Pokok sayur bayam tanaman yang boleh diusahakan buat mereka yang mahu hasil yang cepat. Bayam ini boleh dituai lebih kurang sebulan saja selepas ia disemai.

Selain itu cara penjagaannya agak mudah tapi cuma kena pastikan bayam ini ditanam dengan cara yang tepat agar pertumbuhannya cepat.

Dikongsi oleh Cikgu Kebun atau Mohd Syafiq Khasasi.

Ilmu pokok bayam, sayur paling mudah hidup

Pokok Sayur Bayam Paling Mudah Hidup & Cepat Bercambah. Tapi Cara Tanam Kenalah Betul

Ads

Biji benih sayur bayam, walaupun dia jenis halus tetapi percambahan dia sangat cepat.

Selalunya semasa semaian biji benih bayam, CK akan terus tabur bersama pasir sungai, maksudnya kita perlu buat bancuhan benih bayam bersama pasir sungai dengan bancuhan satu tudung air mineral benih bayam, dicampur dengan 10- 15 genggam pasir sungai.

Proses ini di dilakukan untuk tujuan memberi penjarangan yang terbaik semasa pertumbuhan pokok bayam membesar.

Ads

Jika kita tanam terlalu rapat, anak pokok bayam akan tumbuh dan berlaku persaingan ruang, cahaya, air serta baja ia akan menyebabkan pokok bayam jadi kurus atau terbantut.

Tanah 6 in 1 cukup untuk pertumbuhan pokok bayam dan ditambah sedikit baja organik seperti baja wangi atau baja kopi untuk purtumbuhan pokok yang sihat.

Serangan serangga serta penyakit sangat kurang pada pokok bayam, jadi kita tidak perlu buat kawalan yang kerap. Hanya perlu sembur dengan daun semambu atau cuka kayu sudah cukup untuk membasmi masalah pokok
bayam.

Ads

Khasiat pokok bayam cukup banyak, salah satunya dia memberi zat pada tulang dan sendi.

Sumber: Gardening By Cikgu Kebun

Info ekstra dari VK

Tip untuk dapatkan bayam yang manis, tanam pokok di lokasi yang hanya kena sedikit cahaya matahari contoh di tepi rumah. Elak tanam di lokasi cahaya penuh atau tengah panas.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI