Kalau ada anak kecil kat rumah, memang dinding jarang yang bersih. Mesti akan ada hasil kreativiti mereka pada dinding rumah. Kalau tak ruang tamu, mungkin di dinding dalam bilik, mesti ada punya.
Jika dah banyak sangat sentuhan ini memang akan sakit mata dibuatnya, jadi eloklah dibersihkan. Selalunya bila dah banyak karya di dinding kita cat saja semula. Tapi kalau dinding pun baru cat dan dah ada contengan takkan nak cat lagi kan. Kita bersihkan sajalah dinding ni.
Cara nak bersihkan kesan pen, pensil crayon ini pun mudah saja kalau tahu produk yang sesuai digunakan. Caranya dikongsi oleh Nur Adiba Hassan.
Projek bersih dinding hasil kerja tangan anak soleh
Projek malam ni, hilangkan hasil tangan anak bijak soleh dan solehah di dinding.
Ads
Bahan
1. Cecair krim pencuci Cif (klik SINI untuk beli online)
2. Berus span hijau (tak tau ape nama)
3. Air
4. Tuala
Ads
Langkah demi langkah
1. Letak sikit Cif atas berus span yang dibasahkan. Gosok bekas contengan.
Ads
2. Kemudian lap dengan kain basah bersih. Pastikan kain dibilas bersih supaya tak bertompok-tompok.
3.Hasilnya, dapatlah hilangkan kesan pensil, crayon. Cubalah.
Frozenkan buah? Selalunya ruang sejuk beku peti ais kita akan dipenuhi dengan ikan dan ayam selain halia, lengkuas, serai bunga kantan, daun bawang, dan sebagainya.
Jarang kita dengar kan orang frozen kan buah, tapi perkara ini sudah dipraktikkan oleh Noor Hafiza Mohamad sejak 6 tahun lalu.
Kongsi beliau tip frozen buah ini diperoleh daripada seorang rakan yang juga merupakan pegawai teknologi makanan. Cara ini katanya bukan saja membolehkan buah tahan lama, malah ada yang lebih sedap bila disejuk beku.
“Kalau dulu saya biasa simpan beku ikan dan daging. Beberapa tahun lepas kita dapat ilmu bekukan herba masakan pula. Serai, halia, lengkuas, kantan, kesum, daun bawang, lobak merah dan banyak lagi.
“Enam tahun lepas saya dapat tip frozen buah dari kawan seorang pegawai teknologi makanan. Saya tak buat waktu sebab peti saya kecik. Sejak balik menetap di kampung, barulah saya apply cara itu sebab dapat banyak sangat buah-buahan dari orang tua, jiran dan saudara mara,”katanya.
Buah yang sesuai dan sedap bila frozen
Kongsi Noor Hafiza lagi daripada sebuah peti sejuk untuk sejuk bekukan bahan makanan dia menambah kepada deep freezer 100 liter untuk diisi bahan makanan sejuk beku ini.
“Saya pun dah mula tanam sendiri, tetap juga petik dan simpan di peti sejuk. Kadang malas juga nak ke belakang rumah petik daun pandan/serai/lengkuas. Faham-faham lah orang perempuan nak keluar laman rumah pun kena sauk baju cardigan dan tudung,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau turut berkongsi beberapa jenis buah yang bukan saja sesuai malah sedap jika disejukkan beku.
“Selain nanas, buah naga, nangka, tembikai potong juga boleh disejuk beku. Untuk bekukan pisang, boleh tabur gula untuk elak jadi lebam.
Ujarnya sebaiknya buah-buahan dan sayuran yang hendak disejuk bekukan ini dibasuh bersih terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan dan dimakan.
Dalam pada itu ada juga perkongsian dari netizen di ruangan komen.
“Rambutan boleh buang kulit letak dalam bekas dan simpan. Buah mangga, kuinin, macang boleh potong siap-siap untuk disejuk bekukan. Buah dokong pun boleh. Bila anak-anak balik bercuti, semua boleh makan buah-buahan ini tanpa tunggu musimnya.
“Selain itu buah strawberi juga enak bila disejuk bekukan. Rasa macam makan aiskrim.”
Rasa nak masak kari, ambik saja daunnya dari pasu. Kan senang, itulah kelebihan kalau tanam sendiri pokok kari. Tak perlu susah-susah pergi kedai.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari. (Contoh dalam gambar)
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Kari mamak memang tak guna santan tapi tetap sedap dan buat kita ketagih nak makan selalu. Daripada kerap ke kedai mamak, elok juga kalau kita belajar buat sendiri.
Boleh ikut tip dan juga resipi perkongsian Ida Zairi ini. Menurutnya resipi ini digunakan oleh peniaga nasi kandar popular Pulau Pinang.
Kali kedua cuba resepi kari Mamak tanpa santan. Resipi ini diberikan oleh oleh mamak nasik kandar pokok ketapang satu ketika dulu.
TIP:
Santan digantikan dengan beras yg disangai & ditumbuk. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan beri rasa lemak. Kena cuba baru tau. Mesti makan smpai menjilat pinggan.
Kari ikan tanpa santan, pekat & berlemak
Bahan-bahan:
3 ketul ikan (ikan yg sesuai buat kari)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
Halba/biji sawi/jintan manis
Daun kari
6 sudu rempah kari & 2 sudu cili giling (jadikan pes)
1 genggam beras (sangai dulu & kisar halus)
1 sudu asam jawa
Air secukupnya
Bendi
Tomato
Garam
Daun kari
Cara membuat:
1. Panaskan satu senduk minyak, tumis bawang merah & bawang putih sehingga layu. 2. Masukkan halba, biji sawi & jintan manis serta daun kari. 3. Masukkan pes rempah kari. Masak sampai pecah minyak dengan api perlahan. 4. Bila dah pecah minyak masukkan beras sangai yg dah dikisar. Kacau dan masukkan air. 5. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan bendi & ikan. 6. Perasakan & masukkan tomato. Patahkan cili hijau & tutup api. Siap!