Sayur terung antara yang mudah dan selalu ditanam di sekeliling rumah. Nak tanam dalam pasu pun boleh saja.
Tapi walaupun dah berjaya tanam dan subur sering kali juga berlaku, pokok terung berbunga namun asyik gugur, tak lekat dan tak jadi buah.
Sekiranya pokok terung jadi begini perkongsian Rose Aida Salleh ini boleh membantu supaya bunga lekat dan jadi buah.
Teknik pendebungaan manual pokok terung, jika bunga tak lekat jadi buah
Tip untuk yang tanam terung dan berbunga tapi bunga asyik gugur, tak menjadi buah. Cara yang saya tunjuk ini ialah teknik pendebungaan manual terutama untuk kawasan rumah yang tiada serangga untuk proses pendebungaan.
1. Ambil cotton bud, perlahan-lahan sapu pada kelopak kuning dan terus ke stigma hijau kecil yang ditanda dengan garisan hitam.
Ads
2. Sekiranya pendebungaan berjaya, bunga akan mengecut seperti ini selepas beberapa hari.
Ads
3. Buah pula akan mula keluar beberapa hari kemudian.
Ads
Untuk lebih jelas, boleh juga lihat video ini juga.
Bila nak beli sayur bendi di kedai ramai yang frust sebab banyak yang patah di hujungnya gara-gara memilih bendi muda.
Sebenarnya tak perlu pun kita patah hujung sayur ini untuk memilih bendi muda sampai marah tauke kedai. Ada lagi cara lain yang lagi mudah boleh digunakan untuk memilih bendi muda.
Caranya hanya lihat di bahagian tangkai bendi saja. Tip ini dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Cara pilih bendi muda tanpa patahkan hujung
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah. Saya pun tunjukkan cara mudah;
Bendi boleh kita kelaskan kepada 5 tahap
1. Sangat Muda
Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
2. Muda
Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
3. Tua
Bendi tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
4. Sangat Tua
Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
Kesimpulannya memang senang sangat nak tahu bendi muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua.
Masak kengsom memang tak dinafikan sedap. Walaupun rasanya masam-masam pedas namun ia tetap sedap dihirup. Kalau kuah pekat memang boleh tersedak dibuatnya.
Cuma kebiasaannya kita akan buat kengsom ikan tapi jika nak gantikan dengan ayam pun boleh. Cara membuatnya pun lebih kurang sama cuma ditukar lauknya saja. Paling penting sedapnya sama saja.
Kalau tak pernah cuba boleh buat untuk buka puasa nanti.
Cara Buat Kengsom Ayam
Bahan-bahan
Ayam -dipotong kecil
Kangkung -dipotong
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Lengkuas -diketuk
Serai -diketuk
Bahan kisar
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi hijau
Cili merah
Cara memasak
Tumis bahan kisar bersama lengkuas dan serai yang diketuk hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, dan reneh hingga ayam separuh masak.
3. Selepas itu masukkan air dan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tambah apa yang kurang agar ada rasa masam manis dan pedas.
4. Selepas ayam masak, masukkan kangkung. Bila sayur lembut tutup api, sedia dihidangkan.
Tip: Selain kangkung boleh juga masukkan nenas. Lagi sedap rasanya. Jika mahu kuah pekat, kisar sekali nenas dengan bahan kisar.
Pokok kari memang selalu ditanam di sekitar rumah. Cara nak tanam pun mudah, cantas ranting dan cucuk dalam tanah, bercambahlah pokok kari nanti.
Tapi yang jadi masalah bila dah tumbuh tak mahu pula membesar, daun pun tak banyak hingga tak sampai hati nak petik.
Selalunya masalah ini dihadapi kalau pokok kari ditanam dalam bekas atau pun pasu. Sekiranya pokok kari dah lama ditanam tapi tak juga membesar boleh praktikkan cara ini.
1. Jika pokok kari ditanam dalam bekas yang kecil sebaiknya keluarkan dan alih ke dalam pasu yang lebih besar dan tinggi. Lebih elok tanam terus ke tanam kerana akarnya panjang.
2. Sekiranya mahu dialih ke dalam pasu yang lebih besar boleh gunakan campuran media o 2+1+1 (tanah hitam/gambut + pasir + kompos/tahi kambing).
3. Sekiranya pokok kari tak rimbun, petik pucuknya supaya ia mengeluarkan tunas dan cabang baru. Jangan sayang untuk petik daunnya.
4. Boleh juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemydian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
5. Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...