Pop Corn Caramel, Kudapan Paling Senang Nak Buat. Jimat Pun Ya!

Share

 

Hujung minggu bila duduk di rumah, mulut sentiasa nak mengunyah. Jadi eloklah sediakan siap-siap.

Paling mudah buat pop corn caramel. Nak nampak lagi menarik letak warna.

Boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Cik Hayfa Zhufairah

Buat sendiri pop corn caramel

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bertih jagung
Minyak masak
Gula
Butter
Pewarna masakan

Sebelum masak pastikan pilih bertih jagung yang elok, bertih yang kempis asingkan atau buang. Bertih jagung ini ada jual di supermarket. Boleh tanya pekerja kedai kalau tak tahu. Jangan beli bertih jagung untuk ayam pulak ya.

1. Letak minyak dalam periuk atau kuali besar. Kalau baru nak cuba, letak sikit dulu.

Tutup periuk. Sambil itu akan dengar bunyi pop dari bertih jagung menandakan ia sedang masak. Biarkan bertih masak sepenuhnya, tunggu sampai bunyi tadi hilang.

2. Dah menjadi pop corn kita

3. Untuk buat karamel, dalam kuali satukan mentega, gula dan pewarna. Kacau sentiasa gna api sederhana.

Boleh juga guna marjerin, warna terpulang ikut cita rasa. Seeloknya guna kuali besar supaya senang nak kacau tak tumpah.

4. Bila mentega, gula dah cair, masukkan pop corn tadi. Gaul rata. Siap.

Sebungkus bertih jagung dapat 3 talam pop corn. Banyak kan. Puas hati buat sendiri.

6. Biarkan sejuk, karamel akan keras sejuk kemudian masuk dalam bekas kedap udara.

Sumber: Cik Hayfa Zhufairah

Published by
VK