
Hidangan daging memang jadi kegemaran tapi akan jadi spoil kalau dagingnya liat. Sebab itu macam-macam petua diberi untuk pastikan daging dimasak jadi lembut. Letak sudu besi, daun betik, lemon, cuka dan macam-macam lagi. Ada juga yang terpaksa rebus lama untuk pastikan daging lembut.
Tapi cara yang dikongsi oleh Puan Mahamidah Hamdan ini cukup mudah dan terbukti berkesan untuk lembutkan daging. Boleh baca komen-komen di posting beliau.
Tak perlu rebus cuma letakkan minyak saja. Tak pernah dengar lagi kan!
Letak 2 sudu minyak
Cara lembutkan daging. Selalu kita rebus tapi cara saya tak rebus.
Cara cikgu ida nak lembutkan daging.
Selalu org rebus kan ?
Tapi cikgu tak rebus.
Cara-caranya :
1. Bubuh 2 sudu minyak masak dalam kuali. Panaskan minyak.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging. Guna api yang kuat.

5. Kacau sekali sekala daging dalam kuali. Masak sampai air kering.
6. Dah hampir kering air daging barulah kacau banyak kali.

7. Bila air dah kering maka lembut lah daging tadi.
8. Kemudian bolehlah angkat daging dan masak ikut cita rasa.
Dah lembut dagingnya…
Cara ini daging jadi empuk dan lembut, mudah dan ringkas caranya.
Sumber: Mahamidah Hamdan
25 Kegunaan Luar Biasa Petroleum Jelly Selain Sapu Pada Kulit Kering. Rugi Kalau Biar Expired

Kebiasaannya kita guna petroleum jelly atau jenama yang popular Vaseline untuk rawatan kulit yang kering.
Disebabkan hanya tahu itu saja fungsinya maka produk ini punyalah lama tersimpan, sampai expired.
Yang sebenarnya petroleum jelly ini ada banyak sangat kegunaan lain dalam kehidupan seharian kita. Bukan untuk kecantikan saja tapi untuk kegunaan rumah juga.
Ini adalah sebahagian dari 25 kegunaannya yang ramai tak tahu.
1. Tambah kilat pada gincu jenis matte. Campurkan gincu dan Vaseline pada belakang tangan dan oles pada bibir.
2. Elak gincu melekat pada gigi. Hanya sapu nipis Vaseline pada gigi depan sebelum mengenakan gincu.
3. Buang kulit mati pada bibir. Sapu tebal pada bibir, biarkan beberapa minit. Kemudian skrub bibir dengan berus gigi yang lembut dan bersih. Bilas.
4. Kemaskan kening yang berterabur. Sapukan sikit Vaseline pada bulu kening dan ia akan kemas dan berkilat.
5. Panjangkan dan lentikkan bulu mata. menggunakan berus maskara yang dibersihkan, sapu pada bulu mata sebelum tidur.
6. Serlahkan pipi. Sapukan sedikit jelly ini pada pipi sebelum menyapu pemerah pipi. Boleh juga sapu pada kelopak mata sebelum menyapu eye shadow untuk kesan lebih berkilat.
7. Keluarkan cincin yang tersekat. Sapukan vaseline menggunakan cotton bud, kemudian tolak ke depan dan kebelakang sehingga cincin dapat dikeluarkan dari jari.
8. Rawat jaket kulit. Jika ada bahagian pada jaket yang kelihatan kering sapu Vaseline pada bahagian tersebut. Kemudian lap kembali.
9. Hapus kaki berbau. Jika terasa kaki ada bau yang kurang menyenangkan, sapu Vaseline dan biarkan selama 15 minit. Kemudian lap dengan tisu atau kain kering.
10. Elak ruam lampin. Sapu pada bahagian punggung atau celah peha bayi sebelum mengenakan lampin.
11. Hindari rasa panas selepas bercukur. Terlebih dahulu, masukkan Vaseline dalam peti sejuk. Selepas bercukur sapu Vaseline yang sejuk ini pada bahagian terbabir.
12. Rambut bersinar. Sapukan Vaseline pada rambut paling atas untuk nampak lebih bersinar dan mengelakkan rambut bercabang.
13. Hindari syampu masuk mata bayi waktu mandi. Letakkan Vaseline pada bahagian kening dan syampu akan terhindar memasuki bahagian mata.
14. Buang gula-gula getah pada rambut. Sapukan pada rambut yang terkena gula-gula getah dan usap sehingga ia tertanggal.
15. Kulit kepala gatal. Urut Vaseline pada kulit kepala untuk mengurangkan kegatalan akibat kelemumur.
16. Elak kesan pewarna rambut pada kening. Ketika warnakan rambut di rumah, sapukan Vaseline pada sekeliling kepala untuk mengelakkan pewarna rambut melekat pada kening.
17. Kurangkan kesan calar pada perabot kayu. Sapukan Vaseline pada perabot yang ada kesan calar akibat terkena cincin atau gelang. Biarkan selama 24 jam, kemudian sapu dan kilatkan.
18. Buang gula-gula getah pada kayu. Sapu Vaseline pada gula-gula getah yang melekat ini sehingga ia terpisah dari kayu.
19. Buang kesan lilin. Sapu Vaseline pada sekeliling kesan lilin dan biar seketika. Selepas itu lap menggunakan tisu atau kain.
20. Elak pintu berbunyi. Letak sedikit vaseline pada ensel untuk mengelakkan ia berbunyi.
21. Buka mangga pintu yang ketat. Sapu pada anak kunci dan cuba buka, insya-Allah ia akan dibuka dengan mudah.
22. Hilangkan siku atau lutut yang hitam. Sapu Vaseline pada bahagian yang hitam ini setiap hari.
23. Minyak wangi tahan lama. Sebelum pakai minyak wangi, sapukan Vaseline pada tangan dan leher kemudian barulah sembur.
24. Kecutkan jerawat. Kalau tiada ubat jerawat sapu sedikit Vaseline pada untuk meredakan kemerahannya.
25. Rawat luka ringan. Sapu pada luka kecil untuk cepat sembuh. Ia melembapkan bahagian luka selain mengelakkannya terkena kotoran supaya tidak terkena jangkitan.
Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

