
Popia cheese ini memang jajan sedap. Makan sambil tengok tv memang sekejap saja licin.
Sebab itu kita tak kisah keluarkan duit lebih kurang RM15 sebalang untuk beli walaupun hakikatnya cara nak buat popia cheese ini sangatlah mudah.
Guna 3 bahan saja dan step nak buat juga ringkas saja. Kalau nak buat boleh ikut cara yang dikongsi Farhana Ismail.
Popia Cheese Rangup Krup Krap
Bahan bahan:
1 pek popia
Serbuk cheese
Serbuk cili
Gula
Cara membuat:
- Gunting kulit popia dan dicarik carik.
2. Kisar kering 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili. Ketepikan.
3. Goreng popia hingga keperangan dan toskan.
4. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi, taburkan bahan yang dikisar dan goncang supaya popia goreng rata dengan serbuk cheese tadi.
5. Dah rata bolehlah dimakan terus depan tv.
Selamat mencuba!
Sumber: Farhana Ismail
DIY Divider Versi Bajet Untuk Tutup Ruang Dapur. Buat Dari Paip Saja!

Isi Kandungan
ToggleKebanyakan rumah sekarang dari ruang tamu lagi sudah nampak dapur. Meskipun begitu ramai yang tak selesa begini dan akan buat ubah suai untuk tutup sedikit bahagian dapur dan ruang makan.
Selalunya kos ubah suai memakan belanja yang besar. Tapi bagi yang ada bajet namun tak banyak atau nak jimat boleh usahakan buat idea divider ruang seperti yang dikongsi oleh Safuan Zulkifli.
Buat divider dari pair saja atau lebih tepat paip untuk kegunaan hidroponik (UPVC)! Bila dah balut dengan wall sticker, hasilnya memang menarik. Paling penting dapat lindung ruang yang dikehendaki.
Divider ruang dari paip!
Column divider untuk golongan marhaen macam saya! Cara pemasangan, gambar detail pemasangan dan supplier barang seperti di bawah.
DIY bajet
Guna 2×4 UPVC pipe. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ini, kita wrap dengan wall sticker. Kos barang untuk siapkan 20 batang column divider ni dalam RM966.
RM 640
– 60 meter UPVC Pipe, jointer dan end cap (saya beli cash n carry dari MYC Hydroponic Farm di Bandar Rimbayu. Dalam shopee ada juga dijual. Search ‘hydroponic tube’ dan beli tube yang belum dilubangkan).
Ini jointer extention/socket
RM 208
– 30 meter wallpaper/wall sticker (saya beli dari shopee). Wall sticker ada lebih dalam 10 meter lagi sebab plan asal nak wrap column end to end. Tapi cantik pulak bila atas warna lain dan bawah warna lain.
Selebihnya kos untuk tools; drill bit, glue, xbond, etc.
Cara pemasangan
Secara ringkasnya, cara pemasangan bagi projek diy ini dalah seperti berikut:
1. Ini end cap. 1/3 end cap tu perlu dipotong.
2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.
3. Masukkan wallplug.
4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtraseal xbond.
Bahagian atas
5. Skrukan end cap tersebut.
6. Letak pvc glue pada both end cap.
7. Then slot in column divider tu dalam end cap.
8. Pasangkan semula 1/3 end cap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan pvc glue.
9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.
10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.
Jadilah dapat siapkan column divider macam ni daripada tukang amatur yang tak bertauliah.
Gambar sebelum pasang
Sila ambil maklum bahawa material jenis ini tidaklah sekukuh solid wood tapi ianya tetap serve its purpose as space divider. Berpada dengan kos barang dan statusnya sebagai ‘divider bajet’.
Selamat mencuba!
Sumber: Safuan Zulkifli
Kereta Rosak Tengah Jalan, Ini Cara Untuk Dapatkan Khidmat Towing Percuma

Kereta rosak di tengah jalan atau tengah highway yang sibuk? Bagi yang pertama kali mengalaminya pasti akan panik.
Kalau kereta rosak hingga tak boleh bergerak, jawabnya memang kena panggil lori towing atau kereta tunda. Tapi khidmat ini biasanya mahal, makan beratus-ratus ringgit juga, nak baiki kereta lagi! Duduk tepi jalan pun boleh pening kepala dibuatnya memikir duit yang akan melayang.
Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluarkan duit untuk menggunakan perkhidmatan towing ini. Ada saja yang percuma dan cara tersebut dikongsi oleh Farhan.com melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya sekiranya kereta rosak di tengah jalan berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan khidmat towing percuma.
Dalam pada itu beliau juga berkongsi langkah selamat yang perlu dilakukan sementara menunggu lori towing tiba.
Kereta rosak tengah jalan, ini cara panggil towing percuma
1. Berhenti di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan bonet belakang. Letak juga segi tiga kecemasan di belakang kereta .
2. Kemudian lihat bahagian belakang road tax, ambil nombor telefon insuran yang tertera.
3. Cari tempat yang selamat dan hubungi nombor telefon insuran tadi. Mereka akan bertanya bebeberapa soalan sebelum menghantar lori towing dan ervis ini adalah percuma.
@farqhan.com #jombelajar #tiktokguru #learnontiktok #courierhub ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto
Tambah Farhan lagi semasa menunggu lori towing pastikan kita tidak duduk di dalam, di depan atau di belakang kereta yang diletakkan di lorong kecemasan. Ia untuk mengelakkan risiko dirempuh oleh kenderaan lain. Sebaiknya cari tempat selamat jauh sedikit dari kereta untuk menunggu.
Semoga bermanfaat
Sumber: Farhan.com
Cara Paling Senang Buat Puff Sardin. Guna Kulit Pastri Segera Saja, Hasilnya Rangup Sungguh

Nak buat karipap sardin, tapi malas pula nak menguli tepung. Kalau macam tu buat saja puff sardin perkongsian Mastura Razali.
Ini cara paling ringkas dan senang, guna kulit pastri segera, dan hasilnya memang rangup. Cara membuatnya ada dikongsi boleh beliau.
Lagi mudah kalau mak-mak dapat Khind 3.5L Air Fryer semua menu di hujung jarikan, harga pun tak mahal sangat.
Puff sardin paling senang
Puff sardin untuk minum petang, resepi paling simple dan senang untuk dibuat. Guna kulit pastri segera.
Bahan utama cuma kulit pastry dan sardin. Bahan sampingan bawang dan cili untuk masak sardin dan sebiji kuning telur untuk disapu atas pastri.
Cara membuat:
1.Hancurkan sardin, tumis bawang putih, bawang holland, dan cili, sampai garing. Kemudian masukkan sardin dan masak sampai agak kering. Perasakan dengan garam gula secukupnya. Siap.
2.Ini kulit pastri yang digunakan, saiz kecil ada 10 keping. Letak inti di sebelah, dan sebelah lagi buat beberapa torehan.
3.Lipat hingga menutupi semua inti dan tekan bahagian tepi dengan garfu.
4.Sapu kuning telur atas pastry dan daun parsley (jika suka).
6. Sedia untuk dibakar, bakar suhu 200 darjah selama 20 minit api atas bawah.
Siap hidangan petang yang senang.
Boleh juga dibakar menggunakan air fryer. Selamat mencuba.
Sumber: Mastura Razali.