“Durian belanda di rumah ni dah macam buah rambutan. Trip ni hampir 130 biji satu pokok. Usia 4 tahun.”
Perkongsian dari Nik Abdul Aziz ini menarik minat ramai yang punya hobi berkebun. Ditambah pula dengan gambar buah durian belanda yang lebat bergayutan.
Mana tidaknya ramai yang cuba tanam pokok yang banyak khasiat ini tapi selalu tak menjadi buahnya, rosak atau tak meriah hasilnya.
Memandangkan ramai yang bertanya tip, petua dan penjagaan pokok tersebut beliau berkongsi ilmu dengan semua.
Disebabkan ramai yang tanya diruangan komen, jadi saya buat satu posting khas di sini.
– Untuk pengetahuan, pokok ini tanam di tepi rumah, kawasan sawah padi. Jadi, banyak agen-agen pendebungaan seperti lebah & serangga kecil, termasuklah serangga perosak.
– Antara faktor buah yang banyak menjadi/melekat adalah disebabkan agen pendebungaan tadi, & adalah lebih baik jika pokok yang sama spesis (sama jenis) ditanam secara berpasangan.
– Kajian mendapati pokok yang ditanam secara berpasangan akan menghasilkan buah yg lebih berkualiti & hasil yg lebih tinggi, kerana pendebungaan silang berlaku dibawa oleh agen pendebungaan tadi.
– Untuk pokok seperti dalam gambar ini, saya melakukan pembajaan 3 minggu sekali untuk baja berunsur ( N ) atau urea, diselang seli dengan baja campuran berunsur N:P:K (10:15:17).
– Tak kisah ratio, asalkan unsur P&K lebih tinggi dari N. Unsur N lebih kepada tumbesaran pokok & daun, manakala P&K untuk pendebungaan & buah.
– Selain dari itu, kawalan racun serangga juga dilakukan (bila rajin). Lagipun pokok ni betul-betul tepi sawah padi, jadi racun serangga akan tempias juga pada pokok ini.
– Antara tip termahal, cuba anda lakukan cantasan/prunning pokok pada penghujung musim hujan sebelum ke musim panas, Insya-Allah bunga lebat akan keluar.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nik Abdul Aziz