Isi Kandungan
ToggleMemandangkan anak tak sekolah, semua ada di rumah dan ramai juga yang kena kerja dari rumah maknanya makanan kena sentiasa ada stok.
Selain lauk, kuih pun penting untuk kudapan mereka. Salah satu yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok frozen adalah samosa kentang.
Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof.
Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak
Bahan untuk inti:
5 biji kentang – potong dadu
1 batang lobak merah – ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Kulit popia
Info: Bahan ini untuk 20-25 biji samosa
Cara membuat:
- Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.
2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.
3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.
4. Siap inti samosa.
Cara lipat samosa
- Sediakan bahan utamanya iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.
- Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.
- Boleh mula melipat. Lipat jadi segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.
- Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat, letak juga di ruang-ruang kosong (langkah 6 & 7). Siap!
Nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.
Cara lipat samosa tanpa potong
Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose
Selamat mencuba!
Sumber: Sabariah Nor Mohd Yusof
Cara Tanam Pokok Selom Dalam Kotak Polisterin, Sebulan Saja Dah Merimbun Hasilnya

Isi Kandungan
ToggleKalau dalam famili ramai yang suka makan ulam selom, eloklah belajar tanam sendiri.
Tak perlu susah cari pasu, jika di rumah ada kotak polesterin ini pun boleh tanam. Lagi merimbun! Caranya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.
Tanam pokok selom dalam kotak polisterin
Saya kongsi cara tanam pokok selom dalam polisterin. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tanam pokok kesom. Sebab kedua jenis pokok ini suka pada keadaan tanah yang lembap dan berair.
1. Kotak polisterin
- Kotak polisterin mestilah dalam keadaan baik dan tidak rosak. Pada bahagian dasar polisterin tidak perlu buat lubang. Buat lubang pada bahagian sisi saja iaitu lebih kurang sejengkal dari aras tanah.
- Bila isi tanah nanti mestilah paras tanah melebihi dari paras lubang. Ini bertujuan agar tidak ada air bertakung di dalam polisterin tersebut. Nyamuk pun tidak dapat bertelur di situ.
2. Penyediaan tanah
- Saya guna tanah bakar atau hitam + tahi kambing/tahi ayam + pasir ( nisbah 3:2:1 )
Gaul rata kemudian masukkan ke dalam polisterin. Siram air sehingga paras lubang yang dibuat tadi. Biarkan selama seminggu.
3. Penyediaan keratan batang selom
- Pada setiap keratan batang selom sekurang-kurangnya ada 3-4 ruas mata tunas.
- Rendam keratan batang selom sehingga berakar. Saya lebih suka biarkan rendaman keratan selom selama 3 minggu. Pada masa ini akarnya dah panjang sikit. Nak rendam seminggu pun boleh juga tapi akar masih pendek lagi.
- Dalam masa 3 minggu merendam keratan tersebut, kena rajin selalu tukar air rendaman untuk mengelakkan keratan menjadi busuk, rosak dan air menjadi masam.
- Ketika tanam keratan selom ini, pastikan 1-2 ruas mata tunas tertanam dalam tanah. Pada ruas tersebut ada akar pokok.
- Selepas tanam dalam masa dua minggu pertama kena siram 2 kali sehari. Ini juga penting untuk pertumbuhan akar pokok yang masih baru.
Ini pokok yang ditanam pertengahan Mei lalu
Ini keadaannya pada 27 Jun lalu, merimbun
4. Pembajaan
Saya mula beri baja pertama bila usia pokok selom sebulan. Saya beri baja kopi. Selang beberapa hari kemudian beri baja AB pula.
Selamat mencuba. Ini adalah cara saya. Orang lain ada caranya tersendiri. Yang paling penting pokok yang kita tanam hidup dan dapat merasa hasilnya.
Sumber: Ibrisam Wossali.