Praktik Tip Ini Jika Tanam Serai Dalam Pasu Supaya Subur Merimbun & Gemuk

Share

Ramai yang tanam serai dalam pasu di sekitar rumah. Hidup memang hidup tapi yang membezakan ialah antara serai hidup subur dan gemuk atau pun kurus saja.

Jika ada menanam serai dalam pasu berikut ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan supaya serai gemuk dan subur merimbun.

1. Bila tanam serai dalam pasu pastikan siram secukupnya paling tidak 2 hari sekali. Sesekali siram serai dengan air beras atau air basuhan ikan (sedikit saja).

2. Tanah dalam pasu perlu digemburkan kerana akar serai cepat penuh. Apabila nampak akar naik di permukaan tukar ke pasu yang lebih besar.

3. Bila serai sudah besar dan gemuk, jangan sayang untuk tuai. Kena potong atau tuai jika tidak, serai akan kecut. Tambah tanah juga.

Foto: Ardi Tani
4. Anak serai yang ada boleh alih ke pasu lain supaya batang serai yang membesar tumbuh dengan mudah dah gemuk.

5. Buang daun-daun yang sudah kering dan tak berfungsi. Trim daun tapi jangan terlalu pendek, harus ada banyak bahagian daun hijau untuk proses fotosintesis.

6. Letak pasu atas tanah supaya akar boleh keluar menjalar mencari air jika penuh.

Foto: Ardi Tani
Sumber: Ardi TaniImmah Ieym

 

Published by
VK