
Ramai yang tanam serai dalam pasu di sekitar rumah. Hidup memang hidup tapi yang membezakan ialah antara serai hidup subur dan gemuk atau pun kurus saja.
Jika ada menanam serai dalam pasu berikut ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan supaya serai gemuk dan subur merimbun.
1. Bila tanam serai dalam pasu pastikan siram secukupnya paling tidak 2 hari sekali. Sesekali siram serai dengan air beras atau air basuhan ikan (sedikit saja).
2. Tanah dalam pasu perlu digemburkan kerana akar serai cepat penuh. Apabila nampak akar naik di permukaan tukar ke pasu yang lebih besar.
3. Bila serai sudah besar dan gemuk, jangan sayang untuk tuai. Kena potong atau tuai jika tidak, serai akan kecut. Tambah tanah juga.

5. Buang daun-daun yang sudah kering dan tak berfungsi. Trim daun tapi jangan terlalu pendek, harus ada banyak bahagian daun hijau untuk proses fotosintesis.
6. Letak pasu atas tanah supaya akar boleh keluar menjalar mencari air jika penuh.

DIY Racun Hapus Rumput Liar Degil Sekitar Rumah. Guna 5 Bahan Murah Saja, 6 Hari Semua Lenyap

Selalu di halaman rumah mesti ada rumput liar yang tumbuh celah rekahan simen atau celah bata. Malah tepi-tepi dinding pun ada juga. Kalau kawasannya lembap lagi cepat tumbuh. Walau dah dicabut, sekejap saja akan tumbuh semula.
Bagi mengelakkan rumput liar ‘degil’ ini muncul silih berganti kita boleh saja buat sendiri racun rumput. Hanya bancuh 5 bahan murah yang memang ada di rumah untuk buat racun ini.
Hasilnya 6 hari lepas sembur racun ini, lenyap rumput liar ini. Dah sebulan pun masih clear. Dikongsi oleh Hamidah Saad, ini caranya.
1. Sediakan bahan-bahan berikut
3 sudu garam kasar
Cecair pencuci pinggan Sunlight
6 biji ragi
Sabun serbuk
500ml air
Peralatan;
Bekas penyembur
Corong
Baldi kecil
Sudu
2. Masukkan 500ml air dalam baldi kemudian masukkan 6 biji ragi. Hancurkan guna tangan.
3. Hasil selepas ragi hancur.
4. Kemudian masukkan 1/2 skop Sunlight, sabun serbuk 1 skop bersama garam kasar ke baldi. 5. Kacau sebati.
6. Gunakan corong masukkan bancuhan dalam botol spray.
7. Spray pada rumput-rumput liar yang tumbuh di celah batu atau rekahan simen sekitar rumah.
8. Selepas 6 hari rumput akan lenyap malah lepas sebulan pun masih bertahan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Hamidah Saad
Habuk Dalam Cili Kering Bahaya, Kalau Jumpa Sila Buang! Ia Dari Kulat Tinggi Toksin

Isi Kandungan
ToggleHabuk dalam cili kering selalu kita jumpa bila gunting cili sebelum dikisar. Kita anggap itu biasa, tapi sebenarnya ia adalah spora kulat/ fungi yang berbahaya.
Kalau jumpa, jangan guna sebaliknya buang saja. Habuk ini berasal dari fungi jenis aflatoxins yang sangat tinggi toksin dan boleh jadi penyebab penyakit kanser.
Perkara ini dijelaskan oleh Syifa’ Ul-hanani dalam satu perkongsian beliau. Berikut adalah penjelasan tentang bahaya habuk dalam cili kering yang wajib kita ketahui.
Habuk dalam cili kering bahaya!
“Cili kering biasa kalau penuh kulat berhabuk macam tu. Basuh je la nanti hilang, boleh je guna. Selama ni saya guna okay je.”
Ni ayat biasa orang awam yang belum tahu. It is okay. Jom sama-sama kita belajar👌
Ada sebab kenapa saya terangkan pasal fungi dulu, hujung-hujung baru masuk pasal cili kering. Siapa yang dapat point tu dia bijak.
Secara ringkasnya dari post di atas, habuk yang kita nampak/cendawan yang kita nampak tu hanya bahagian reproduktif/pembiakan dia. Kalau pokok macam bunga la. Pokok tu sendiri kita panggil vegetatif (mycelia bagi fungi).
Kalau higher fungi, dia ada fruiting body iaitu cendawan dan dalam cendawan tersebut ada spora seperti debunga atau benih. Tapi untuk lower fungi ia hanya menghasilkan spora sahaja.
Sebelum menghasilkan spora, tidak kiralah higher atau lower fungi, ia perlu capai tempoh matang dahulu bersama dengan keperluan hidup serta keadaan yang optimum. Maksudnya apa? Sebelum keluar spora tu kulat tu dah ada, mycelia merebak di seluruh cili kering ibarat sawang labah-labah yang membungkusi cili kering. Tapi ini lagi ekstreme, dia berlaku dari dalam, pada pringkat sel cili kering.
Ataupun lebih ringkas lagi, yang kita nampak itu rumput saja tapi akar yang merebak bawah tanah kita tak tahu sampai mana. Jadi kalau kita cabut rumput, adakah dia takde? Tak… ia akan tumbuh lagi kerana bawah tanah penuh dengan sulur dan akar rumput. Faham?
So dekat sini, kalau bersihkan spora fungi yang ada di cili kering pun tak guna, sebab dalam sel cili kering itu sendiri dah ada mycelia yang seperti akar.

