Bukan semua orang mampu untuk menyertai sesi latihan dengan ada jurulatih peribadi. Apatah lagi golongan pelajar. Dengan bajet kewangan terhad, namun hendak cuba mengamalkan diet dengan tunjuk ajar daripada mereka yang pakar.
Menyedari kekangan golongan pelajar, jurulatih pelangsingan, Coach Fatin Najwa telah memberikan 10 tip diet paling berkesan untuk golongan pelajar melalui instagramnya.
TIPS DIET UNTUK STUDENTS. TIPS NO 9 PALING BERKESAN SEKALI! . “Saya students takde duit nak register yuran program coaching tapi saya nak kurus.. boleh bagi tips tak?” . Nahhh 10 tips terus saya bagi! ? Saya dulu mula diet untuk turunkan 12kg pun masa saya masih lagi seorang student tau. So saya faham sangat masalah students ni. Cuba follow 10 tips ni dulu.. amalkan secara konsisten.. insyaAllah ada hasil yang bagus nanti ?? . Jangan lupa tag kawan2 korang ajak dorang sama2 diet nak turun berat sekali. Takde la nanti dia asyik ajak korang makan megi je malam2 atau ajak study group sambil makan biskut cicah milo ? . Kalau nak tau, setiap bulan mesti akan ada je peserta yang join coaching program #getfitnowonline ni di kalangan student. Dan setiap musim pun mesti ada student yang akan berjaya jadi top biggest losers dalam group. Congrats adik2!!! You can do it kalau buang semua excuse kan? ?♥️ . #studentmalaysia #uitmdihatiku #uitmshahalam #uitmpuncakalam #uiabest #uiagombak #uiakuantan #universitimalaya #studentipta #kolejmara #studentslife #instafamous #instafamousmalaysia #sayanakkurus #dietcepat#kuruscepat #turun5kgsebulan #turun10kg #jomkurus #onlinecoaching #coachkurus #coachkurusonline #coachturunberat #mealplan #ukm #uitmpuncakalam #deanslist #medicstudent #engineeringstudents
2.Sediakan healthy snacks yang simple dan tak perlu masak seperti roti, wholemeal & peanut butter tanpa gula @ kekacang roasted @ epal. Elak snack biskut cicah milo.
3.Jangan makan maggi. Jenuh nak kurus kalau selalu makan maggi tau.
Ads
4.Sediakan botol air 2L dan bawa ke kelas untuk senang nak minum air kosong.
5.Jangan suka tido lambat. Nak study ke, nak buat keje ke, better bangun pagi dari tido lambat. Tido lambat buat susah turun berat.
6.Jangan dating kat kedai makan. Sama-sama makan banyak, terlebih bahagia, dua-dua gemok #mohonclash
Ads
7.Pastikan ada penimbang berat sendiri. Mudah keep track berat weekly. Penimbang public / tukar-tukar penimbang, bacaan tak tepat.
8.Jangan tinggal snacking pagi & petang. Nanti korang lapar, end up makan banyak. Jangan snackkeropok lekor atau kuih-kuih. Refer tip no 2.
9.Cari kawan yang nak turun berat gak & ajak dia exercise dan diet sama-sama. Lagi senang diet bila ada member diet sekali.
10.Tag kawan-kawan kat post ni untuk ajak dorang diet nak kurus sekali. Lagi cepat kurus kalau korang & kawan korang follow tip kat ig @coachfatinnajwa
Peha besar. Ini antara masalah ramai wanita sekarang. Malah ada yang berdepan bentuk badan tak seimbang bila bahagian peha lebih besar daripada tubuh bahagian atas.
Tapi paling tidak seronok adalah kesukaran mencari saiz seluar yang boleh memuatkan bahagian kaki yang besar memandangkan kebanyakan potongan seluar ketika ini kecil-kecil belaka.
Agar lemak di bahagian peha tak terus bertambah ada baiknya anda melakukan gerakan ini sebelum tidur. Menariknya ia hanya memerlukan masa tiga minit ia boleh membantu melunturkan lemak-lemak di peha.
1. Gerakan V-Stretch
Cukup mudah melakukan gerakan regangan ini. Duduk di lantai dan buka kaki seluasnya ke sisi. Tegakkan tubuh kemudian bongkokkan ke arah kaki kiri dengan dua tangan menarik jari-jari kaki kiri. Tahan selama 5-15 saat dan lakukan sebanyak lapan kali.
Ulang gerakan yang sama untuk kaki kanan.
2. Angkat Kedua Kaki ke Atas
Dalam keadaan berbaring, angkat kedua kaki ke atas. Kedua tangan berada di sisi menekan lantai. Kemudian, lakukan gerakan seperti dalam gambar di bawah ini.
Bengkok kedua kaki ke dada, angkat ke atas, hayunkan lalu kembali ke posisi asal semula. Ulangi 8 kali.
3. Gerakan Superman Terbang
Posisikan tubuh dalam keadaan menelangkup di lantai. Kemudian regangkan kedua tangan ke depan sejauh mungkin.
Angkat tangan kiri dan kaki kanan pada masa yang sama. Tahan selama 3-4 saat. Ulangi pada tangan kanan dan kaki kiri. Ulangi 5 kali.
Jadikan gerakan ini sebagai rutin setiap malam sebelum tidur jika mahu melihat hasilnya. Jangan hanya seminggu kemudian berharap peha akan kecil langsing.
Baru-baru ini tersebar di laman sosial satu post yang menulis tentang cara mandi yang selalu kita amalkan iaitu menjirus air mula dari kepala boleh menyebabkan strok.
Post tersebut mendapat banyak perkongsian dan rata-rata mempercayainya. Namun adakah perkara ini benar. Facebook Root of Science yang terdiri daripada ahli perubatan telah mengupas perkara ini.
Untuk dapatkan tubuh badan kurus langsing ketika ini ada banyak jenis diet yang boleh diikuti. Tapi walau banyak pilihan ramai saja yang gagal meneruskan misi kurus kerana berasa sukar.
Ha…sebenarnya ada saja kaedah diet paling mudah untuk turunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak pula membahayakan. Caranya ikut kaedah diet air putih.
Ya jangan tak percaya! Dengan mengatur waktu minum air putih dan mengikut panduan yang diberikan berat badan boleh turun dengan cara yang lebih sihat.
1. Sebaik bangun daripada tidur pastikan minum air putih segelas. Ia baik untuk kesihatan selain membantu membuang lemak dari tubuh.
2. Sebelum dan selepas makan minum air putih paling tidak 2 gelas. Ia akan membuat perut kita kenyang dan tak makan terlalu banyak.
3. Minum lebih dari 4 liter air sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh.
4. Ganti minuman teh atau kopi mahu pun air manis lain dengan air putih. Lupakan terus.
5. Air putih dan hirisan lemon atau buah-buahan lain juga membantu menurunkan berat badan secara alami.
6. Jika mahu kesan lebih cepat kena lakukan senaman dan imbangi dengan minum air yang banyak.
Walaupun dah minum banyak air putih, makan pun kenalah kawal juga. Kalau makan tetap dua pinggan nasi tetap susah nak kurus juga ya.
Bekas plastik macam ni mesti banyak di rumah kita. Kadang-kadang bila banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.Bagi yang suka bercucuk...