Peti sejuk bila dah lama guna akan timbul beberapa masalah. Salah satunya pintu peti sejuk tak rapat walaupun dah ditutup dengan betul.
Kadang-kadang ada yang terbuka sendiri. Punca pintu peti sejuk tak mahu tutup rapat ini adalah kerana getah di keliling pintu sudah rosak atau expired.
Ramai juga yang panggil tukang baiki untuk tukar tapi sebenarnya lagi jimat kalau kita tukar sendiri getah ini. Caranya dikongsi oleh Khairul Hafiz.
Panduan tukar getah pintu peti sejuk yang expired
Kalau saya tak share benda ni, saya rasa bersalah pulak. Sebab bagi saya benda yang senang DIY wajib share untuk manfaat semua. Maklum lah, sekarang musim nak jimat.
Punca pintu peti sejuk tak rapat adalah sebab getah yang ada sekeliling pintu sudah expired. Cara pasang sangat mudah. Paling tidak boleh jimat 100 lebih utk upah pasang getah nie. Banyak jugak tu. Saya tunjukkan caranya satu demi satu.
1. Pastikan getah pintu peti sejuk memang betul expired. Tanda expired adalah getah dah tertanggal dari pintunya. Boleh beli getah untuk ganti melalui Shopee. Tapi sebelum beli pastikan ia sesuai model dan jenis peti sejuk. Setiap pintu ukuran tak sama.
3. Langkah pertama untuk cabut getah adalah dengan tarik dari penjuru atas macam dalam gambar. Tarik saja sampai getah tercabut. Jangan risau, untuk baiki masalah ini tak perlukan peralatan.
Ads
4. Ini keadaan getah yang asal.
5. Cara pasang getah yang baru pula. Mulakan dari penjuru, tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Kemudian baru tekan tempat yang lain. Ini untuk elak getah terlebih saiz di bahagian penjuru. Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti.
Selalunya bila nak makan tomyam, kita makan saja di restoren. Tapi ada masanya kita nak makan tomyam yang dibuat sendiri ikut cita rasa kita.
Nak rasa masam-masam dan pedas ikut tekak kita. Kalau dah teringin begini maka buatlah sendiri. Boleh ikut cara Mastura Razali. Nak sedap guna pes tomyam yang dicadangkan ini. Buat sendiri dapat seperiuk boleh buat bihun tomyam lagi.
Buat sendiri tomyam seperiuk, kuah masam dan pedas!
Masak tomyam hari ni. Rasa nak hirup kuah masam-masa pedas, maka terhasil la tomyam seperiuk.
Bahan utama tomyam:
-Isi ayam / udang / sotong
-Carrot
-Bunga kubis
-Jagung muda
-Saleri
-Cendawan – guna cendawan enoki saja
-Bawang holland
-Bawang putih
-Lengkuas
-Serai
-Daun limau purut
-Akar ketumbar
-Tomato
-Daun ketumbar
-Susu cair
-Pes tomyam (pes ini best dan pedas jadi tak perlu masuk cili padi)
Cara membuat:
Rebus air dan masukkan akar ketumbar serta isi ayam.
2. Bila mendidih masukkan bawang, lengkuas,serai,daun limau purut.
3. Masukkan juga pes tomyam. Guna satu botol pes memandangkan botol kecil saja, lebih kurang dalam empat sudu besar.
4. Kemudian boleh masukkan sayur-sayur. Cendawan masuk akhir sekali. Masukkan sayur yang keras dulu.
5. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam. Boleh masukkan sotong dan udang diikuti dengan susu cair.
6. Akhir sekali masukkan cendawan dan tomato. Jangan lupa juga daun ketumbar, kalau ada sos ikan boleh masukkan jika tiada abaikan.
7. Siap…Jangan lupa goreng telur dadar. Rasa macam makan kat kedai!
Jika selalu masak taucu berkuah, kali ini cuba masak sambal taucu ikan. Lagi sedap kalau menggunakan ikan bawal. Cara membuat sambal taucu ikan bawal ini dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Cara buat sambal tauchu ikan bawal
Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
5-6 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kacang Tauchu (dibilas air biasa)
1 biji tomato (belah 4)
1 tangkia cili hijau (dibelah)
1 tangkai cili merah (dibelah)
3 ulas bawang putih (dihiris)
½ biji bawang besar(potong bulat )
1 batang serai (diketuk)
Serbuk perasa
Gula
Cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.
4. Masukkan kacang tauchu, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan sebati.
5. Masukkan gula dan serbuk perasa dan gaulkan.
6. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya sehingga sekata.
Melihat orang kurang upaya yang buta berjalan di laluan sesak, melintas jalan dan sebagainya ramai yang bersimpati dan ingin membantu memudahkan perjalanan mereka.
Namun seringkali terjadi cara yang kita lakukan untuk memimpin OKU buta ini berjalan adalah salah.
Perkara ini dikongsi oleh dua OKU yang juga TikToker, Loh Boon Keat dan Ambar Aishah.
Jangan tarik tongkat
Jelas mereka ramai yang menarik tongkat mereka dengan harapan OKU buta mengikut saja dari belakang yang mana cara ini tidak betul.
Mereka berdua turut menjelaskan panduan untuk membantu OKU buta berjalan.
‘Cara yang betul kalau nak bantu minta OKU buta letak tangan pada bahu dan biarkan yang membantu jalan di depan.
‘Ini untuk memudahkan mereka meneruskan perjalanan dan bersedia dengan halangan yang ada di hadapan.
Jenis kurma antara yang selalu dipertimbangkan ketika membeli buah yang laris di bulan Ramadan ini.Terdapat pelbagai jenis kurma yang ada di pasaran, namun berikut...