Kebelakangan ini ramai yang memulakan aktiviti bercucuk tanam untuk mengisi masa. Seronok bila lihat tanaman menjadi terutama sayur-sayuran.
Tapi bila baru nak berjinak jinak banyaklah ilmu dan tip perlu dicari. Bagi yang sedang belajar menanam sayur di rumah boleh amalkan tip dari Enkay Nik Mustafa
ini untuk menggemukkan pokok bendi dan sayuran lain.
Cara yang diamalkan cuma mengggunakan lebihan makanan atau sisa dapur untuk ditabur pada pokok. Antaranya nasi, kulit bawang, kentang atau saki baki sayur belum dimasak.
Cara saya gemukkan pokok bendi
1) Longgokkan sisa nasi basi, kerak nasi. Nasi yang saya gunakan ini adalah nasi yang dah 4 hari tak habis.
Tak semua pokok sesuai dilonggokkan di perdu, boleh diletakkan agak jauh dari perdu pokok. Contohnya pokok yang mempunyai batang lembut seperti pudina, selom, kangkung.
2. Masukkan apa sahaja sisa yang ada didapur seperti kulit bawang, kulit kentang, sisa sayur. KECUALI bahan berbau seperti kulit ayam, perut ikan.
3. Masukkan sedikit tanah untuk menutupi sisa. Nanti takut diselerakkan oleh tikus, burung gagak.
4. Siram pokok seperti biasa. Gunakan siraman halus supaya tanah tidak dilarikan oleh aliran air. Dah makan nasi, tak minum air- risau tercekik nanti.
Sebenarnya bila kita letakkan atau siram apa apa baja, kita perlu siram dengan air secukupnya, prinsip ini tak terguna pakai untuk tanaman hidroponik.