Banyak kediaman sekarang menggunakan pintu sliding. Antara masalah selalu berlaku bila pintu ini dah lama digunakan adalah pintu sliding jadi tersekat dan susah untuk ditarik atau ditolak.
Bagi mengatasi masalah yang biasa dihadapi ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jason_jezi
di akaun Tik Tok miliknya. Mudah saja rupanya untuk betulkan.Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu sliding turun. Jadi lakukan perkara berikut;
1.Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
2.Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
3.Selain itu pintu sliding boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.
Untuk video penuh boleh tonton di SINI.
@jason_jezi##Pintu ##Slide sudah lama pakai mesti ada masalah susah tarik, senang saja cuba ni ##TikTokGuru ##jombelajar ##learnontiktok♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber
Semoga bermanfaat.
Sumber: Jason_jezi