
- Ada pengudaraan tambahan (on kipas)
- Jangan jemur baju banyak-banyak sekali gus (jarak baju) – dalam gambar atas tu baju dah kering tapi tak transfer ke bhgn kanan lagi.
6. Tip ekstra
- Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi nak pergi kerja.
- Untuk tuala, khaskan dua helai tuala utk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorg takda dryer haha. Sediakan dua tuala utk tetamu.
- Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu.
- Mana-mana pakaian yg lebih yg rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dlm bekas tertutup (utk elakkan debu bertahun) dan pastikn bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dlm tu.
Selamat mencuba semua!
Sumber:Hani Mynis
Hampas Kelapa Jangan Buang, Boleh Olah Buat Skrub Semula Jadi Untuk Haluskan Kulit. Ini Caranya

Kita memang selalu beli kelapa parut untuk dapatkan santan segar. Selalunya lepas perah kita buang saja hampasnya.
Rupanya hampas kelapa ini pun masih berguna. Ia masih boleh dimanfaatkan untuk kecantikan kulit. Hampas ini boleh kita gunakan untuk buat skrub berkesan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit.
Jadi tak perlulah kita beli produk skrub lain, lebih jimat dan yang penting ianya semula jadi tidak menggunakan bahan kimia. Cara mengolah hampas kelapa menjadi skrub ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan.
Buat skrub dari hampas kelapa
Petua gunakan hampas kelapa ini memang diakui keberkesanannya. Di atas keberkesanan itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.
Salah satu yang boleh dihasilkan menggunakan hampas kelapa adalah skrub. Ia boleh digunakan sebagai skrub untuk muka dan seluruh badan.
1. Sediakan 7 besar hampas kelapa bersama bahan berikut;
-Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
-2 sudu besar gula biasa atau gula perang
-1 sudu besar garam halus
-2 sudu tepung beras
2. Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering. Skrub dah siap!
3. Cara penggunaan;
- Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan.
- Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
- Amalkan seminggu 2-3 kali.
- Lebihan skrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air. In Sha Allah. Akan kulit akan nampak perubahan ketara.
Banyak manfaat kelapa ini , antaranya;
-Haluskan kulit
-Lembap kan kulit
-Tanggalkan kulit mati
-Redakan masalah ke gatalan kulit
Semoga bermanfaat.
Sumber: Sarifa Redzuan