Pintu Sejuk Tutup Tak Rapat Puncanya Getah Dah Expired. Boleh Tukar Sendiri Saja, Jimat RM100 Bayar Upah

Share

Peti sejuk bila dah lama guna akan timbul beberapa masalah. Salah satunya pintu peti sejuk tak rapat walaupun dah ditutup dengan betul.

Kadang-kadang ada yang terbuka sendiri. Punca pintu peti sejuk tak mahu tutup rapat ini adalah kerana getah di keliling pintu sudah rosak atau expired.

Ramai juga yang panggil tukang baiki untuk tukar tapi sebenarnya lagi jimat kalau kita tukar sendiri getah ini. Caranya dikongsi oleh Khairul Hafiz.

DIY tukar getah pintu peti sejuk yang expired

Kalau saya tak share benda ni, saya rasa bersalah pulak. Sebab bagi saya benda yang senang DIY wajib share untuk manfaat semua. Maklum lah, sekarang musim nak jimat.

Punca pintu peti sejuk tak rapat adalah sebab getah yang ada sekeliling pintu sudah expired. Cara pasang sangat mudah. Paling tidak boleh jimat 100 lebih utk upah pasang getah nie. Banyak jugak tu. Saya tunjukkan caranya satu demi satu.

1. Pastikan getah pintu peti sejuk anda memang betul expired. Tanda expired adalah getah dah tertanggal dari pintunya. Boleh beli getah untuk ganti melalui Shopee. Tapi sebelum pesan, chat dulu dengan seller untuk pastikan model dan jenis peti sejuk. Setiap pintu ukuran tak sama.

Klik SINI untuk link di Shopee

2. Inilah rupa getah yang dibeli.

Klik SINI untuk beli getah pintu peti sejuk.

3. Langkah pertama untuk cabut getah adalah dengan tarik dari penjuru atas macam dalam gambar. Tarik saja sampai getah tercabut. Jangan risau, nak repair ni tak perlu tool.

4. Ini keadaan getah yang asal.

5. Cara pasang getah yang baru pulak. Mulakan dari penjuru, tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Kemudian baru tekan tempat yang lain. Ini untuk elak getah terlebih saiz di bahagian penjuru. Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti.

5. Ok dah siap!

Semoga bermanfaat

Sumber: Khairul Hafiz.

Artikel berkaitan: DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-tiba Kurang Sejuk. Modal Cuma RM12

 

Published by
VK