Cuba tengok kuali atau periuk kat rumah, mesti belakangnya hitam dek kesan jelaga.
Bila dah terlalu lama dibiarkan kesan hitam ini akan berkekalan dan lagi susah untuk dihilangkan walaupun dibasuh banyak kali.
Kalau banyak koleksi periuk dan kuali di dapur yang hitam boleh cuba tip yang dikongsi oleh Dahriah Damsah ni.
Hasilnya memang terbaik, kuali yang hitam jadi berkilat dengan menggunakan dua bahan mudah ni saja.
Guna sabun dan berus dawai
Apa yang diperlukan cuma sabun mandi jenis buku (apa-apa jenama pun boleh) dan juga dawai besi.
Hancurkan sedikit sabun dan campir dengan sedikit air. Biarkan ia larut.
Kemudian sental terus pada kuali atau periuk yang hitam.
Hasilnya periuk akan bersih berkilat!
Mudahkan! Modal pun tak banyak.
Sumber: Dahriah Damsah
DIY Racun Rumput Dari 2 Bahan Dapur, Rumput Cepat Mati Senang Nak Cabut
Bagi yang duduk rumah ada laman, memang tak lari dari masalah rumput. Sakit mata tengok, baru saja potong dah tumbuh balik.
Takkan asyik nak upah orang potong. Kalau rumah teres yang ada sikit saja tanah lagilah tak berbaloi nak panggil orang potong rumput. Nak sembur racun kimia takut pula maklumlah kat rumah anak anak.
Jadi alternatifnya kita buat racun rumput sendiri. Menariknya cuma pakai 2 bahan saja yang ada saja kat dapur. Boleh ikut perkongsian daripada Muhamad Najib ini.
Bahan yang digunakan
- Cecair pencuci pinggan mangkuk (Sunlight dengan kuasa lemon)
- Cuka masakan
- Alat penyembur
Caranya
- Campurkan sebotol cuka masakan dengan 4 – 5 sudu makan cecair pencuci pinggan. Kuantiti ikut keluasan kawasan yang penuh rumput. Kalau kawasan kecil, boleh di kurangkan kuantiti bahan-bahan.
- Kacau sebati cuka masakan tu dan cecair pencuci pinggan kemudian isikan dalam alat penyembur. Tak perlu campur air ya!
- Semburkan kepada rumput-rumput liar yang ingin dihapuskan.
Hasilnya
INFO
Cuka masakan mengandungi asid asetik dan ia sangatlah tidak serasi kepada kebanyakan jenis tumbuhan.
Sabun pencuci pinggan ini pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut.
Selepas seminggu semua rumput akan mati dan mudah untuk dicabut kerana dah kering.
TIP
Elak meracun musim hujan kerana mungkin tak berkesan kerana dibasahi air hujan. Sebaiknya buat ketika hari panas baru cepat mati.
Buat Jem Tart Nenas Homemade, Cara Ini Lagi Cepat Masak & Tahan Lama. Setahun Pun Elok Lagi
Hujung bulan depan kita dah nak mula puasa. Dah boleh juga kalau nak siap-siapkan bahan bagi yang nak buat kuih raya.
Salah satu kuih yang selalu di setiap rumah waktu raya adalah tart nenas. Biasanya kalau buat sendiri, jem kita beli yang ready made. Cuma kalau beli rasanya ‘kureng’ berbanding buat sendiri.
Nak sedap kena buat sendiri, kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Nureen Jalaly ini. Jem nenas homemade ini bukan saja enak tapi juga tahan lama. Boleh tahan setahun. Nak buat juga tak lama. 10 biji nenas boleh siap dalam 1 1/2 jam.
Cara mudah dan cepat buat jem tart nenas
Di sini saya kongsikan cara-cara buat jem tart nenas. Hanya perlukan 1 1/2 jam untuk membuat inti untuk 10 biji nenas.
Bahan-bahan:
10 biji nenas – dibuang kulitnya dan matanya
Gula
2 penutup kecil pewarna kuning
10 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 penutup kecil esen vanilla
1 biji limau nipis
Cara membuat:
1.10 biji nenas diparut/disagat dan jangan sampai bahagian tengah nenas. Kalau tak nanti inti yang kita buat tak akan kering dan mengambil masa yang lama untuk memasak.
2. Setelah semua nenas habis disagat tapiskan airnya sehingga kering.
3. Seterusnya ambil isi nenas tadi disukat pakai mangkuk. 1 mangkuk nenas 1/2 mangkuk gula pasir dan kalau dapat 2 mangkuk 1 mangkuk gula pasir. Pastikan guna mangkuk yang sama.
4. Selepas itu masukkan ke dalam kuali isi nenas bersama gula. Masukkan juga pewarna kuning, esen vanilla,bunga cengkih, kulit kayu manis kemudian hidupkan api. Kacau sehingga kering dan likat (guna api sederhana kecil).
5. Akhir sekali setelah tutup api perahkan asam limau nipis (inti ini boleh tahan setahun jika disimpan dalam peti ais).
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nureen Jalaly
Cara Simpan Lebihan Santan Kotak, Tak Basi Walau Lebih 3 Hari
Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
Caranya:
- Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotak tu ya!
Selamat mencuba!
Sumber: Nelisa Sofea