Hobi berkebun menjadi satu aktiviti menyeronokkan dan terapi apabila dapat melihat tumbuhan ditanam hidup subur.
Namun ada kalanya pokok tanaman ini akan diserang serangga hingga menyebabkan jadi rosak.
Untuk mengatasi masalah ini, apa kata anda cuba buat sendiri racun serangga organik daripada bahan dapur yang mudah didapati.
Racun serangga ini juga boleh dibuat stok banyak dengan menyimpannya dalam peti sejuk. Apabila mahu digunakan boleh terus sembur sahaja pada pokok tanaman.
DIY RACUN SERANGGA ORGANIK
Bahan diperlukan: 500 ml air 10 biji cili padi Selabu bawang putih
Cara membuat: Kisar halus dengan kulit-kulit sekali. kemudian tapis dan simpan airnya dalam peti sejuk.
Cara gunakannya: 1. Ambik 100 ml pati yang sudah dikisar dicampurkankan dengan 1.5 liter air. 2. Campurkan 1 sudu minyak masak, 1 sudu teh sabun basuh pinggan dan goncang sebati. 3. Kemudian boleh sembur pada pokok tanaman. Bagi pokok yang bermasalah dengan serangan serangga, sembur 3 hari sekali. Jika tidak seminggu sekali sudah memadai.
P/S: Hampas bahan kisar tadi jangan dibuang, boleh guna dengan tabur di pangkal pokok sebagai baja.