Hidangan daging memang jadi kegemaran tapi akan jadi spoil kalau dagingnya liat. Sebab itu macam-macam petua diberi untuk pastikan daging dimasak jadi lembut. Letak sudu besi, daun betik, lemon, cuka dan macam-macam lagi. Ada juga yang terpaksa rebus lama untuk pastikan daging lembut.
Tapi cara yang dikongsi oleh Puan Mahamidah Hamdan
ini cukup mudah dan terbukti berkesan untuk lembutkan daging. Boleh baca komen-komen di posting beliau.Cara lembutkan daging. Selalu kita rebus tapi cara saya tak rebus.
Cara cikgu ida nak lembutkan daging.
Selalu org rebus kan ?
Tapi cikgu tak rebus.
Cara-caranya :
1. Bubuh 2 sudu minyak masak dalam kuali. Panaskan minyak.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging. Guna api yang kuat.
5. Kacau sekali sekala daging dalam kuali. Masak sampai air kering.
6. Dah hampir kering air daging barulah kacau banyak kali.
7. Bila air dah kering maka lembut lah daging tadi.
8. Kemudian bolehlah angkat daging dan masak ikut cita rasa.
Dah lembut dagingnya…
Cara ini daging jadi empuk dan lembut, mudah dan ringkas caranya.
Sumber: Mahamidah Hamdan