Fungi kategori sangat toksik, kena buang kalau dapat
Jadi betul ke berbahaya kulat pada cili kering tu? Yes!
Fungi yang ada pada cili kering adalah jenis Aspergillus sp. Dan majoritinya adalah Aspergillus section Flavi. Fungi ni adalah jenis fungi yang menghasilkan aflatoxins ampuh kategori sangat toxic (highly toxigenic).
Aflatoxins adalah bahan yang hepatocarcinogenic metabolit iaitu ejen penyebab kanser hati. Ada 4 jenis aflatoxins dan yang paling toksik adalah B1 yang dihasilkan oleh Aspergillus, fungi cili kering.
Aflatoxin ini bahaya untuk manusia dan haiwan. Bukan cili kering saja hasil pertanian yang selalu ditumbuhi dengan Aspergillus. Oleh itu beberapa negara di dunia buat regulasi bagi menentukan limit aflatoxin yang dibenarkan dalam makanan contohnya US, 20microgram/kg. Barulah ia dibenarkan untuk dijual. Kalau tak? Petani terpaksa buang macam tu je la hasil pertanian mereka.
Tapi, masa beli cili kering Aspergillus tak nampakpun tiba-tiba kita balik rumah perap cili dalam almari dan bila nak masak tengok dah berkembang biak dia. Masa gunting berhabuk teruk. Sebabnya, keadaan tempat simpan sangat kondusif. Lembap, gelap, sunyi, suhu pun sesuai?
So bila dah macam tu, of course la dah lebih limit selamat 20 microgram/kg yang selamat kita makan. 100-1000x dos asal. So apa yang perlu dibuat kalau cilinya macam tu? Buang! Jangan sayang sangat. Kesihatan lagi penting.
Tak kena kanser sekarang belum tentu takkan kena nanti. Lagipun kanser bukannya kita makan karsinogen hari ni, esok terus kena kan.
Fakta perlu tahu
Ni fakta yang korang patut tahu dan ingat sebelum rasa sayangnya cili kena buang.
1. Pemakanan cili yang tercemar dengan aflatoksin di kawasan pengeluar cili besar dikaitkan dengan kanser hempedu di Bolivia, Chile dan Peru (Asai et al., 2014; Nogueira et al., 2015).
2. Keimunan badan jadi lemah, senang kena penyakit(Turner et al., 2003).
3. Pertumbuhan dan perkembangan terbantut bagi kanak-kanak (Khlangwiset et al., 2011).
4. Boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan hati, sirosis yang diikuti dengan kematian (Liu and Wu, 2010).
Saya malas nak buat reference. So kalau nak baca detail, sila tekan link untuk baca journal dari Science Direct oleh Singh & Cotty, 2019 dan boleh google sendiri paper lain kalau nak tahu lanjut
https://doi.org/10.1016/j.ijfoodmicro.2018.08.025
Nota Tambahan
Kalau nak beli cili bulat tiada masalah. Boleh guna kaeadah di bawah:
- Lepas beli buka plastik dan jemur bawah matahari sampai kering garing. Elok belah memanjang dulu. Baru boleh simpan dalam bekas kedap udara. Boleh letak dessicant (macam dalam kotak kasut tu)
- Masukkan dalam peti ais/freezer. Nak guna baru keluarkan.
- Beli sikit-sikit, terus masak.
- Proses terus lepas beli kemudian bekukan pes tadi.
Sumber: Syifa’ Ul-hanani
Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol

Biasanya seterika di rumah kita mesti akan ada kesan hitam yang terjadi akibat baju hangus ketika menggosok.
Ia boleh menyebabkan kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.
Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.
Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok Panadol pada seterika
- Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.
3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam.
4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.
Hasilnya, dah bersih!
Selamat mencuba!
Sumber: Achai Wong