Cuba tengok kuali atau periuk kat rumah, mesti belakangnya hitam dek kesan jelaga.
Bila dah terlalu lama dibiarkan kesan hitam ini akan berkekalan dan lagi susah untuk dihilangkan walaupun dibasuh banyak kali.
Kalau banyak koleksi periuk dan kuali di dapur yang hitam boleh cuba tip yang dikongsi oleh Dahriah Damsah ni.
Hasilnya memang terbaik, kuali yang hitam jadi berkilat dengan menggunakan dua bahan mudah ni saja.
Guna sabun dan berus dawai
Apa yang diperlukan cuma sabun mandi jenis buku (apa-apa jenama pun boleh) dan juga dawai besi.
Hancurkan sedikit sabun dan campir dengan sedikit air. Biarkan ia larut.
Kemudian sental terus pada kuali atau periuk yang hitam.
Hasilnya periuk akan bersih berkilat!
Mudahkan! Modal pun tak banyak.
Sumber: Dahriah Damsah
Begini Cara Pilih Kemeja Lelaki Yang Betul. Kena Tengok Jenis Lipatan
Kalau beli kemeja selalu yang lihat oleh kaum lelaki adalah warna, corak dan saiz. Nampak cantik, saiz sesuai terus beli.
Tapi sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang perlu ambil kira jika beli kemeja. Sebab selain corak, saiz kemeja juga dibezakan mengikut potongan dan teknik lipatan.
Ramai yang tak perasan bahawa kemeja lelaki ada lipatan tertentu yang disesuaikan ikut potongan badan lelaki. Jadi sebab itu kena pilih yang sesuai. Kalau dada bidang atau perut buncit ada potongan khusus.
Ketika memilih, perhatikan lipatan di bahagian belakang kemeja terlebih dahulu.
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju ini sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Bagi mereka yang mempunyai bahagian perut yang besar amat digalakkan memilih kemeja sebegini. Untuk mereka yang kurus pula, ia akan menampakkan keadaan yang kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan atau Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya mereka yang mempunyai bahu atau lengan yang berisi atau berotot.
3. Tiada Lipatan atau Pleatless
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan isi di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk mereka berbadan sederhana potongan Regular Fit harus menjadi pilihan berbanding Slim Fit.
Sumber: Harry Hamid
Pokok Berbuah Lebat Tapi Buah Banyak Pecah & Retak, Ini Punca & Cara Mengatasinya
Buah dah lebat atas pokok tapi belum sempat masak dah pecah dan gugur. Sayang sungguh. Ini antara masalah yang biasa berlaku pada pokok buah rambutan, mangga, nangka, tomato dan limau dan lain-lain.
Ramai yang tak tahu apa punca dan cara penyelesaiannya. Menurut perkongsian SHS Kebun punca buah retak atau pecah ini adalah disebabkan buah menyerap terlalu banyak air dan kurang kalsium.
Punca buah pecah dan jatuh
Kenapa buah boleh senyum? Kami selalu mendapat pertanyaan daripada pekebun buah mereka retak atas pokok. Buah seperti tomato, rambutan, nangka, mangga dan lain lain, akan retak sekiranya kulit buah tidak cukup kuat.
Buah serap terlalu banyak air
Ini gejala biasa khasnya pada musim hujan. Buah menyerap terlalu banyak air dan mengembang. Kulit yang tidak cukup kuat akan retak disebabkan tekanan dari buah di dalam.
Kulit buah tidak cukup kuat disebabkan kekurangan kalsium
Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan buah jatuh sebelum matang. Ini disebabkan tangkai buah tidak cukup kuat dan bila buah semakin besar, beratnya akan menyebabkan tangkai patah.
Kalsium dapat menebalkan dan menguatkan sel-sel kulit supaya mereka boleh tahan tekanan daripada buah dan menguatkan tangkai buah supaya boleh tahan berat buah.
Kalsium boleh didapati daripada kapur pertanian (link Shopee) . Tetapi bila gejala buah retak telah muncul, ia telah terlalu lambat untuk membekalkan kalsium dengan kapur pertanian
Untuk menangani masalah buah retak dan jatuh, kita boleh menggunakan baja foliar kalsium (link Shopee) yang disemburkan terus kepada daun-daun supaya kalsium dapat diserap dan digunakan dengan segera.
Semoga bermanfaat
Sumber: SHS Kebun
DIY Playhouse Untuk Anak. Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Lagi Murah
Asyik terperap dalam rumah anak-anak tak dinafikan kebosanan. Memang kesian. Sekiranya ada bajet, dan ruang di kawasan rumah idea playhouse ini sedikit sebanyak boleh juga memberi kecerian untuk anak. Jadi ruang untuk mereka bermain dengan selamat dalam kawasan rumah.
Menariknya playhouse ini juga boleh kita DIY. Boleh rujuk perkongsian dari pada Sadiqin Sulong.
Step by step buat playhouse untuk anak
Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.
Saya kongsikan semula step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar.
Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.
1.Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki.
2. Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.
3. Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas.
4. Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera.
5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.
6. Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse. (Boleh klik SINI untuk link shera plank)
Playhouse ini boleh tampung berat 2 orang tua & 2 kanak-kanak. Lepas lagi kalau mak atau bapa nak join sekali.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Sadiqin Sulong.