Ramai yang tanam pokok kunyit di rumah. Jika tanam dalam pasu dan pokok dah besar, elok juga jika dikeluarkan untuk biakkan supanya dapat lebih dari satu pokok.
Cara untuk biakkan pokok kunyit boleh ikut perkongsian Mohd Amri.
1. Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
2. Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
3. Lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
4. Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
4. Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
5. Untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mohd Amri