
Cuba tengok kuali atau periuk kat rumah, mesti belakangnya hitam dek kesan jelaga.
Bila dah terlalu lama dibiarkan kesan hitam ini akan berkekalan dan lagi susah untuk dihilangkan walaupun dibasuh banyak kali.
Kalau banyak koleksi periuk dan kuali di dapur yang hitam boleh cuba tip yang dikongsi oleh Dahriah Damsah ni.
Hasilnya memang terbaik, kuali yang hitam jadi berkilat dengan menggunakan dua bahan mudah ni saja.
Guna sabun dan berus dawai
Apa yang diperlukan cuma sabun mandi jenis buku (apa-apa jenama pun boleh) dan juga dawai besi.
Hancurkan sedikit sabun dan campir dengan sedikit air. Biarkan ia larut.
Kemudian sental terus pada kuali atau periuk yang hitam.
Hasilnya periuk akan bersih berkilat!
Mudahkan! Modal pun tak banyak.
Sumber: Dahriah Damsah
Periksa Semula Coverage MRTT Kalau Dah Beli Rumah, Takut Berlaku Kematian Waris Kena Terus Bayar Loan

Isi Kandungan
ToggleBagi yang membuat pinjaman untuk pembelian perumahan sebaiknya periksa semula tempoh MRTT dalam perjanjian jual beli yang ditandatangan sebelum ini. Ramai yang terlepas pandang info yang penting di dalamnya.
Ini kerana boleh jadi tempoh perlindungan MRTT/MLTT lebih pendek dari tempoh pinjaman. Situasi ini akan menyebabkan masalah sekiranya berlaku kematian peminjam. Waris sama ada isteri atau anak perlu meneruskan pembayaran rumah kerana bank tidak lagi ‘cover’ pinjaman rumah yang dibuat.
Perkara ini dikongsi oleh seorang Haniza Hussin yang juga seorang perancang kewangan . Berikut adalah perkongsian beliau yang tular laman Facebook.
Dah check ke belum perjanjian jual beli rumah
Sesiapa yang ada beli rumah melalui loan dengan bank, wajib tengok balik agreement.
1. Check loan dengan bank berapa lama?
2. Check MRTT/MLTT (insurans rumah) cover berapa lama?
Penting kenapa?
Kita tak nak bila berlaku kematian nanti, rupanya bank dah tak cover loan rumah.
Which means still ada hutang lagi walaupun pemilik dah meninggal dunia.
Kesannya
1. Siapa yang akan tanggung teruskan bayar dekat bank?
2. Mampu tak orang tersebut tanggung teruskan bayar dekat bank?
So, Wajib!
Elakkan jadi macam gambar di bawah ini. Loan bank 35 tahun tetapi MRTT cover 18 tahun sahaja.
Apa tu? Maksudnya bank hanya akan tolong settlekan loan kalay peminjam meninggal dalam tempoh 18 tahun pinjaman.
Meninggal tahun ke-19, bank tak cover dah. Selepas itu ahli keluarga pula kena settlekan loan rumah tu. Kalau ahli keluarga tak dapat bayar, bank lelong lah rumah tu. Hah! Jenuhh.
Apa perlu buat
Dalam pada itu menurut Hasniza sebaiknya tempoh perlindungan sama dengan tempoh pinjaman. Namun keadaan tersebut bergantung kepada institusi kewangan. Ada yang hanya menawarkan perlindungan setakat 15-20 tahun saja.
Jika mengetahui tempoh perlindungan tempoh perlindungan kurang dari tempoh pinjaman sebaiknya kata beliau peminjam segera bertindak dengan mengambil pampasan insuran atau pampasan takaful sebagai persediaan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Haniza Hussin
Cara Buat Suhun Goreng, Rasanya Lagi Sedap & Lebih Sihat. Buat Pun Senang, Bahan Potong, Terus Tumis

Bagi yang sedang mengamalkan pemakanan sihat atau mahu turunkan berat badan boleh pilih hidangan suhun ini. Berbanding bihun suhun ini lagi rendah kolesterol dan lemak.
Salah satu hidangan suhun yang sedap yang boleh kita sediakan adalah suhun goreng. Cara nak buat pun mudah. Tak perlu kisar bawang cili bagai. Semua potong dan goreng saja tapi rasanya dah cukup sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Naomy Chow.
Cara buat suhun goreng, ringkas tapi sedap sangat
Bahan-bahan
Suhun
Bawang putih dicincang
Udang kering- ditumbuk
Cendawan shitake – dihiris
Kubis panjang -dipotong
Tauge (jika suka) & daun bawang
Telur
Karamel masakan
Kicap cair
Cara membuat:
1. Rendam suhun dengan air paip sehingga lembut & tos.
2. Tumis udang kering, bawang putih hingga naik bau.
3. Pecahkan telur dan kacau.
4. Masukkan kubis panjang dan cendawan. Kacau.
5. Masukkan suhun yang sudah lembut bersama karamel masakan, kicap cair sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sebati. Jika suhun masih keras ketika menggoreng, renjiskan dengan air dan gaul.
6. Akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang. Gaul sebati. Sedia dihidangkan.
Hidangkan suhun goreng dengan cili padi potong dan kicap.
Selamat mencuba.
Sumber: Naomy Chow.
Guna Botol Plastik, Kaedah Paling Senang Tanam Sayur. Tak Perlu Siram Hari-Hari, Tuai Pun Mudah

Nak bercucuk tanam tapi takde laman dan malas nak siram hari-hari. Kalau korang antara yang begini ada solusinya.
Tanam sayur dalam botol air mineral. Penjagaan cukup mudah dan tak perlu selalu siram. Caranya dikongsi oleh Theshaxfeen.
Cara paling malas tanam sayur, tak perlu siram hari-hari
1. Berkebun tepi rumah tak perlu ada tempat yang luas 2m x 0,5m dah boleh tanam banyak jenis sayuran, nak masak tinggal petik saja.
2. Botol ada 2 lapis, bahagian atas isi tanah kompos dan yang bahagian bawah isi air. Jadi, tak perlu nak siram tiap-tiap hari. Cuma tambahkan air saja bila airnya sudah berkurang.
Untuk paras air sampai lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya boleh terendam untuk menjaga kelembapan tanahnya sebab tak pakai sumbu.
3. Potong botol jadi 2 bahagian, tebuk lubang seperti yang ada pada gambar (bertanda panah merah). Lubang yang ada pada botol lapis atas isi tanah itu fungsinya sebagai peresapan air untuk memberikan kelembapan pada medium tanahnya.
Manakala lubang yang ada pada botol bahagian bawah ada 2 lubang kecil kanan kiri di bagian atas fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan jaga buangan air yang terlebih.
4. Tutup botol boleh dibuka kalau akarnya sudah sampai bawah, medium guna tanah kompos dan baja guna NPK. Untuk pembajaan boleh dilakukan setelah usia tanaman lebih kurang 2 minggu setelah semai.
Sukatan 1 sudu makan baja larutkan dengan air 1,5 liter siram secukupnya seminggu sekali, untuk akar yang sudah sampai bawah baja boleh terus dibubuhkan dalam botol isi air tu dengan jumlah 1/4 sudu makan.
5. Untuk penuaian kangkung potong dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah. Dalam masa 2 minggu sudah boleh tuai ulang dan begitu juga seterusnya.
Bagi sawi, salad, pak choy boleh dipetik dengan cara ambil tangkai daunnya dan tinggalkan daun yang paling muda dalam seminggu dah boleh petik lagi dan begitu juga seterusnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Theshaxfeen.