Telur goreng mata kerbau kalau dapat yang garing sikit bahagian tepi dan bahagian tengah pulak cair meleleh bila dipecahkan memang terbaik.
Makan nasi lemak, nasi goreng dengan telur mata kerbau ini memang hidangan automatik jadi lagi sedap.
Jika nak dapat telur mata kerbau yang macam ni, ada cara nak menggorengnya. Dikongsi oleh Wan Luqman, kalau selalu tak menjadi goreng telur boleh ikut teknik ini.
Tip goreng telur mata kerbau yang cantik, cair di tengah
1. Kena guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tak merebak ikut saiz kuali .
2. Tip kedua, minyak kena lebih supaya telur akan tenggelam rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali. Bila keliling putih dah start garing sedikit, boleh angkat dah. Jangan risau, kita tos dulu atas sudip bagi minyak meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus.
3. Tip ketiga, gunalah telur saiz D ataupun E baru dapat hasil begini. Bahagian kuning tu sama ada cair atau separa cair. Baru berselera.
Bagi yang bekerja, tinggal pula di kediaman teres atau kediaman tanah tak luas namun ingin bercucuk tanam sesuai sangat menggunakan kaedah penanaman nutripot ini.
Apa itu nutripot? Ia adalah cara penanaman menggunakan air, sabut kelapa dan sumbu. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah penjagaannya lebih mudah, tidak perlu kerap menyiram.
Pokok terung jambak yang dikongsi Umi Refah ini adalah antara hasil penanaman melalui kaedah ini. Kalau berminat untuk mencuba boleh ikut panduan berikut;
Kaedah penanaman nutripot
1. Sediakan set nutripot yang merangkumi pasu, baldi, baja dan sumbu.
2. Masukkan sumbu dari supaya bersambung dengan bekas air (bahagian bawah ke pasu.
3. Masukkan air baja ke dalam baldi.
4. Kemudian masukkan sabut hancur dalam pasu (bahagian atas).
5. Tanam anak pokok/biji benih yang ingin ditanam. Boleh juga letak pasu sendiri, seperti gambar di bawah.
INFO
Set nutripot ini juga boleh dibuat sendiri menggunakan botol minyak atau mineral terpakai yang dipotong dua. Letak sumbu, di bahagian corong (untuk bahagian atas) dan campuran air & baja AB di bahagian bekas air bawah (rujuk gambar di bawah).
Kelebihan lain nutripot
Tak perlu selalu siram, air jimat.
Tidak berlecak akibat siraman baju atau air.
Akar dapat menyerap baja dengan lebih efektif.
Hasilnya pokok subur & meriah buah, menurut Umi Refah ini adalah hasil tuaian kali ketiga menggunakan kaedah nutripot. Berbaloi kan.
Mesti ramai yang lama tak makan bubur putih bubur merah ini. Gabungan rasa manis dan juga lemak santan memang enak. Letak semangkuk sekejap saja licin.
Biasanya kalau buat bubur ini, kuantitinya akan dilebihkan untuk sedekah pada ahli keluarga dan juga jiran. Jomlah buat petang ni. Caranya mudah sangat. Kalau tak pernah cuba boleh ikut perkongsian Ummi Querniea.
Cara buat bubur putih bubur merah
Bahan-bahan
2 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
250g santan pekat
10 cawan air( ikut kepekatan bubur)
2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan) k
Garam secukup rasa
Daun pandan
Cara membuat
1. Beras putih dan beras pulut dicampur dan cuci bersih. Masukkan air dan masak hingga jadi bubur. Letak daun pandan sekali.
2. Bila bubur sudah masak, asingkan sedikit bubur tadi ke dalam periuk lain dan masukkan santan serta garam secukup rasa. Masak semula hingga mendidih. Ini bahagian untuk bubur putih.
3. Dalam periuk lain masak gula merah, gula putih dan gula melaka bersama sedikit saja air. Bila sudah larut tapis.
4. Kemudian masukkan dalam periuk bubur yang banyak, untuk membuat bubur merah. Letak sedikit santan anggaran 1 – 2 senduk kecil untuk rasa lemak.
5. Untuk menghidang masukkan bubur merah dalam mangkuk atau bekas dan tambah bubur putih di tengah. Bubur merah kena banyak ya, baru sedap makan sebab rasa manis berlemak.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...