Masalah nyamuk memang selalu kita hadapi, lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah. Bimbang kena demam denggi.
Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya.
Lagi satu cara untuk mengelakkan dan menghalau nyamuk adalah dengan menanam pokok Jeremin atau dipanggil pokok Halau Nyamuk. Ini cara semula jadi, tak guna kimia. Ada juga yang memanggilnya pokok Lima Jari.
Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Selain pokok jeremin ini, pokok berikut juga boleh ditanam untuk tujuan halau nyamuk.
1. Serai wangi
2. Pudina
3. Selasih/ Kemangi
4. Pokok Bunga Tahi Ayam
Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan ini juga tidak disukai oleh nyamuk.
Sumber: Anim Hosnan